❦ ' ٠٩

228 18 7
                                    

randomquotes

Beautiful 'akhlak' is better than a beautiful 'face'.

Feeya menilik wajahnya di cermin, mengusai tudung dan apa yang patut. Dia sudah berjanji dengan Daniel untuk bertemu di kafeteria kolej petang ini.

Atas nasihat Zahara, dia telah memilih untuk menjadi 'kekasih palsu' Daniel, itupun dengan bersyarat.

Ya Allah, Engkau permudahkan lah segala urusan ku hari ini dan Engkau lembutkan lah hati batu insan bernama Daniel. Monolog hatinya.

Feeya menunggu dengan sabar. Janji pukul 2 petang namun batang hidung pun belum muncul. Sudah setengah jam berlalu, ais di dalam minuman pun cair.

" Mana dia ni ? " Rungutnya seorang diri.

" Assalamualaikum. " Suara garau menyapa.

Feeya mendongak memandang wajah Daniel, tanpa segaris pun senyuman.

" Waalaikumussalam. "

Walaupun dia benci memandang wajah Daniel tetapi hari ini dia harus juga menghadap wajah 'syaitan bertopengkan manusia' ini.

Dia menarik kerusi dihadapan Feeya lalu duduk di atasnya. Matanya tajam menatap wajah Feeya seperti ingin membaham dia.

" So, what is your answer ? " Tanya Daniel.

Feeya diam. Mulutnya seperti di gam.
Banyak mata yang memandang ke arah mereka membuatkan Feeya resah.

Manakan tidak, peminat Daniel memandangnya seperti ingin membunuhnya.

Sepuluh kali ganda lebih seram daripada tatapan tajam Daniel.

Daniel pula hanya berlagak tenang, menunggu jawapan dari mulut gadis itu.

Feeya memberikan isyarat kepada Daniel melalui ekor mata. Daniel pura-pura tidak perasan akan isyarat tersebut.

Geram. Benci yang teramat. Itu sahaja yang Feeya rasakan Sekarang ini.

Melihatkan jelingan tajam Feeya, Daniel mula berganjak dari kerusi dan meninggalkan Feeya seorang diri di dalam Kafeteria.

Sebelum itu dia sempat meninggalkan pesanan WhatsApp kepada Feeya.

Mamat Ais beku
Online

Follow me.

Segera Feeya bangun dan mengejar Daniel yang sudah jauh kehadapan.

Daniel kalau sudah jalan tak ingat dunia.

" What is your answer ? " Ulangnya sekali lagi.

Tangan disilangkan di dada, memandang Feeya yang sedang tercungap-cungap bernafas.

Ingatkan Daniel membawanya ke Taman Herba di kolej, rupa-rupanya Taman Rekreasi jauh dari Kolej. Nak sangat privasi kan.

" Awak tak boleh nak cakap dengan lebih sopan tak ? Berilah saya masa nak sedut oksigen. " Marah Feeya.

" Kau nak aku panggil kau apa ? Baby sayang atau tuan puteri ? " Ujar Daniel, mengejek gadis itu.

For You ; Moira『H』Where stories live. Discover now