❦ ' ٢١

197 12 8
                                    

randomquotes

You can cry, you can scream but don't forget to smile.

TOK !!! TOK !!! TOK !!! TOK !! TOK !!! TOK !!! TOK !!! TOK !!! TOK !!! TOK !!! TOK !!! TOK !!! TOK !!!

" NAUFAL BANGUNNNN !!! JANGAN SAMBUNG TIDUR LAH !!! " Jerit Feeya sambil mengetuk pintu tanpa henti demi membangunkan adiknya yang tidur mati selepas solat subuh tadi.

Di dalam bilik pula, tubuh badannya sudah berbungkuskan selimut dengan kepala yang ditekup menggunakan bantal sebagai kalis bunyi.

" Hmm kejap lagi lah kak ! Lima minit ! Lima minit ! "

" Ah takde, BANGUN WAHAI MANUSIA YANG BERNAMA MOHAMAD AISY NAUFAL ! BANGUN SEBELUM KAKAK TENDANG PINTU NI SAMPAI ROBOH ! " Amaran kali kedua dilaungkan. Kain lengan sudah disinsing, bersedia mahu menendang pintu bilik Naufal.

Entah apa manusia itu sedang buat dalam bilik, tak puas nak tidur.

Rambutnya yang kusut sudah diserabaikan lagi, pening kepalanya mendengar suara highnote kakaknya. Tunggu gelas cawan di dapur pecah baru perempuan tu berhenti menjerit.

" Ish apa kakak ni subuh dah menjerit macam suami curang pula. Orang nak tidur pun tak senang. " Adu Naufal dengan langkah yang mamai, matanya pula pejam celik cuba untuk menerima sinaran cahaya dari lampu.

Feeya sudah menggengam penumbuk, tunggu masa untuk menumbuk muka Naufal yang memang minta penumbuk.

" Pergi cuci muka dan mandi. Nanti lambat nak ke sekolah. "

Wajah Naufal yang masih mamai dijeling sebelum ditendangnya lagi adiknya sebab masih tak bergerak. Bila tengok balik, rupa-rupanya tidur sambil berdiri.

" Aduh ! Aduh ! Baiklah ! Baiklah ! "

Jam dinding ditenung, entah pukul berapa sekarang ni ? Dilihatnya jarum jam dan jarum minit sudah bertindih di angka 6. Oh, 6 : 30 minit pagi rupanya.

" ASTAGHFIRULLAH AL-AZIM ! KAK ! NAUFAL DAH LAMBAT ! " Giliran Naufal pula yang menjerit.

" PADAN MUKA KAU ! DERHAKA LAGI DENGAN KAKAK ! "

Suasana yang begitu ceria di halaman sekolah, suasana ini lah yang amat dirinduinya dulu. Bayangan kelas 3 Berlian menyapa anak matanya, sudah banyak perubahan yang berlaku. Cuma satu sahaja yang tidak berubah, penduduk kelas ini.

" Yoo apa khabar bro ! Buat apa berdiri lama-lama depan pintu ? Tunggu karpet merah dibentangkan ke ? " Zaquan, si ketua kelas pemalas menyapanya.

Naufal tersenyum nipis. Masih ada benda yang mengganggu fikirannya.

Sekiranya benar kerusi dan mejanya diambil alih oleh budak baharu, jadi dimana harus Naufal duduk ? Takkanlah atas lantai pula ?

" Selamat pagi kelasku tercinta ! Ikhwan yang co- eh Naufal ? Kenapa berdiri macam patung depan pintu ni ? " Aksi seperti ingin memeluk angin terhenti apabila melihat Naufal yang keras macam batu.

" Entah kawan kau ni, dari tadi asyik berdiri macam patung. Patung pun reti lagi nak berdiri di tepi. " Jelingan tajam dihadiahkan kepada Zaquan tetapi lelaki itu hanya mencebik seperti sudah biasa berlaku. Ikhwan pula sudah hilang entah kemana.

For You ; Moira『H』Where stories live. Discover now