❦ ' ١١

240 13 4
                                    

randomquotes

Ramai yang jatuh cinta kerana kelebihan dan putus cinta kerana kekurangan. Ingatlah, tidak ada yang sempurna melainkan kita yang buat dia sempurna.

Sinaran cahaya mentari pagi yang menembusi ruang bilik kecil ini mengganggu lena ku.

Banyak kali juga aku membuka tutup kelopak mata kerana silau yang teramat. Kacau sleeping beauty aku je.

Aku menggeliat kecil sambil meregangkan segala urat sendi otot. Selimut yang membalut tubuh ku di ambil lalu dilipat lipat bentuk segi empat sama.

Sedang leka aku melipat selimut dan mengusai apa yang patut, seorang nurse masuk sambil membawa satu botol plastik berisi cecair, entah apa namanya.

Sebuah senyuman dihadiahkan.

" Selamat pagi cik. " Sapanya sopan.

Aku membalas sapaannya. Dia tersenyum kecil. Memang tabiat dia mungkin suka senyum-senyum seorang diri.

Pintu almari dibuka dan aku sumbatkan selimut tadi ke dalam perut almari. Seketika kemudian baru aku tersedar, macam mana boleh ada selimut di atas badan aku ?

Aku menjeling ke arah meja di sebelah almari, ada bekas tupperware berisi bubur ayam mungkin dan sebotol air mineral kecil.

Nak kata makanan hospital, takkan dalam bekas tupperware kot. Siapa punya makanan lah ni.

" Ermm nurse, ada sesiapa tak yang masuk dalam bilik ni semalam dan pagi tadi ? "

Aktivitinya terhenti sebentar. Dia tersenyum ke arah ku. Sah memang nurse ni suka senyum kat stranger.

" Ada seorang lelaki pakai jaket kulit hitam dan bertopi biru tua masuk sini semalam tapi tak lama, sekejap je.

Pagi tadi pun ada juga lelaki yang masuk, pakai hoodie kelabu dan pegang helmet merah. Umur macam sebaya kamu mungkin dan dia ada pegang satu plastik hitam. "

Aku cuma menganggukkan kepala saja. Sah ni mesti kerja Daniel. Why ? Sebab dia je satu-satunya lelaki yang tahu tentang keluarga aku.

" Boyfriend ke ? Rajin je dia datang sini melawat adik cik. Hensem pula tu. "

Adakah aku salah dengar ? Nurse ni puji Daniel ke ? Ya tuhan, plastik ada plastik. Kesian gadis gadis di luar sana, tertipu dengan lakonan Daniel.

Ni kalau Daniel jadi pelakon confirm akhir tahun dia sapu semua anugerah pelakon terbaik, terkacak, terkenal, semua ter-lah.

Ekor mata ku menjeling ke arah nurse tersebut yang masih lagi fangirling dengan Daniel. Haih, jampi apa lah kau pakai ni sampai nurse yang tua dari kau pun tersuka.

" Ya, kenapa ? Dia memang hensem dan rajin tapi itulah... dia setia dengan saya. "

Senyuman dibibirnya mati saat aku mengungkap kan kalimah yang mampu membunuh hati semua wanita diluar sana, ceh jahat pula kau hari ni ya Feeya. Ke kau cemburu ?

Tak tak aku tak cemburu. Aku benci dia. Ingat Feeya ingat !

Tanpa sepatah kata, nurse itu pergi dari sini setelah selesai urusannya. Hati aku rasa bersalah sebab sakitkan hatinya walhal dia lah yang tolong jaga adik aku, sebelum aku mati disumpah baik aku pergi minta maaf ni.

For You ; Moira『H』Where stories live. Discover now