Nadim mengangguk faham. Kamera yang berada ditangan disarungkan ke leher Fatimah.
"Tumpang jap leher kau. Aku nak sambung snap gambar ni."
"Kawan awak ke tadi tu?."
"Ha'ah. Satu universiti tapi bukan jurusan yang sama., jangan gatal nak main mata pula."
" Nampak macam muda lagi...."
"Tua setahun, dua je daripada kau.. Eh, tak payahlah cakap-cakap pasal dia. Sibuk je hal orang. Cukup ambil kisah hal aku je."
"Saya...."
"Dah, diam. Pergi duduk dekat kerusi sana tu."
"Iyalah." Kaki diatur ke sebuah kerusi yang tidak jauh daripada tempat Nadim berdiri.
Baru nak duduk, Nadim berbunyi lagi.
"Nak tisu. Ambil dua, tiga helai."
Tiada kata tolong, jadinya itu arahan bukan suruhan.
"Laju sikit jalan tu."
"Kain ni sempit."
"Angkatlah!."
"Nanti nampak betis."
"Melawan... melawan...."
Fatimah mengeluh.
Nadim tersengih bila Fatimah semakin menjauh. Macam nak pecah juga ketawa bila melihat Fatimah yang terkedek-kedek berjalan dalam pakaian yang Wawa pinjamkan. Macam ayam serama.
Kita update random teaser di FB dan Ig juga... Dedua nama sama...
Wanihusna. Boleh pi tengok dekat sana juga naaa...
YOU ARE READING
BUNGA ABANG (TERBIT )
RomanceTentang Timah yang pembaris. Tahap lurusnya sampai dia... "Nah, makcik," ujar Timah sambil hulurkan satu balang kosong, bersih kepada penjual kerepek di sebuah kedai berdekatan tempat kerjanya. "Apa ni?." "Itu harikan, makcik cakap... dah makan ken...