BA 5

6.6K 636 97
                                    

Fatimah pandang diri sendiri. Baju kurung dan sehelai tudung bawal. Wajah hanya disapu bedak Samfong sahaja kerana hanya itu yang dia ada. Tak macam budak-budak perempuan sebayanya, paling kurang pun mesti ada lip ice, bedak kompak dan set penjagaan wajah. Fatimah tak mampu nak beli barang kecantikkan begitu.

"Dah siap ke belum, Timah?.” Separuh menjerit nada suara Ros. Anak mata masih setia di telefon bimbit. Berbalas whatsApp dengan seseorang.

"Sikit lagi kakak." Lipatan di tudung bawal dikemaskan. Labuh tudung dipastikan melepasi paras dada.

"Tak payah nak bersiap beria sangatlah. Kau tu daripada azali tak cantik, bersiap beria pun tetap takkan cantik."

Fatimah tersenyum kelat. Dia sedar hakikat yang itu. Kakak mewarisi kecantikan emak, abang mewarisi kekacakkan ayah. Dia? Entahlah... Nafas dihela perlahan-lahan sebelum tombol pintu bilik dipusing. Batang tubuh kakak berdiri tepat di hadapan pintu bilik Fatimah.

"O... M... G..., Timah!." Membuntang mata Ros dengan sebelah tangan ditekup ke mulut.

"Eh, Timah. Kau tak ada baju yang elok sikit ke? Baju kurung tahun lepas mana? Ni kau pakai baju kurung zaman bila ni? Baju dengan tudung pun tak matching warnanya. Jangan hodoh sangat boleh? At least, jagalah sikit air muka aku ni," bebel Ros dengan wajah tidak puas hati. Punya lama dia tunggu Fatimah bersiap, begini sahaja penampilannya? Makcik bawang ke pasar pun lagi cantik daripada Fatimah yang terang-terang masih anak dara.

"Errr...." Fatimah kematian kata-kata. Buntu.

"Ish, kau ni! Buruklah. Baju kurung dengan corak bunga-bunga besar ni buatkan kau nampak pendek, gemuk. Dahlah kau tu memang terbantut, bertambah-tambah terbantut bila pakai baju ni. Tudung pun... haish!." Panas pula hati Ros.

"Timah tak ada baju lain. Timah rasa ini yang elok sikit daripada yang lain tu." Tiap-tiap tahun dia tidak pernah diberi pilihan untuk memilih kain pasang yang bagaimana dia mahu. Emak selalu belikan kain pasang untuknya yang murah-murah dan warna yang agak terang, corak yang agak ketinggalan zaman. Sesuai untuk golongan makcik-makcik.

Ros memandang jam yang terdapat di ruang dapur itu.

"Jomlah. Kang lambat pula kita sampai di butik tu. Tapi Timah, first impressions ni penting tau bila nak minta kerja. Kalau selekeh macam ni, susah sikitlah majikan nak terima. Tapi, tak apalah. Kalau kau tak dapat kerja ni, anggap jelah rezeki kau bukan dekat situ."

Fatimah hanya diam. Dalam hati berharap sangat dia dapat kerja di butik itu. Berharap juga supaya dia dapat majikan yang baik-baik. Berharap sangat Allah tempatkan dia di kalangan manusia yang baik budi pekerti.

"Jom." Ajak Ros dengan nada malas.  

Fatimah mencapai topi keledar yang terdapat di atas rak kasut. Topi yang tiada penutup muka. Kalau masuk habuk, merah-merahlah mata nanti.

"Selipar jamban ni je? Kasut, sandal tak ada ke?."

Fatimah geleng kepala. Ros mengeluh. "Kau ni semua benda tak ada. Baju cantik tak ada, tudung elok sikit tak ada, kasut yang sesuai pun tak ada. Orang nak pergi minta kerja kena pakai kasut bertutup."

"Kasut sekolah Timah elok lagi,” Balas Fatimah dengan sedikit senyuman. Dia tiada kasut cantik. Hanya selipar biasa ini sahaja yang dia pakai untuk ke mana-mana pun.

Merah wajah Ros. "Fatimah Iftitah! Eish, kau ni... cepatlah naik atas motor ni. Lagi lama hadap kau, lagi sakit hati ni. Sengaja nak kasi aku sakit darah tinggi agaknya budak ni," bebel Ros sambil masukkan kunci ditempatnya. Enjin motorsikal itu dihidupkan.

Fatimah diam. Beg yang tersangkut di bahu dibawa rapat ke dada sebelum naik duduk di atas motorsikal milik emak. Puan Maimun tiada di rumah ketika ini, pergi ke kedai runcit dan borong  milik ayah dengan kereta milik kakaknya.

BUNGA ABANG (TERBIT )Where stories live. Discover now