❦ ' ٠١

905 31 15
                                    

randomquotes

Allah will never give you more than you can handle. Stay strong.

Satu keluhan berat dilepaskan dari mulut ku. Tak, bukan mengeluh tetapi penat. Penat dengan rutin harian yang padat dan hanya waktu tidur sahaja yang membolehkannya berehat sebentar.

Kepala yang sejak tadi berdenyut-denyut kepeningan seperti dicucuk-cucuk jarum diurut perlahan bagi mengurangkan kesakitan. Tekanannya hanya Allah SWT yang tahu.

" Feeya oh Feeya ! Kau keluar sekarang ! "

Jeritan kuat di luar yang memanggil namaku menghentikan urutan di kepala.

Dari jauh aku boleh nampak Puan Sofea berdiri dihadapan pintu rumah sewanya sambil bercekak pinggang. Mulutnya muncung menahan marah.

" Eh, mak cik ! Jemputlah masuk dulu. "

Pelawa ku sopan. Sengaja ingin melengah-lengahkan masanya tetapi nampaknya rancangan ku gagal. Nahas kau Feeya.

" Kau jangan nak berlakon baik sangat lah. Bil rumah sewa ni, bila kau nak bayar ? Dah tiga bulan tertunggak ! " Luah Puan Sofea marah.

Jeritannya yang kuat dan lantang menarik perhatian jiran-jiran lain.

Ya Allah, malunya aku. Di mana aku harus letak muka ku.

" Mak cik tolong berikan saya masa lagi. Saya janji saya akan bayar. " Rayu ku sambil menggenggam kedua tangannya erat.

Jika boleh, aku ingin menunduk dan sujud merayu kepadanya.

Puan Sofea melepaskan genggaman itu secara kasar. Terlalu lama dia bersabar, akhirnya kesabarannya menipis. Hilang lesap entah kemana. Banyak lagi penyewa lain yang ingin menyewa rumahnya.

" Bulan depan aku nak lima ratus ringgit ada di depan mata aku, faham ! " Pesannya tegas sebelum meninggalkan Feeya yang sedang menangis perlahan.

Ya Allah, Engkau berikanlah aku kekuatan menghadapi segala ujian dan dugaan Mu.

" Feeya ! Tabah dik, kakak tahu adik kuat. " Suara Kak Dahlia berkumandang di telinga aku.

Satu-satunya insan yang sentiasa menyokong dan memberikan ku semangat disaatku jatuh dan berputus asa.

Air mata dipipi ku kesat dengan hujung kain tudung. Tabah Feeya ! Jangan mudah mengalah. Ramai lagi manusia diluar sana yang lebih susah dan memerlukan pertolongan.

" Terima kasih kak. Kakak baliklah, afif kat rumah siapa nak jaga ? Kesian dia. " Kak Dahlia menggeleng.

Selagi hidung aku merah, dia takkan tinggalkan aku sendirian.

" Feeya nak lawat Naufal sekejap lagi. Kakak balik dulu ya. " Pujukku lembut.
Kak Dahlia degil tapi jika dipujuk rayu pasti hatinya lembut.

" Ish, yelah ! Betul Feeya ok ? " Soal Kak Dahlia meminta kepastian.

Dengan yakinnya aku mengangguk sambil tersenyum comel. Terlalu yakin.

Kak Dahlia tersenyum melihat telatah ku yang seperti kanak-kanak riang. Luar Riang tapi di dalam ? Siapa yang tahu ?

" Fie, kau okay tak ni ? "

Soalnya sambil meletakkan belakang telapak tangannya di atas permukaan dahi Lutfi.

For You ; Moira『H』Where stories live. Discover now