❦ ' ٢٤

129 8 1
                                    

randomquotes

It takes a lot of truth to gain trust, but just one lie to lose it all.

" Ai ? Minggu lepas dah jumpa aku takkan dah rindu ? " Daniel menyakat dengan bibir yang tersengih luas. Adam membuat muka loya, geli tekak.

" Kepala lutut kau rindu ! Aku bosan ni. " Belakang badannya disandarkan pada sofa, Adam menjeling ke arah Daniel yang sedang enak berbaring di atas lantai sambil menonton kartun kegemarannya, Doraemon.

Tetamu datang dia buat b*doh tak layan, dasar anak teruna pemalas.

" Kau cuti ke ? " Soal Daniel tanpa melihat wajah Adam yang sudah muak melihatnya menonton cerita kartun. Entah bila Daniel nak matang, harap perangai ala-ala bad boy tapi dalam hati ada taman.

Adam mengangguk sebelum dirampasnya remote secara senyap-senyap dan menukarkan kepada rancangan sukan.

" Eh apa ni ?! Bagi balik remote ! " Daniel merengek sambil berusaha mengambil remote semula dari Adam.

Adam yang mempunyai kelebihan memiliki tangan panjang mengangkat remote setinggi yang boleh.

" Tak sedar diri, umur dah dua puluh ada hati nak tengok cerita kanak-kanak. Cuba tengok benda yang berfaedah sikit macam ni. " Daniel memandang ke arah kaca televisyen, acara sukan renang secara langsung sedang ditayangkan dan kebetulan atletnya adalah peserta wanita dari luar negara.

Matanya dipejam erat sambil mengucap dua kalimah syahadah. Sungguh matanya telah dicemari dengan pemandangan syaitan. Jangan buka mata Daniel ! Jangan ! Ingat Allah !

" Kau nak aku tengok benda haram ni ke anak ikan ? " Maki Daniel marah. Adam cuma tersengih, manalah dia tahu sekarang ni ada acara sukan renang sedang berlangsung, perempuan pula tu. Tapi hatinya seronok dapat kenakan Daniel.

Adam mematikan siaran dan menepuk bahu Daniel perlahan. Kesian dia tengok sepupunya seperti terseksa, kadang-kadang dia tertanya adakah sepupunya ini non-sexual or sajat sesat.

" Jom keluar hirup udara segar. " Ajak Adam tanpa rasa bersalah. Daniel menarik nafas dalam-dalam dan hembus, sudahlah kartunnya tak habis, lelaki ini lagi asyik mengganggu keamanannya.

" Kau drive eh. " Laung Adam dari pintu hadapan, Daniel menghentakkan kakinya tanda protes.

" Kau fikir aku driver ke tak guna ? "

" Haah, dah cepat ! Stres aku duduk dalam rumah ni. "

" Pergi mampus ! "

" Cikgu Jackson kata turun padang, kita terus PJK satu jam tiga puluh minit. " Kata Zakwan dengan nada malas bercampur marah. Dia yang baru tiba di pintu kelas selepas mengelilingi satu sekolah mencari cikgu selepas dimarahi teruk oleh Haikal.

" YEAH !!! " Seluruh kelas bersorak riang apabila tiada sesi pembelajaran yang mengusutkan kepala. Satu persatu mereka keluar kelas menuju ke bilik persalinan untuk menukar pakaian.

" Kenapa tak gerak lagi ni ? " Soal Naufal apabila menyedari yang Darina hanya duduk diam menunduk memandang lantai.

" Hmm, t-shirt sekolah belum ada. "

Naufal memandangnya lama, Darina menjadi segan apabila berdua-duaan dengan ajnabi dalam tempat tertutup.

" Ikut saya. " Arah Naufal tiba-tiba. Matanya memandang tidak berkelip ke arah Naufal, apa yang lelaki ni nak buat ?

For You ; Moira『H』Where stories live. Discover now