❦ ' ١٠

219 16 7
                                    

randomquotes

When you look at someone,
someone else looks at you.

Ekor mata Zahara bergerak-gerak mengikuti setiap langkah Feeya. Sekejap ke sana, sekejap ke sini. Wajahnya dari tadi asyik menunjukkan riak resah.

" Feeya stop ! Kau kenapa ? "

Rimas rasanya melihat Feeya seperti cacing kepanasan, asyik berjalan ke sana sini tak tentu arah. Ha kau, keluar dah peribahasa Zahara.

" Aku risau. "

Dua perkataan sahaja yang keluar dari mulut Feeya. Habis rosak kuku ibu jari tangan digigit olehnya. Pengotor.

" Risau ? Risau apa ? "

Semakin Zahara bertanya, semakin laju Feeya berjalan. Gaya macam ada masalah negara.

Oleh kerana tidak tahan melihat perlakuan Feeya yang seperti orang gila, Zahara menarik tangan Feeya dan menguncinya. Budak tali pinggang hitam, kau ada ?

" Lepaslah Zahara ! "

Feeya meronta-ronta minta dilepaskan. Semakin kemas pegangan Zahara di badannya. Selagi tak dikunci, entah sampai esok pun belum tentu dia berhenti jadi orang kurang waras.

" No ! Aku takkan lepaskan kau sampai kau bertenang dan ceritakan masalah yang sebenar. Kau dah janji dengan aku yang kau takkan berahsia lagi kan. "

Feeya menganggukkan kepalanya perlahan, dia tidak lagi bertindak agresif.

Memang benar dirinya dah berjanji kepada Zahara akan meluahkan semua masalah yang ada kepadanya, tapi kenapa dirinya seperti hilang kawalan.

Risau ? Memang pun. Siapa tak risau bila adik nak dibedah dan kau tiada disisinya. Keluarga jenis apa begitu ? Keluarga penyayang ?

" Adik aku nak dibedah hari ini. " Luah Feeya.

Setelah Zahara melepaskan pegangannya, mereka kembali duduk di tempat asal. Nasib belum ada pelajar lain yang masuk.

Siapa je yang nak masuk awal ke kelas melainkan dua sahabat ni.

" Jadi kau nak temankan dia ? " Teka Zahara.

Feeya menganggukkan kepalanya lagi. Haus pula tekaknya setelah membuat acara percuma jalan kaki. Botol mineral yang sentiasa ada di dalam beg dikeluarkan.

" Naufal dah besar, Feeya. 15 years old and kau masih layan dia macam dia budak 5 tahun. "

Botol mineral diletakkan ketepi. Wajah Zahara dipandang penuh minta simpati.

" Aku sudah janji dengan dia minggu lalu untuk temankan dia. Aku kakak yang teruk, bagi fake hope pada adik sendiri. "

Kesal kerana membina janji dan kesal kerana memungkiri janji.

Zahara menepuk lembut bahu Feeya. Sayangnya terhadap Naufal bagai menatang minyak yang penuh, tak kisah minyak itu panas atau sejuk.

Keluar lagi peribahasa Zahara.

" Aku tak kisah pun sebenarnya kalau kau nak ponteng kelas dan temankan dia di hospital tapi bukan hari ini.

Hari ini kita ada pembentangan terakhir dan markahnya tinggi. Tak kan kita nak sia-sia kan peluang yang ada ni.

Aku yakin Naufal akan faham kenapa kau tak datang lagi pun kau boleh lawat dia waktu malam nanti. "

Zahara memberikan kata-kata semangat kepada kawannya.

Komputer riba di atas meja dipasang lalu mereka menyiapkan bahan tugasan mereka.

Feeya berharap dan berdoa agar Naufal faham akan situasinya.

Butang lif angka 5 aku tekan banyak kali. Orang kata makin laju kita tekan, makin cepat kita sampai. Orang kata lah, jangan kecam aku pula.

Pintu lif terbuka luas menandakan aku telah sampai di aras 5, lif aku jeling sekilas sebelum meninggalkannya.

Aku tak sepatutnya percaya akan fakta mengarut tu, harap-harap tiada yang perasan kesan calar pada butang lif tu.

Ringan sahaja kaki aku bergerak menuju ke wad Naufal walaupun sudah tengah malam.

Sepatutnya petang tadi selepas kerja aku akan ke sini tetapi kak Dahlia minta tolong jagakan Afif sebentar sementara dia masak untuk suaminya.

" Doktor, macam mana keadaan adik saya ? "

Nampak sahaja kelibat Doktor Azmin, segera aku berlari mendapatkannya. Riak wajahnya sungguh tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku.

" Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kamu boleh lawat dia sekarang. "

Usai menjawab pertanyaan, dia berlalu pergi ke suatu tempat. Entah di mana, jangan tanya aku.

Sesi larian bersambung semula sehinggalah sampai di hadapan bilik Naufal, jelingan pesakit dan pelawat lain ku hiraukan. Apa tak pernah nampak gadis berlari ke, atau aku hentak kaki kuat sangat ?

Pipinya diusap lembut. Syukur kepada yang Maha Esa kerana memudahkan perjalanan hidup adiknya. Tidak sabar rasanya untuk bermain dengan Naufal seperti dulu.

Kerusi ditarik perlahan sebelum duduk di atasnya. Hatinya berniat ingin menunggu Naufal bangun dan memohon maaf atas janjinya.

Kepala diletakkan di atas tilam beralaskan lengannya sendiri. Muka dihadapkan ke kiri agar oksigen kekal masuk ke sistem pernafasan.

Tidak sampai lima minit, dengkuran halus kedengaran. Mungkin kerana terlalu penat melakukan aktiviti seharian.

Satu bayangan figura muncul dibelakang Feeya. Bibirnya tersenyum nipis. Tudung Feeya yang hampir terselak ditarik perlahan-lahan.

Pintu almari pesakit dibuka, selimut yang terlipat elok di ambil lalu di buka lipatan dan di kibarkan ke langit sebelum mendarat selamat di atas tubuh Feeya.

Dia tidak menunggu lama untuk berlalu pergi dari situ. Bayang-bayangnya hilang ditelan kegelapan waktu malam.

↷tbc↷
↝♡ ︴vote&comment √√

Special tags'

smilinggguk [Afeeya Badrina]

xxxtaeyasz [Zahara Inani]

uzmaroyceth [ Darina Insyirah ]

A/N ;

Assalamualaikum dan apa khabar wahai readers kesayangan ku, hehe. Bagaimana dengan puasa, okay?

Shah nak tambah sedikit unsur lawak hambar dalam story ni memandangkan cerita ni terlalu sedih untuk dibaca huhu. By the way, thanks kerana tetapi setia dengan buku ni walaupun jarang nak update.

-love; shah-

For You ; Moira『H』Where stories live. Discover now