BA 13

7.8K 789 150
                                    

"Cepatlah sikit jalan tu. Lembablah kau ni. Jalan dari butik nak ke kereta pun sampai berminit-minit," bebel Nadim dengan wajah yang memerah.

"Saya minta maaf, awak," ucap Fatimah sebaik dia masuk ke dalam kereta.

"Kau keluar sekarang! Siapa suruh kau duduk dekat tempat duduk belakang. Duduk depan ni dengan aku. Ingat aku ni driver kau ke?," jerkah Nadim sekaligus buatkan tubuh Fatimah tersentak. Sepantas cahaya dia keluar daripada kereta dan duduk di tempat sebelah pemandu.

Nadim simpan senyum. Suka dia dengan perangai kalut Fatimah ini. Dengan Fatimah yang naif, makin suka Nadim nak kacau, nak usik, nak buli. Memang makanannya perempuan seperti Fatimah ini.

"Dah duduk macam ni, nak buat apa pula?," tanya Nadim dengan riak wajah garang. Saja dia tayang raut wajah begitu. Nak tengok reaksi kalut Fatimah.

Berkerut dahi Fatimah. Apa lagi ya yang perlu dia buat? Wajah Nadim yang berkacamata hitam itu dipandang sekilas. Nak suruh pandu kereta ke? Stereng kereta ada dekat Nadim. Kalau pun stereng kereta ada dekat dia sekali pun, dia bukannya pandai pun nak pandu kereta, lesen kereta pun tiada.

"Eh, budak ni. Lampi betul." Gigi diketap Nadim, menahan geram.

Makin bertambah kerut di dahi Fatimah. Bahasa apa tu?. "Lampi?."

Nadim tersenyum mengejek. "Lambat pick up. Loading, buffer. Faham?."

Fatimah menggeleng.

Nadim mengeluh. "Tak apalah. Tak penting pun," ucap Nadim sebelum tiba-tiba dia dekatkan tubuhnya ke arah Fatimah.

"Eh, apa ni?." Fatimah mula cuak. Ya Allah!!!

"Apa?," tanya Nadim betul-betul di hadapan muka Fatimah. Fatimah sampai boleh nampak tahi lalat kecil di wajah Nadim kerana kedudukan mereka yang begitu dekat. Fatimah boleh rasa hembusan nafas panas di wajahnya.

"Jangan macam ni. Tak boleh! Allah nampak nanti Allah murka, berdosa besar, masuk neraka!." Kalut-kalut Fatimah cakap dengan mata yang terpejam rapat. Kedua tangan mengenggam kuat baju kurungnya. Jantung terpaksa berkerja keras secara tiba-tiba.

"Ni... tali pinggang. Kau nak aku kena saman ke? Saman pun mahal tau tak." Selamba sahaja Nadim berkata-kata sambil menarik tali pinggang keledar dan dimasukkan ke tempatnya.

Fatimah menarik nafas lega. Cemas dah dia tadi. Kenapa perangai Nadim macam ni?

"Apasal sampai pejam-pejam mata?." Soalan berbaur usikan tapi senyuman tetap disimpan rapi.

"Tak ada apa-apa. Tapi lain kali awak...."

"Apa awak-awak? Abang! Aku ni bakal abang ipar kau tak lama lagi," pantas Nadim memotong bicara Fatimah.

"A... bang?." Raut wajah Nadim ditatap dengan dahi yang berlapis.

"Jelaskan? Kau tak pekakkan? Biasakan lidah tu. Sekarang ni jangan cakap apa-apa. Aku nak fokus drive."

Terpinga-pinga Fatimah dengan Nadim. Apakah?

Saat mereka keluar daripada kawasan perumahan itu, Nadim tiba-tiba buat perangai lagi.

"Kau memang tak reti nak bercakap ke? Cuba bawa bercakap dengan aku ni, biar aku tak mengantuk masa tengah drive."

Wajah Nadim dipandang. Macamana kakak dia boleh tahan dengan perangai Nadim ni? Memeningkan kepala.






BUNGA ABANG (TERBIT )Where stories live. Discover now