❦ ' ٠٢

391 25 4
                                    

randomquotes

Indahnya jiwa adalah senyuman dan indahnya perangai adalah kamu buat orang lain tersenyum.

Perpustakaan utama kolej menjadi tempat persinggahan bagi sepasang sahabat ini. Zahara yang terlebih dahulu menjejakkan kaki di atas lantai perpustakaan segera mencari meja kosong untuk tempat mereka membuat tugasan.

Satu meja bulat di sudut hujung sebelah kiri perpustakaan menjadi pilihannya, satu-satunya tempat kegemaran mereka sekiranya mereka meluangkan masa disini sepanjang hari.

Barang-barang yang dibawa ke hulu ke hilir tadi diletakkan di atas meja. Tinggal menunggu si kawan yang masih belum muncul batang hidungnya.

" Assalamualaikum. "

satu suara lunak menegur Zahara dari arah belakang.

" Waalaikumsalam. " 

Feeya meletakkan ke tepi meja beg sandangnya lalu duduk berhadapan Zahara.

" Lajunya kau jalan. Dah ready nak buat tugasan ke apa ? " Tanya Feeya kehairanan.

Biasanya gadis inilah yang paling malas dan banyak mengeluh ketika diberikan tugasan. Anak manja kan.

" Memanglah tak, cuma... "

Feeya mengangkat sebelah kiri keningnya, menunggu sambungan ayat seterusnya.

" Aku nampak 'bakal suami' aku tadi, tu sebab aku jalan laju. Malu. " Kata Zahara sambil menutup mukanya yang merah dengan kedua-dua telapak tangan.

Ish, ingatkan nampak hantu tadi jalan macam tak cukup tanah. Sabar Feeya, kawan dah taken, kau bila lagi ?

Aku menjeling isyarat menyampah sebentar. Alahai, 'bakal suami' belum tentu boleh jadi 'bakal imam'.

" Sejak bila kau terpikat dengan Lutfi ni eh ? Bukan kau minat kawan dia ke, entah apa namanya. " Soal Feeya lagi.

Zahara menongkat dagunya menggunakan tangan kanannya dan memandang tepat ke arah Feeya.

" Aku tak tahu sejak bila aku suka Lutfi tapi yang aku tahu dia adalah lelaki yang terbaik di dunia ni! " Separuh menjerit Zahara mengatakan alasannya.

Aku terkejut. Minah ni dah lupa ke dia di dalam perpustakaan ? Aku melihat pustakawan wanita di kaunter itu asyik menjeling ke arah kami. Sebentar lagi pasti kami dimarahi.

" Senyap sikit cik adik sayang oii, kita di perpustakaan bukan di pasaraya. " Ujarku separuh berbisik.

Sebuah cubitan 'sayang' dihadiahkan kepadanya. Padan muka.

Zahara mengadu kesakitan tetapi aku mengabaikannya. Makin dilayan nanti makin menjadi-jadi manjanya.

Tujuan datang ke sini pun hampir terlupa kerana asyik bercerita. Astaghfirullah, godaan syaitan !

" Feeya... " Panggil Zahara manja.

Aku mengangkat sahaja sebelah kiri keningku, malas mahu memandang muka 'bajet comel' Zahara.

" Kau tahu tak kenapa aku kata Lutfi lelaki yang terbaik di dunia ni ? "

Aku merenung tepat ke arah anak matanya. Ah sudah, main teka teki pula dah.

" Sebab kau suka dia. "

Zahara menggelengkan kepalanya. Tadi kata suka tapi gelengkan kepala, tak fahamlah !

" Minggu lepas, selepas aku hantar kau pulang ke rumah. Aku singgah ke Bank sekejap. "

Zahara berhenti sebentar kemudian menyambung semula ceritanya.

" Disebabkan kecuaian aku, aku hampir dirompak oleh dua orang lelaki asing... "

" Kau dirompak ! Ya allah, kenapa tak beritahu aku awal-awal ? Mari buat laporan polis ! Bahaya kau tahu tak ! "

Zahara menggenggam tangan Feeya, cuba untuk menenangkannya. Sudah diagak ini yang akan berlaku sekiranya dia beritahu tentang ini kepada sahabatnya yang seorang.

" Sabar Feeya, perkara dah lepas biarkan je. Kau duduk dan dengar cerita aku sampai habis. "

Aku terduduk diam. Sekali lagi aku hanya memalukan diriku sahaja, nasib kawan baik.

" Tapi mujur Lutfi sempat selamatkan aku. Dia belasah dua orang lelaki asing tadi, luka jangan cakap. Teruk ! Lepas dia dah halau dua mamat asing tu, dia sempat nasihatkan aku hati-hati dan mengikuti aku sampai di tempat letak kenderaan. Sweet gila Lutfi weh, aku rasa masa tu aku dah fall in love at first sight. " Kata Zahara dengan nada semakin perlahan.

Dia memejamkan matanya sambil tersenyum seorang diri. Serupa orang sakit jiwa tapi ni kes angau cinta ! Ya allah, engkau jauhkanlah hamba mu ini dari godaan syaitan.

" Suka pun suka juga tapi jangan lupa buat tugasan. "

Sekadar mengingatinya agar jangan lalai dengan godaan syaitan atau aku lebih kepada mengejeknya.

Zahara menepuk lenganku. Nasib tak kuat.

" Baiklah Afeeya Badrina. " Balas Zahara malas lalu mengeluarkan laptop yang sejak tadi belum dikeluarkan.

Aku ketawa perlahan. Alahai kawanku seorang ini, manja tak bertempat.

Apron coklat kemerahan yang terlipat kemas di dalam loker ku ambil lalu dipakai. Sesekali aku memandang ke arah cermin, memastikan penampilan ku kemas dan bersih.

Sebulan aku bekerja di restoran makanan laut ini, pekerjanya amat ramah dan baik terutama kak Hanania.

Sebulan juga aku tidak mengenali pemilik restoran terkenal ini, hanya pembantunya sahaja ku kenal tapi mujur dia menerima permohonan ku berkerja di sini sebagai pelayan.

" Feeya ! Tolong hantarkan makanan ni ke meja nombor 019. " Jerit Tukang masak utama kami, Encik Azman.

Kelam-kabut aku berlari menuju ke arahnya, lambat sesaat mahu menangis dimarahi olehnya.

Pinggan yang berisi ketam masak sos cili itu ku ambil lalu berjalan mencari meja nombor 019.

Kelihatan seorang wanita dan lelaki seperti pasangan kekasih sedang bergelak tawa.

Ah lantaklah,yang penting kerja ku harus siap. Cepat siap, cepat aku boleh lawat Naufal.

" Encik, ini pesanannya. " Kata Feeya menghentikan gelak tawa lelaki itu. Wajahnya kelihatan serius, tidak seperti tadi.

" Oh, thanks ! " Kata wanita itu sambil tersenyum manis.

Feeya membalas senyumannya lalu meninggalkan mereka.

" Kenapa abang tiba-tiba serius ni ? Seram Darina tahu tak. " Tanya wanita yang bernama Darina itu.

" Nothing. Dah,makan. Jangan bising depan rezeki. "

Darina diam tidak membantah. Lelaki itu termenung memikirkan sesuatu.

↷ tbc↷
↝♡ ︴vote&comment √√

Special tags'

smilinggguk [ Afeeya Badrina ]


xxxtaeyasz [ Zahara Inani ]

uzmaroyceth [ Darina Insyirah ]

For You ; Moira『H』Where stories live. Discover now