❦ ' ١٤

184 12 9
                                    

randomquotes

Kita hidup bukan untuk puaskan hati semua orang tapi untuk diri sendiri dan orang yang kita sayang.

Kad-kad yang terkandung nombor 123 ku susun kemas ikut urutan menaik.

Afif yang sedang berusaha mencantumkan puzzle ABC gagal lagi. Aku hampir ketawa melihat wajahnya yang murung seperti mahu menangis. Comel betul.

" Sini Kak Yaya tolong. " Pelawa ku sambil tangan pantas mencari puzzle ABC yang lain.

Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun itu teruja apabila aku turut serta bermain dengannya.

" Kak yaya, tu ! " Ujarnya sedikit pelat.

Jari telunjuknya menunjuk ke arah sekeping puzzle yang ku pegang. Segera aku menyorokkan puzzle itu dibelakang sambil menggelengkan kepala.

" No ! Sayang Kak Yaya dulu. "

Sayang yang ku maksudkan adalah peluk. Biasanya budak ni bila jumpa aku pasti dipeluk dan diciumnya aku tapi hari ni tiada langsung sayang-sayang.

Sama ada budak ni lupa atau merajuk dengan aku sebab lupa belikan dia coklat. Ini lah sebabnya mengapa kita tidak boleh bina janji dengan budak-budak.

Kesian tahu. Tapi sekarang ni aku geram sebab mulutnya mencebik sambil menggeleng laju tanda tidak mahu. Eyh, aku cubit pipi kang !

" Kalau macam tu Kak Yaya tak nak main lah. " Pura-pura aku merajuk di hadapannya.

Kaki dihentak-hentakkan di atas lantai, yup aku yang hentak. Umur dua puluh tahun tapi perangai macam budak dua tahun.

" Ummi tengok Kak Yaya ni ! " Afif menjerit sambil meroyan.

Dari tadi dia cuba mengambil puzzle yang ada di tangan ku tapi tak berjaya sebab aku angkat tangan aku tinggi setinggi yang boleh.

Kak Dahlia yang muncul dari dapur dengan senduk di tangan menggelengkan kepalanya apabila melihat dua ekor kanak-kanak riang yang sedang bermain dan bermanja.

Afif sudah menangis tapi aku tetap tak mahu bagi dia puzzle. Kau tak tahu tahap degil aku macam mana, aku tetap nak dia peluk aku.

Afif berlari ke arah Kak Dahlia, tangan diangkat ke udara minta didukung. Kak Dahlia mengangkat anaknya sambil cuba untuk memujuk anaknya.

Nak marah aku pun tak guna, masuk telinga kanan keluar telinga kiri juga. Tak tahu pula seronok mainkan budak kecil. Jahat pula aku hari ni.

" Haih Feeya, dengan Afif pun kau cari gaduh. " Keluh Kak Dahlia

Aku tersengih, disebabkan kes kebosanan tahap langit lah yang menyebabkan aku cari gaduh dengan budak tiga tahun. Huhu.

" Feeya bosan kak ! Cuti pekerja ni buatkan Feeya mereput dalam rumah. " Adu ku kepadanya

Kepala senduk hampir-hampir saja mendarat di atas kepala ku tapi nasib sempat elak. Aku terus berdiri tegak melihat wajah Kak Dahlia yang mahu menyinga. Apa aku cakap tadi eh ?

For You ; Moira『H』Where stories live. Discover now