❦ ' ٠٤

292 17 3
                                    

randomquotes

❝ Mencari kebahagiaan itu ibarat mengutip serpihan kaca yang pecah , tetapi tidak semua orang berjaya mengutipnya kerana pasti ada yang terluka. ❞

Daun pintu dibuka luas. Feeya melangkah dengan malas. Usai mengunci semula pintu, dia melangkah longlai menuju ke arah biliknya.

Kata-kata doktor tadi asyik berulang di dalam mindanya. Ah, memikirkannya saja sudah pening kepala apatah lagi dirinya yang harus membanting tulang setiap masa !

Laci meja solek dibuka, seutas rantai loket berbentuk hati dikeluarkan.

" Ibu. "

Air matanya menitis. Gambar yang terlekat kemas di loket itu dipandang sayu. Seorang wanita berusia lingkungan 30 an yang sedang memeluk dirinya ketika masih kecil. Ah, rindunya aku akan pelukan ibu.

Satu-satunya barang peninggalan arwah ibu sebelum dia pergi. Feeya rindukan ibu. Kenapa ibu pergi tinggalkan Feeya dan Naufal ? Ibu tak sayang kami ?

Setitis air mata jatuh mengalir di pipinya. Setia benar air mata ini, tidak pernah kering walaupun setiap hari aku menangis macam budak kecil.

Aku penat. Sangat penat. Kenapa aku tidak ikut saja ibu dulu, sekiranya aku ikut, aku tidak akan menderita seperti ini.

Matanya kemudian terarah ke bingkai gambar kecil yang tergantung di dinding. Dirinya, Naufal, ibu dan ayah. Kelihatan bahagia sekali sebelum sesuatu menimpa ke atas keluarganya.

Ayah diberhentikan kerja kerana difitnah menerima rasuah dan dipenjara lima tahun. Ibu yang ketika itu hanyalah suri rumah terpaksa mencari rezeki bagi menanggung keperluan harian dan perbelanjaan sekolah kami.

Sejak ayah bebas, kami semakin dihimpit kemiskinan. Setiap malam ayah akan mendera kami dan meminta wang dari ibu untuk membayar hutang judi.

Jika tidak, kami disebat dan dibelasah teruk. Sakit memang sakit, tapi ibu tidak pernah mengeluh. Seteruk manapun ayah, dia tetap ayah. Itu kata ibu.

Ayah hanya tahu berjudi dan mabuk. Semakin lama ayah semakin panas baran dan agresif.

Pernah dia ingin menjual ku untuk membayar segala hutang tetapi ibu melarang, sehingga satu malam ayah memukul ibu dan menolaknya sehingga kepala ibu berdarah terkena serpihan kaca.

Masa itu yang aku tahu hanyalah menangis. Menangis berharap ihsan manusia tetapi sayang, ibu pergi dahulu meninggalkan aku dan Naufal yang masih bayi.

Ayah terkejut dan melarikan diri namun dengan bantuan polis yang sedang meronda ketika itu, ayah ditangkap.

Mayat ibu pula dibawa ke hospital, dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan sebelum maghrib.

Peristiwa pahit itu tidak akan pernah aku lupakan. Sungguhpun lebih sedekad yang lalu tetapi aku masih trauma.

Matanya kemudian beralih ke arah loket tadi. Laci meja dibuka dan loket itu diletakkan ke tempat asalnya semula.

Feeya termenung memandang ke arah langit yang gelap. Suasana tengah malam yang sunyi memberikannya ketenangan untuk berfikir.

Perasaan penat dan mengantuk sekejap sahaja hilang apabila dia menikmati ketenangan suasana.

Dia harus kuat demi adiknya. Hanya Naufal satu-satunya ahli keluarganya yang ada. Dia lah madu dan dia lah racun.

Feeya menguap perlahan. Dia pergi ke bilik air untuk membasuh kakinya sebelum tidur. Andai esok masih bernyawa, dia akan mencari rezeki lebih.

" Kau kenapa ? Waktu tengah malam call aku ajak lepak. Ada masalah ke ? " Tanya Lutfi sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

Daniel diam. Matanya memandang ke arah secawan kopi miliknya. Tiada selera untuk merasainya.

" Aku kenal kau dah lama lah. Ni mesti ada masalah lagi kan ? Jangan bohong weh, dosa. "

" Aku nak minta maaf kalau aku banyak susahkan kau fie tapi aku perlukan kau sekarang ni. Cuma kau je yang boleh tolong aku dalam hal ni. " Kata Daniel dengan wajah yang sedih.

" Jangan lah puji, kembang hidung aku. Bunyi macam serius je masalah kau ni ? "

Daniel mengeluh. Memang pun serius. Ini melibatkan kehidupannya nanti. Salah buat keputusan boleh merana seumur hidup.

" Mak aku suruh cari girlfriend. "

" Alah, itu je ? Kau kan hensem, petik je jari berduyun-duyun perempuan datang ke arah kau. " Kata Lutfi selamba badaknya. Bibirnya diketap erat agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi ketawa.

Daniel menjeling tajam. Kita serius dia main-main pula dah. Nasib kawan, kalau tak memang dah masuk ICU jawabnya.

" Masalahnya adalah aku tak suka. Faham tak ! " Bentak Daniel dengan buku lima yang sudah mencium permukaan meja.

Nasib sahaja pelanggan di situ tidak ramai jika tidak pasti akan ada mata yang menjeling dengan mulut yang membawang. Daniel ini terlalu mengikut emosinya.

Sudah beberapa kali ibunya memperkenalkan gadis kepadanya tetapi semua ditolak mentah.

Bermacam-macam alasan diberi agar ibunya tidak berkecil hati hingga dia berjanji akan mencari calon sendiri.

Lutfi terdiam. Dia tidak terasa walau sedikitpun akan perlakuan Daniel tadi tetapi girlfriend ? Muka hensem macam mamat korea takkan tak laku.

Inilah Daniel, lelaki yang boleh dikatakan amat anti dengan perempuan kecuali saudaranya. Dari cantik ke seksi, semua ditolak. Alasan, tak ready.

" Relax bro. Aku akan tolong kau cari calon yang sesuai dan menepati cita rasa cerewet kau tu. "

Lutfi menepuk bahu Daniel, menenangkan fikirannya yang serabut kusut.

Daniel termenung. Bolehkah dirinya menerima kehadiran wanita dalam hidupnya ?

↷tbc↷
↝♡ ︴vote&comment √√

Special tags'

smilinggguk [ Afeeya Badrina ]

xxxtaeyasz [ Zahara Inani ]

uzmaroyceth [ Darina Insyirah ]

For You ; Moira『H』Where stories live. Discover now