❦ ' ١٩

200 10 15
                                    

randomquotes

Die with memories, not dreams.

Air hujan yang menitik jatuh ke atas telapak tangannya dipandang risau. Waktu-waktu macam ni lah awan tiba-tiba nak 'buang air'. Cis, habislah buku basah nanti !

Maya melihat sekeliling. Terdapat beberapa batang pokok yang subur tersusun cantik di sepanjang jalan. Satu idea entah berguna entah tidak muncul di kepalanya.

Kain diangkat sedikit lalu dengan lafaz basmallah Maya berlari ke arah salah satu di antara pokok-pokok tersebut.

Bukan jauh jarak rumah dari sekolahnya, adalah dalam dua puluh lima minit begitu. Budak-budak sekolahnya yang lain sudah lama pulang dijemput ibubapa mereka.

Sesekali mata Maya meliar mencari sesuatu yang boleh lindungi dirinya dari hujan.

Tetapi malang, hujan semakin lebat dengan guruh yang berdentum kuat seperti ingin memecahkan gegendang telinganya berjaya membuatkan jantung Maya hampir-hampir melompat keluar.

Maya semakin resah. Aduh, sudahlah dia berlindung di bawah pokok. Menyesal pula tinggalkan sekolah tadi.

Kilat yang sabung menyabung menambahkan lagi ketakutannya. Saat ini dia sudah terbayang akan kilat yang bila-bila masa sahaja boleh menyambar tubuhnya.

" Aku nak buat apa sekarang ni ? "

Maya berjalan ke sana ke sini ke sana ke sini untuk memikirkan idea yang bernas. Hampa, satu pun tak berguna.

Tiba-tiba sebuah kereta mewah berhenti di hadapan Maya, dia memandangnya pelik. Siapa pula ni ? Jangan penculik sudahlah.

Cermin kereta terturun perlahan-lahan lalu menampakkan wajah yang tidak asing di mata Maya. Tengku Adam Syah Mikayla.

Apa ? Kau fikir Adam yang drive ? Oh no, dia ada driver. Maklumlah anak orang kaya keturunan pangkat tengku.

" Maya, jom lah ikut aku. Aku tumpangkan kau. Naik cepat ! " Adam mempelawa Maya untuk ikut dengannya.

Maya yang blur hanya berdiri kaku sambil mata tidak lepas dari memandang wajah Adam. Sememangnya bantuan Adam amat diperlukan namun kakinya tidak mahu bergerak. Seperti melekat di atas tar jalan raya.

" Maya ? Kau termenung apa lagi ni ? " Nada suara Adam mula berubah. Hatinya risau melihat Maya seperti... ah korang pun tahu kan.

" Sekejap. " Cermin kereta mula naik perlahan-lahan dan pintu terbuka luas.

Adam keluar dengan dua helai baju hujan dan sekaki payung. Sempat lagi dia berbual dengan pemandunya dan kemudian kereta itu meluncur laju membelah hujan lebat meninggalkan dua budak sekolah menengah.

Mata Maya membulat, Adam disebelah dipandangnya memohon penjelasan.

" Kenapa kau di sini ? "

Adam menyerahkan baju hujan yang dipegangnya kepada Maya. Payung dibuka luas sehingga mereka terlindung dari hujan. Soalan Maya dibiarkan bagai angin yang lalu.

For You ; Moira『H』Where stories live. Discover now