BA 11

7.6K 710 220
                                    

"Timah? Nama penuh apa?," tanya Wawa sambil menggantung baju pengantin yang berbalut dengan plastik, warna champagne itu ke rak.

"Fatimah Iftitah.” Jawapan balas daripada Fatimah dengan senyuman. Lega hati bila ada pekerja lain di butik. Bolehlah dibuat sebagai teman berbicara. Tak adalah bosan, sunyi sangat.

"Kenapa panggil Timah? Kenapa tak dipanggil Ifti ke? Or apa-apa jelah selain Timah. Sebab Timah tu nampak kekampungan sangat." Terlalu berterus terang Wawa ini untuk perjumpaan kali pertama. Tidak sembunyikan apa yang sedang ligat berada di dalam hati dan otak.

"Sebab kakak Timah yang sulung tu pun ada nama Iftitah juga." Janggal rasa kalau-kalau ada yang memanggilnya Ifti, Iftitah. Sudah berusia 18 tahun pun tak pernah, tak ada seorang pun lagi yang panggilnya dengan nama selepas Fatimah itu.

"Why not kalau akak panggil Timah ni Ima?  Nampaklah macam orang muda sebab Timah tu nama macam makcik-makcik bawang mengumpat bawah pokok pelam, waktu petang."

Kata-kata Wawa itu mengundang gelak halus Fatimah. 

"Apa-apa pun boleh. Timah tak kisah." Ima? Adalah beberapa orang guru memanggilnya dengan nama ini. Tak kekok cuma kadang-kadang dia tidak akan berpaling saat dipanggil kerana sudah terbiasa dipanggil Timah.

"Okay... kemudian... " Wawa memandang Fatimah atas sehingga ke bawah. 

"Tak ada tudung bawal yang elok sikit ke? Yang warnanya masih cantik, tak pudar dan tiada tudung warna ceria ke? Macam merah ke, biru ke, kuning ke?." Sambungnya selepas badan Fatimah discan daripada atas hingga ke bawah.

Berkerut dahi Fatimah dengan soalan demi soalan yang Wawa ajukan. Wawa yang perasan perubahan wajah Fatimah mula mengukirkan senyuman.

"Jangan salah faham tapi warna yang Ima pakai ni tak serlahkan warna kulit Ima. Ima nampak kusam. Muka berjerawat, muka merah-merah tetap nampak cantik kalau pakai tudung yang warnanya ceria." Sengihan yang terukir di wajah Wawa masih belum pudar.

Fatimah turut tersengih. "Tudung, baju Timah memang banyak warna-warna macam ni. Banyak warna hitam, kelabu."

"Kalau Kak Wawa nak bagi baju, tudung Kak Wawa ke Ima, Ima nak tak? Kak Wawa banyak baju, tudung yang tak terpakai. Ada yang Kak Wawa pakai sekali, dua kali je. Dah banyak kali buat preloved dekat Ig. Nak tak?."

Serba salah pula Fatimah rasa. Kalau dia ambik, apa kata emak nanti? Nak jawab apa dekat ayah nanti?

"Tak payah risau pasal kena bayar ke tak sebab akak memang nak kasi free je dekat Ima."

"Errr... Timah rasa Timah kena balik tanya emak dengan ayah dululah. Kena minta pendapat dan kebenaran diaorang."

Tergerak sedikit telinga Wawa dengan dahi yang berkerut. "Umur Ima 18 tahunkan? Takkan benda macam ni pun nak kena tanya parents juga?." Pelik sungguh adik perempuan Ros ini. Sekecil-kecil benda pun nak minta kebenaran mak dan ayah? Jarang Wawa jumpa budak perempuan yang berperangai seperti Fatimah ini.

"Timah...." 

"Ima tak nak ke pakai baju cantik-cantik? Warna ceria, up to date macam kawan-kawan yang lain? Okay, kalau Ima risau baju akak tu ketat, sendat ke apa ke... just chill sebab akak pun ada banyak baju kurung, jubah. Semuanya sesuai untuk budak sebaya Ima ni." Cepat-cepat Wawa memotong bicara Fatimah.

"Timah tak tahulah."

Wawa mengeluh. "Hati tu nak ke tak nak?."

Mata Wawa ditatap sebelum kepala diangguk perlahan.

"Haaa... ikut jelah apa hati tu nak. Esok, akak bawa baju-baju yang akak rasa sesuai untuk Ima. Biar akak dress up Ima jadi bergaya, cantik sikit sebab akak tengok Ima ni cantik cuma itulah... kolot, kekampungan. Suka tudung bawal ke shawl? Ke tudung sarung je?."

BUNGA ABANG (TERBIT )Where stories live. Discover now