BA 8

6.4K 657 201
                                    

Hampir seminggu jugalah baru Fatimah dapat panggilan telefon daripada Puan Azlin. Hari-hari Fatimah menanti panggilan telefon ini. Bateri telefon sentiasa dipastikan ada. Nada dering pun diletakkan yang paling kuat supaya dia tidak terlepas panggilan telefon daripada butik. Telefon pun tidak diletak jauh daripadanya.

Jujurnya, Fatimah memang letakkan harapan tinggi untuk kerja di butik itu sebab dia tidak memohon kerja lain selain di situ.

Nafas ditarik panjang sebelum dihembus perlahan-lahan. Fatimah berdehem sedikit, biar kata-katanya nanti dapat didengar dengan jelas, tidak tersekat-sekat. Dada dipegang, cuba menahan gelora yang seperti mahu keluar daripada tubuh. Senyuman diukirkan untuk diri sendiri.

"Assalamuailaikum, Fatimah. Ini makcik. Bila agaknya Timah rasa boleh start kerja?."

Dapat panggilan telefon sudah tersenyum bila kornea mata melihat gerangan yang menelefon. Makin melebar sengihan bila dapat soalan sebegitu pula.

"Waalaikumussalam, makcik. Makcik terima Timah kerja di butik? Alhamdulillah." Suara terlebih ceria Fatimah kedengaran.

"Iya, Timah. Jadi, Timah rasa bila boleh Timah start kerja?."

"Esok boleh tak makcik? Sebab kalau nak mula kerja hari ni, Timah rasa tak sempat." Jam loceng yang berada di atas tilam dipandang. Sudah hampir masuk waktu Zohor.

"Boleh... Timah datang butik dalam pukul 9.00 pagi ya. Kalau boleh be punctual, ya."

Dahi berkerut sambil menggaru kepala. Pelipis diurut perlahan.

"Timah? Dengar tak apa yang makcik cakap tadi?." Hairan Puan Azlin bila Fatimah diam, yang dengar hanyalah bunyi nafas yang dihembus.

"Maaf, makcik. Tapi Timah tak faham apa yang makcik cakap tadi. B... apa makcik?." Jujur sahajalah yang dia tidak faham maksud tutur kata perempuan itu.

Tersenyum sedikit Puan Azlin di sana. Dia ingatkan apa tadi. 

"Ohhh... maksud makcik, makcik nak Timah datang butik jangan lebih daripada pukul 9.00 pagi. Kiranya makcik tak nak Timah datang butik pukul 9.05 minit ke, 9.10 minit ke. Okay?."

Kepala Fatimah pantas terangguk walau pemanggil di sana tidak dapat melihat.

"Faham... InsyaAllah sebelum pukul 9.00 pagi esok, Timah dah ada di depan butik.

"Haaa... baguslah macam tu tapi janganlah awal setengah jam pula. Lima minit sebelum pukul 9.00 pagi should be okay dah."

"Iya, makcik." Dahi pula berkerut. Jenuh otak mencerna maksud yang Puan Azlin tuturkan. Dia perlu biasakan diri kerana esok dia bakal melihat dunia dewasa. Banyak lagi perkara yang dia bakal hadap. Ini semua hanyalah permulaan.

"Okay, kita jumpa esok ya, Timah."

"InsyaAllah, makcik. Terima kasih sebab sudi terima Timah sebagai pekerja. Assalamuailaikum."

"Sama-sama. Waalaikumussalam..."

Fatimah tersenyum puas hati. Tak sabar dia nak mula kerja esok hari. Dapat gaji nanti bolehlah dia cari rak murah-murah untuk letak pakaian. Otak sudah mula memikir apa yang dia mahu beli bila dapat gaji pertama nanti dan apa yang boleh dia belanjakan untuk ahli kelurganya.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi lagi sebelum skrin telefon gelap sendiri. Bateri sudah habis. Telefon biasa yang sudah diikat dengan getah kerana baterinya kembung. Bukan telefon canggih seperti kebanyakkan orang. Telefon ini dulu milik emak tapi lepas kakak yang paling tua pujuk ayah belikan Iphone terbaru ketika itu untuk emak, emak berikan telefon ini kepadanya.

Fatimah sudah berbesar hati saat itu walaupun telefon itu sudah ketinggalan zaman. Tidak boleh akses internet, tidak boleh buat panggilan video atau bergambar kerana telefon ini tiada kamera.

BUNGA ABANG (TERBIT )Where stories live. Discover now