BA 6

6.6K 645 100
                                    

"Boleh lukis inai?," tanya Puan Azlin bila terlihat di bahagian 'kelebihan' yang terdapat dalam borang itu.

Fatimah mengangguk sambil tersenyum. "Boleh. Masa sekolah dulu, bila ada hari kantin ke apa ke, cikgu mesti suruh Timah buka booth untuk lukis inai di tangan. Kalau sebelah tangan, RM 5, kalau tangan kiri dan kanan, RM 10." Ramah mulut Fatimah membuka cerita.

"Corak? Ada album untuk customer tengok?." Puan Azlin mula berminat dengan cerita Fatimah. Matanya sudah ternampak-nampak duit yang banyak, duit yang dia boleh dapat hasil daripada melukis inai. Pakejnya sudah menjadi lengkap kalua dia terima Fatimah bekerja di sini.

"Tak ada pun. Diaorang tunjuklah corak yang macamana diaorang nak nanti Timah buatlah."

Puan Azlin mengangguk perlahan. Walaupun Fatimah tiada asas dalam bidang rekaan fesyen tapi dia boleh menjahit pakaian sekolah sendiri, ada kemahiran melukis inai. Puan Azlin rasa dia boleh buat perkhidmatan melukis inai pula untuk bakal-bakal pengantin. Tak rugi juga kalau ambil Fatimah sebagai pekerja. Dia boleh dapat keuntungan daripada perkhidmatan melukis inai.

"Tolong lukis corak apa-apa je yang Timah pandai dekat tangan makcik ni." Pemilik butik itu meminta Fatimah tunjukkan bakat yang dia ada.

"Boleh." Jawab Fatimah dengan nada yang ceria. Bersedia untuk memberikan khidmat yang paling terbaik.

Laci meja dibuka dan satu tiub dikeluarkan. "Makcik suka pakai inai. Memang stok inai tiub ni selalu ada dengan makcik. Dulu pakai inai daun je, bila dah makin maju dunia ni, makcik dah try inai celup, inai tiub. Dulu inai warna merah je, sekarang inai dah ada macam-macam warna."

Fatimah ambil inai tiub yang Puan Azlin hulurkan. Tangan kanan Puan Azlin dipegang sebelum kemain ligat tangan Fatimah menari-nari di belakang tapak tangan Puan Azlin. Sudah lama dia tidak melukis inai di tangan manusia semenjak dia tidak bersekolah lagi.

Kagum Puan Azlin melihat Fatimah yang laju melukis, lincah betul jemari itu bergerak ke sana dan sini. Walaupun laju tapi hasilnya kemas, rapi, tidak comot langsung.

"Mesti selalu dapat A kan dalam subjek Pendidikan Seni. Pandai melukis."

Fatimah tersenyum sedikit. Senyuman tawar, senyuman penuh makna tersirat. "Tidaklah pandai sangat tapi bolehlah."

"Menulis atas kek pun mesti boleh juga ni."

"Belum pernah cuba tapi bolehlah kalau nak cuba nanti. Teringin juga nak melukis atas kek. Nak cuba lukis di atas permukaan yang berbeza." 

"InsyaAllah kalau ada rezeki nanti. Pernah menjahit manik, labuci atas kain?."

Fatimah mengangguk. "Pernah, kalau baju kurung tu kosong, tak ada banyak corak Timah akan jahit manik sikit dekat hujung lengan baju. Tak pun buatlah corak apa pun dengan manik, labuci atas kain baju kurung yang kosong tu."

Puan Azlin mengangguk lagi. Walau tiada asas dalam bidang rekaan fesyen, tak masuk mana-mana kelas menjahit tapi Puan Azlin dapat melihat bakat yang Fatimah ada. Makin kuat hatinya mahukan Fatimah bekerja di butik pengantin. Mungkin dia perlu tunjuk ajar sikit-sikit nanti seperti cara nak bercakap dengan pelanggan, cara nak beli hati pelanggan supaya pelanggan terpikat untuk mencuba pakej perkahwinan di butik mereka.

"Dah, siap! Makcik suka tak? Okay tak?." Terpancar wajah puas hati Fatimah. Terlerai juga giannya nak melukis inai. Nak lukis di atas tangan sendiri, inai tiub seperti ini Fatimah tidak mampu nak beli.

Puan Azlin kerling jam di tangan. Masa yang Fatimah ambil untuk melukis inai di sebelah tangan lebih kurang lima minit sahaja. Boleh tahan.

"Cantik, kemas, tak comot. Jarak garis antara garis pun sama. Terima kasih, Timah. Makcik suka."

Fatimah tersenyum senang hati. Lega!

"Macam ni ya, Timah. Makcik akan call kalau makcik nak Timah kerja di butik. Kalau makcik tak call tu maknanya makcik tak jadilah nak ambil Timah kerja di sini. Apa pun makcik still cari yang ada asas dalam rekaan fesyen, yang memang ada pengalaman bekerja di butik. Okay?." Biarlah dia jujur sahaja supaya anak gadis ini tidak terlalu berharap untuk kerja di sini. Sekaligus dia tidak mahu memberi harapan.

"Timah faham, makcik. Kalau ada rezeki Timah dekat sini, alhamdulillah. Kalau tak ada rezeki Timah dekat sini, Timah terima dengan hati yang terbuka." ‘Walaupun sebenarnya Timah sangat berharap dapat kerja di sini’. Tapi kata-kata itu hanya ditutur dalam hati sahaja.

"Kalau macam tu, ada rezeki kita jumpa lagi. Nombor yang Timah bagi ni memang Timah gunakan? Betulkan?."

"Ha'ah. Betullah tu nombor yang Timah bagi."

"Okaylah kalau macam tu."

"Terima kasih, makcik." Tangan kanan dihulurkan kepada Puan Azlin untuk salam-salaman.

"Ros mungkin ada dekat luar dengan anak makcik.” Puan Azlin memberitahu sambil beriringan dengan Fatimah keluar daripada bilik kecil itu.

"Bila agaknya butik ni nak dibuka?."

"Secepat mungkin. Paling lewat pun mungkin minggu depan rasanya."

"Ohhh... okay."

Mata Fatimah meliar mencari kelibat kakak yang paling tua itu. Sebelum terlihat Ros sedang duduk bersebelahan dengan seorang lelaki ketika itu. Mata keduanya tertumpu di skrin laptop. Ada gambar pengantin di dalam skrin.

"Kakak, jom," ajak Fatimah dengan sedikit senyuman. 

"Dah?."

Fatimah mengangguk menjawab pertanyaan si kakak yang paling tua sambil matanya memandang sekilas ke arah lelaki yang duduk di sebelah kakak.

"Ni adik you ke?.” Soalan daripada lelaki yang Fatimah tidak tahu namanya.

"Ha'ah. Inilah Fatimah Iftitah.” Acuh tak acuh sahaja nada Ros. Malu dia nak kenalkan Fatimah kepada kawan-kawannya tambah kepada teman lelakinya, Nadim.

"Hai, I Nadim."

Tangan kanan yang Nadim hulurkan tidak Fatimah sambut. Hanya tersenyum sahaja.

Nadim tersengih malu. Patutlah mama cakap Ros dan adiknya seperti langit dan bumi. Tersangat berbeza dua beradik ini. Fatimah nampak sangat kekampungan dengan wajah yang boleh tahan banyak jerawat dan parut jerawat. Ros pula seperti model, fotogenik lagi.

"Dah ada progress ke edit gambar tu?."

"Adalah sikit, ma."

"Aunty, Ros dengan Timah minta diri dulu, ya."

"Baiklah. Timah, apa-apa nanti makcik call, ya."

Fatimah mengangguk sebelum berjabat tangan sekali lagi dengan pemilik butik pengantin ini.

"Assalamuailaikum, aunty."

"Waalaikumussalam."

"Ayang, nanti dah sampai rumah whatsApp I, okay." Separuh menjerit suara Nadim daripada dalam butik kepada Ros yang sedang sarungkan sandal di kaki.

Ros tersenyum dengan wajah yang sudah merona kemerahan. Malu tapi hati penuh dengan bunga-bunga.

Puan Azlin tersenyum sambil menggeleng kepala perlahan. 






BUNGA ABANG (TERBIT )Where stories live. Discover now