❦ ' ٢٢

174 11 5
                                    

randomquotes

Meeting you was a fate, becoming your friend is a choice, but falling in love with you was beyond my control.

Kepalanya mendongak memandang langit yang mendung dan semakin gelap. Hatinya berasa risau dan takut. Terasa menyesal kerana leka bermain, akhirnya dia ketinggalan bas sekolah. Terpaksalah dirinya berjalan kaki sepanjang dua kilometer.

Titisan air dari langit jatuh ke atas wajahnya menandakan hujan telah turun membasahi alam. Naufal semakin cemas.

" Alamak, hujan lah pula ! Kak Feeya mesti marah tengok baju Naufal basah. "

Matanya memandang sekeliling, tiada tempat perlindungan seperti pondok atau apa sahaja jenis bangunan. Cuma ada hutan, jalan raya kecil, langit dan dirinya yang keseorangan.

Hujan semakin lebat maka kakinya mula membuka langkah seribu sambil mata mencari tempat perlindungan. Mungkin nasibnya, Naufal menjumpai sebuah pondok bas usang di bahu jalan. Kakinya terus memecut ke arah pondok bas itu.

" Allahu Akbar ! " Bunyi dentuman guruh dengan kilat yang sabung-menyabung di atas langit menambahkan kegerunannya.

Kakinya bergerak beberapa langkah kebelakang tanpa berpaling kerana ketakutan yang teramat. Asalkan dirinya tidak basah disimbah hujan dan dipanah petir sudah cukup melegakan hati Naufal.

Sementara menunggu hujan reda, Naufal mengeluarkan buku-buku teksnya untuk mengisi masa lapang.

Rantai kunci yang tergantung pada zip bekas pensil diputarkannya. Rasa bosan melanda semula selepas berjaya mengkhatamkan lima buku teks sebanyak dua kali. Lambat pula hujan nak berhenti. Entah-entah sampai ke malam atau esok pagi.

Rasa seronok memutarkan dan melambungkan rantai kuncinya yang dibuat sendiri, tanpa sengaja benda itu terpelanting keluar dari pondok dan mendarat selamat di tengah jalan raya.

Kepalanya menjenguk ke luar pondok, hujan masih lebat tapi guruh dan kilat sudah lama henti berpesta. Cepat-cepat Naufal berlari mengambil rantai kunci kesayangannya.

" Nasib kau tak patah, panjang lagi hayat kau ya encik kayu. " Dia tersenyum sendirian, hampir terlupa dengan pakaian dan rambutnya yang basah kuyup disiram hujan.

" Ish, silaunya matahari. " Tangan kanan diangkat untuk melindungi pandangannya dari cahaya, anehnya cahaya itu dari tepi sebelah kanan, bukan dari atas langit. Matahari nak terbenam dah ke ?

BUK !

Sekelip mata saja tubuh Naufal terpelanting jauh ke bahu jalan kesan dari langgaran benda keras. Kepalanya berdarah dengan dahi yang luka terkena duri.

Dalam pandangannya yang samar-samar, matanya menangkap satu figura dewasa berlari ke arahnya sebelum semuanya gelap.

" Maaf cik muda, jalan sesak tadi. "

Badannya ditundukkan 90° dihadapan seorang budak perempuan. Dia tersenyum manis lalu mengarahkan untuk orang tua itu bangun semula, takut patah pinggang pula nanti.

For You ; Moira『H』Where stories live. Discover now