❦ ' ١٣

202 11 5
                                    

randomquotes

Bila kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan hati kita ni , percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan tu dengan sesuatu yang kita sendiri tidak akan jangka.

Buku-buku yang tersusun elok di dalam almari ku belek. Aku akui yang Naufal lebih bijak dan rajin dari aku.

Dah lah muka pun boleh tahan hensem, silap hari bulan memang aku terkam dia.

Novel, novel, buku rujukan, buku rujukan, komik, novel, novel, novel lagi... yah, aku tak tahu sejak bila adik aku layan novel cinta ni. Gatal sungguh kau dik.

Nasib kau belum sedar. Hmm, cepatlah bangun, kakak rindu nak gaduh-gaduh manja.

Usai membelek, aku tarik satu novel yang tak tebal dan tak nipis dengan kulitnya yang boleh tahan lawa nak mampus. Kena jujur yang orang akan judge cover dulu sebelum storyline.

Kerusi di sebelah katil ku tarik lalu duduk di atasnya. Aku bukan ulat buku tapi sementara tunggu Naufal sedar ni tak salah isi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

Baru muka surat pertama tapi imaginasi ku di tempat lain.

Anak mata mereka bertemu. Bagaikan satu tarikan, masing-masing tenggelam di dalam renungan.

Dia memiliki rupa paras separuh melayu separuh inggeris, kacukan mungkin. Baru dia perasan Daniel memiliki lesung pipit.

Daniel mendekatkan lagi wajah mereka.

PAP !

Feeya mengetuk novel tadi pada dahinya, cuba membuang memori hitam di kepalanya.

Kenapa ? Kenapa ? Kenapa mesti dia ? Aku baru nak rehatkan diri tapi dia muncul macam aura dia dah melekat pada badan aku.

Bodoh, aku patut tendang je aset dia, biar mandul. Suka hati nak sentuh aku, kahwin dulu lah bro !

" Ini tak boleh jadi ! Aku kena hentak kepala ni di dinding biar amnesia. "

Novel diletakkan di atas meja, Feeya bangun dari duduknya. Dinding diketuk-ketuk memastikan yang batu konkrit ini masih kukuh dan boleh menerima hentakan.

Badannya menghadap dinding, telapak tangan sudah melekat pada permukaan. Mata dipejam rapat, sedia untuk menghentakkan kepalanya di dinding.

Aku dah ready. You can do it Feeya !

" Bismillahirrahmanirrahim... "

" Kau buat apa tu ? "

Pergerakan Feeya terbantut kerana ditegur satu suara yang memang tidak asing bagi cuping telinganya.

Sekali lagi jantungnya berdegup laju mengepam oksigen di dalam darah. Kelopak mata dipejam lagi rapat.

Daniel memandangnya hairan. Dah kenapa minah ni macam baru disapa hantu ?

" Afeeya, what are you doing ? Kenapa kau bercakap dengan dinding ? Are you crazy ? " Soal Daniel bertubi-tubi.

Feeya kekal berdiri dari tadi, tidak bergerak mahupun membuka kelopak matanya. Daniel mengeluh.

" Listen, aku minta maaf. "

Sebelah kelopak mata dibuka, ekor mata menjeling ke arah Daniel. Dia kekal berdiri dan memandang Feeya sayu.

Betulkah apa telinganya dengar tadi ? Entah-entah dia salah dengar.

" Apa ? "

Krik krik krik krik ~

For You ; Moira『H』Where stories live. Discover now