BA 12

8.1K 762 175
                                    

Fatimah duduk sebentar di atas sejadah selepas selesai tunaikan solat sunat Dhuha. Solat sunat yang jarang-jarang dia tinggal. Di sekolah pun, pada waktu rehat dia akan tunaikan solat sunat ini. Dijadikan amalan sejak di tingkatan satu lagi.

Tak mahu terus melayan perasaan sekaligus boleh jadi asbab dia makan gaji buta, cepat-cepat Fatimah bangun. Melipat sejadah dan letakkan di rak.

"Cantik rambut," puji Nadim secara tiba-tiba. Suara Nadim mengejutkan Fatimah, pantas menutup bahagian yang terdedah dengan kain telekung.

"Kenapa? Timah tutup pintu dah tadi. Kenapa buka?." Terbakar juga hati Fatimah dengan perangai Nadim ini. Biadab. Kenapa main terjah masuk sahaja? Macamana kalau Nadim bukakan pintu tadi, dia tengah tarik seluar panjang di dalam kain baju kurung? Pasti terserlah betisnya. Terlepas laku betullah kekasih kakaknya ini.

"Pintu ditutup sahaja tapi tak dikunci. Aku tolak je pintu tu. Aku ingatkan kau mengular. Mana tau curi tulang, nak lelapkan mata. Kau solat apa pagi-pagi ni?. Pengikut mahzab mana kau ni?." Masih lagi berdiri di pintu dengan kaki yang disilang, tangan rapat ke dada.

"Ti... Timah solat sunat Dhuha."

Pantas bibir Nadim berbentuk O dengan anggukan di kepala.

"Cepatlah. Jangan nak makan gaji buta pula."

Fatimah mengangguk. "Tapi awak pun tolonglah pergi. Saya nak pakai tudung ni," pinta Fatimah dengan nada suara penuh mengharap.

"Okay." Dan Nadim terus berlalu pergi. Fatimah menghembus nafas lega. Kusss semangatnya tadi. Teman lelaki kakaknya ini memang berperangai begitukah? Sesuka hati terjah tempat orang? Hai... dia perlu lebih berhati-hati dengan Nadim.







BUNGA ABANG (TERBIT )Where stories live. Discover now