"Kita nak pergi mana ni, awak?." Fatimah menyoal bila perasan kereta yang Nadim pandu mula membelok ke sebuah pusat membeli-belah.
"Apa awak-awak? Ingat aku ni awak kapal ke? Dok awak-awak."
"Hah?." Mana ada dia sebut awak-awak, dia sebut awak. Ya Tuhan... lelaki ini.
"Abang! Kan aku suruh kau biasakan diri tu panggil aku ni abang."
Fatimah mengeluh. Tidak sampai setengah jam dengan Nadim dia sudah berasa penat.
"Kau rasa?." Nadim pulangkan soalan kepada Fatimah.
"Hah?." Errr... rasa apa? Ish, apa ni?.
"Aku menjawab soalan kau tadi tulah. Kau rasa kita nak buat apa bila datang mall."
Ohhh... Garis-garis halus mulai membentuk di antara kedua kening. Wajah Nadim yang tersenyum itu tidak memberi jawapan pun kepada soalannya tadi.
"Kita nak pasang pelamin tu dekat rumahkan?." Soalan kedua pula Fatimah lontarkan kepada Nadim.
"Iyalah," jawab Nadim sambil mengambil tiket parkir daripada sebuah mesin. Tiket parkir diletakkan di bibir sambil sebelah tangan memusingkan stereng kereta.
Kerana inilah kali pertama Fatimah berada cukup dekat dengan seorang makhluk Allah berjantina lain daripadanya, yang halal untuk dia kahwin, hati Fatimah dipagut satu rasa. Cara Nadim pusing stereng kereta pun berjaya buat hati Fatimah berbunga. Teman lelaki kepada kakak paling tua yang belum dikenalkan kepada kedua orang tua mereka itu tampak kacak.
"Jadi apa kita buat dekat sini? Tak ada rumah di dalam pusat membeli-belah ni."
Nadim ketawa perlahan. Bahagian atas tudung bawal yang Fatimah pakai ditampar Nadim dengan tiket parkir. Habis terkelepek tudung Fatimah.
"Seriusly, Ima. Pusat membeli-belah? Apa yang skema sangat kau ni?. Mungkin aku patut panggil kau Ima si Nerdy, or...," Nadim berjeda dengan senyuman yang Fatimah sendiri tidak tahu apa maknanya.
"Imaku sayang si Nerdy," sambung Nadim bernada separuh berbisik sebelum Nadim letuskan ketawa yang cukup kuat. Seronok usik budak perempuan yang naif.
Lantas hati yang suci tanpa disentuh mana-mana cinta itu makin berbunga. Pipi yang sudah sedia merah akibat jerawat yang tumbuh melata dek kerana hormon remaja semakin merah jadinya. Si dara malu, tidak tahu harus bereaksi bagaimana. Wajah membahang panas walau udara sejuk dek penyaman udara memenuhi ruang di dalam kereta.
"Seronoklah tu. Mesti aku orang pertama yang panggil kau sayangkan? Sayang... sayang... sayang... ohhh... Fatimah sayang." Makin galak Nadim mengusik bila perasan wajah Fatimah yang merona kemerahan.
Fatimah hanya diam. Dia harus tahu yang teman lelaki kakaknya ini hanya bercanda. Dia harus sedar diri. Dia tidak harus terus biarkan hatinya hanyut di dalam lautan perasaan sehingga lemas. Lelaki ini milik orang lain, milik perempuan lain. Yang paling penting, milik kakaknya.
"Dah, jom keluar. Kita kena cepat ni, tak ada banyak masa."
Melihat Nadim yang sudah keluar daripada kereta itu, Fatimah pun cepat-cepat tanggalkan tali pinggang keledar. Belum sempat nak buka pintu daripada dalam, Nadim sudah bukakan daripada luar.
Tangan Fatimah terus ditarik Nadim. Digenggam erat jari jemari Fatimah. Terkejut Fatimah dengan perangai Nadim yang tidak tahu batas, tidak tahu malu ini. Sentuhan Nadim di tangan Fatimah buatkan suhu di tangan berubah ke takat negatif. Beku sebekunya!
"Ehhh... apa ni! Tak eloklah awak pegang-pegang macam ni." Cuba ditarik jari jemari yang digenggam tapi makin erat Nadim tautkan sampai sakit jarinya.
YOU ARE READING
BUNGA ABANG (TERBIT )
RomanceTentang Timah yang pembaris. Tahap lurusnya sampai dia... "Nah, makcik," ujar Timah sambil hulurkan satu balang kosong, bersih kepada penjual kerepek di sebuah kedai berdekatan tempat kerjanya. "Apa ni?." "Itu harikan, makcik cakap... dah makan ken...