❦ ' ١٦

209 17 21
                                    

randomquotes

Sungguh, menjaga hati manusia itu sukar. Untuk memuaskan hati manusia itu juga rumit. Jika dengan menjauhkan diri dapat kamu ubati hati itu, pergilah.

Punggungnya dilabuhkan ke atas sofa yang empuk, lenguh kakinya berdiri sejak tadi menunggu ketibaan yang Dipertuan Agong Tunku Permaisuri Nurul Zahara Inani binti Azlan Syah.

Cewah !

Selepas pulang dari rumah Daniel, Zahara pula tiba-tiba muncul dan menyeret dirinya ke butik pakaian yang mewah lagikan mahal.

Padat pula jadualnya hari ini, ke sana sini dia berjalan mengelilingi kota metropolitan, itu pun setelah diheret syaitan dan sahabatnya.

Matanya memandang ke sekeliling butik mewah itu, hatinya tertanya-tanya kenapa Zahara tiba-tiba mengajaknya pergi sini.

Berjam-jam pula tu pilih pakaian, dia pula jadi tukang kaunter pertanyaan percuma. Setiap kali Zahara keluar dari fitting room, ayat pertama yang akan keluar dari mulut kepohnya,

" Feeya, cantik tak aku pakai baju ni ? "

" Weh baju ni pun cantik ! "

" Ok tak ? "

" Aku rasa baju ni perfect. "

Dan Feeya yang malas mahu beri komen hanya angguk geleng seperti manusia bisu.

" Feeya, ni ok tak ? " Untuk kali yang ke seratus lima puluh juta Zahara bertanyakan ke arah ku.

" Wow. " Aku terpegun melihat Zahara yang cantik memakai dress warna pink, amat secocok dengan Zahara yang berwajah ayu.

Nak lihat ? Nah.

Comel bukan ? Aku tahu cita rasa aku dan Zahara teruk tapi serious talk, ini lebih baik dari pilihan Zahara yang sebelumnya dan sekarang pun nak dekat maghrib jadi aku cuma meng-wow-kannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Comel bukan ? Aku tahu cita rasa aku dan Zahara teruk tapi serious talk, ini lebih baik dari pilihan Zahara yang sebelumnya dan sekarang pun nak dekat maghrib jadi aku cuma meng-wow-kannya.

" Cantik bukan ? Aku suka pink colour. Apa kata aku pilihkan kau baju sekali. " Pelawa Zahara sambil menilik dirinya di hadapan cermin satah yang besar.

Aku menggelengkan kepala. Cukuplah kami membuang masa semata-mata mahu mencarikan baju untuk dia seorang je.

Kalau dia carikan baju untuk aku pula memang waktu isyak lah aku sampai rumah. Mentang-mentang butik ni ada surau.

" Takpe, tak lama punya. Sekejap. "

Aku baru mahu membantah tetapi sudah terlambat apabila bayang-bayang Zahara hilang ditelan lautan pakaian. Ku panjatkan doa semoga Zahara kembali secepat mungkin.

For You ; Moira『H』Where stories live. Discover now