❦ ' ٠٨

230 16 5
                                    

randomquotes

They say follow your heart but if your heart is in a million pieces, which piece do you follow ?

" Dengar sini baik-baik, aku perlukan seorang gadis yang memenuhi cita rasa mak aku untuk di jadikan sebagai girlfriend aku dan kau amat sesuai.

Aku tak kisah kau suka atau tak yang penting kau jadi fake girlfriend aku untuk tempoh masa yang tertentu.

Kau tolak, kau akan kehilangan segalanya termasuk kerja kau dan adik kau. Faham ! "

Kata-katanya benar-benar menusuk ke sanubari ku. Kenapa perlu libatkan kerja dan nyawa. Apa dosaku terhadap lelaki yang bernama Daniel Ezairy ?

Sudah banyak beban yang aku tanggung, kenapa dia perlu menambahkan beban aku lagi.

Bagaimana aku ingin menjadi fake girlfriend nya sekiranya begini layanannya kepada ku ? Aku juga tak pernah terfikir untuk melayan lelaki seteruk itu.

Ya Allah, Engkau lapangkan lah fikiran hamba mu ini untuk berfikir akan jalan yang terbaik. Amiin.

" Penatnya ! "

Separuh menjerit Feeya mengeluh. Kepalanya disandarkan pada sebatang pohon rendang di kawasan Taman permainan tersebut.

Matanya tertutup perlahan-lahan membiarkan angin lembut menampar wajahnya.

Suhu yang sedikit dingin membuatkan hatinya yang panas menjadi sejuk.

Mental dan fizikalnya terlalu penat. Hendak berfikir pun susah.

" Hey kawan ! Tak baik anak dara mengeluh macam ni. " Tegur seseorang.

Feeya Tersentak. Kelopak matanya terbuka luas. Zahara tersengih melihat Feeya seakan-Akan tak percaya dirinya berada dihadapannya.

" Tak perlulah nak tenung aku macam aku ni buat jenayah berat. "

" Bagaimana... "

Zahara memintas kata-kata Feeya.

" Bagaimana aku tahu kau Ada di sini ? Tolonglah, kita berkawan hampir sedekad. Kau kalau ada masalah mesti pergi ke sini. "
Feeya diam. Zahara tidak puas hati apabila Feeya tidak memberikan sebarang respon.

Dia mengambil tempat di sebelah Feeya. Bahu sahabatnya dipeluk erat. Feeya tersenyum melihat telatah Zahara.

" Kan cantik bila senyum macam ni. "

Pipi Feeya dicubit oleh Zahara. Feeya menolak tangan Zahara ke tepi. Rimas !

" Sampai bila kau nak diam macam ni ? Apa guna ada kawan kalau kau simpan rahsia dan tanggung seorang diri. "

" Aku tak tahu. Aku... "

Feeya diam semula. Bukan sifatnya suka menyusahkan orang lain. Dia lebih suka berahsia dan melakukan semua hal seorang diri.

" Jangan malu dan takut Feeya, aku ada. Kau cuma perlu luahkan masalah kau kepada aku. Simple. "

Feeya memandang Zahara. Boleh percaya ke ? Tak semua orang kita boleh berkongsi masalah dan rahsia walaupun sahabat baik sendiri.

" Kau masih tak percayakan aku ? " Ujar Zahara tidak puas hati.

Dari tadi Feeya asyik mendiamkan diri. Dalam mulut tu ada emas ke ?

" Bukan macam tu, jangan salah faham cuma aku fikir tak menyusahkan kau ke untuk dengar masalah aku. "

Zahara menggelengkan kepalanya. Selama ni pernah ke Feeya menyusahkannya ?

Hanya dirinya sahaja yang suka menyusahkan Feeya. Almaklumlah anak manja.

" Begini, adik aku Naufal nak menjalani pembedahan buah pinggang tapi aku tak ada duit. "

" Kenapa kau tak pinjam pada aku ? " Pintas Zahara sebelum Feeya menyambung ceritanya.

" Aku dah kata aku tak nak menyusahkan sesiapa. "

Zahara menjeling. Sangat susah untuk memahami Feeya, dia bukan seperti gadis yang lain. Sekejap perangainya yang ini, sekejap yang itu.

" Selepas itu Doktor yang rawat adik aku kata ada seorang lelaki ni sudah bayar semua kos rawatan adik aku. Jadi aku minta pada doktor untuk bertemu dengan dia.

Aku cuma nak ucap terima kasih tapi bila aku nampak dia, entah lidah aku kelu semacam. Otak pun kosong.

Aku fikir dia ikhlas nak tolong tapi rupa-rupanya dia minta aku tolong dia jadi fake girlfriend. Aku tolak permintaan dia tapi dia ugut aku pula. Macam mana ni Zahara. " Jelas Feeya panjang lebar.

Matanya tertumpu kepada wajah Zahara. Kelihatan gadis itu menunduk lagak seperti sedang berfikir.

" Siapa nama dia ? " Tanya Zahara setelah lama berdiam diri.

" Daniel Ezairy. " Jawabnya sepatah.

" Diav! Kenapa kau tak sebut nama dia dari awal ? "

Feeya kebingungan, kenapa dengan Zahara ni ?

" Kenapa ? "

" Kau tak kenal dia ? Dia sekampus je dengan kita, jejaka hot dan ais batu. Ramai perempuan yang confess dia tapi semua ditolak mentah. Kira untung lah dia minta kau jadi girlfriend walaupun fake. "

Kepala Zahara menjadi sasaran ketukan Feeya. Gadis itu mengadu kesakitan. Siapa suruh menggedik.

" Kalau baik tak apa juga, ni ais batu siapa yang nak. Kau pun tahu aku tak suka jadi tumpuan ajnabi. "

Telapak tangannya masih lagi menggosok kepala yang diketuk oleh Feeya. Sesekali Zahara menjeling ke arah Feeya yang sedang seronok menyandar pada sebatang pokok sambil menikmati angin lembut.

" Dia ugut apa ? " Tanya Zahara.

Dia turut mengikuti Feeya menyandarkan tubuh pada pokok tersebut.

" Dia kata aku akan kehilangan kerja dan adik aku kalau aku tolak sekali lagi. "

Mata zahara membulat. Daniel benar-benar serius, sanggup dia melakukan perkara macam ni.

" Pada pendapat aku, baik kau terima saja tawaran dia daripada kau kehilangan adik dan kerja kau. "

" Aku tak sanggup nak hadap perangai dia Zahara. "

Feeya mengeluh. Kalau begini jawapannya, baik dirinya terima saja.

" Aku tahu kau mampu feeya. Jangan risau, kalau dia cuba nak rogol kau, bunuh je terus, settle. "

Feeya dan Zahara serentak ketawa mengejek. Sampai ke situ pula pemikiran Zahara.

" It is up to you to choose between ego or life. "

Aku terharu. Finally kawan aku jadi matang juga, bangga Feeya.

↷tbc↷
↝♡ ︴vote&comment √√

Special tags'

smilinggguk [ Afeeya Badrina ]

xxxtaeyasz [ Zahara Inani ]

uzmaroyceth [ Darina Insyirah ]

For You ; Moira『H』Where stories live. Discover now