ep6

403 66 12
                                    

Episod 6
...loading...

"Kenapa masam muka tu?" Puan Ha menuang teh lipton yang sudah dibancuhnya ke dalam setiap cawan. Tuan Ha mengerutkan dahi.

"Siapa?" tanya Tuan Ha kepada isterinya. Puan Ha menjuihkan mulutnya ke arah Jungkook. Jungkook tak endah. Hanya makan roti telur yang terhidang di hadapan mata. Ada lagi satu tarikan yang memaksa matanya kekal menatap.


Sungha membawa mangkuk berisi sup panas. Tidakkah ibunya melihat bahawa anak tirinya sedang mengandung. Benar-benar meruntun hati kecil Jungkook.


"Ibu tengah cakap dengan kamu ni, Jung," kata Puan Ha tatkala mata Jungkook memandang ke arah lain. Bukannya Puan Ha semakin tidak suka dengan Sungha tapi yang menjadi masalah, anaknya, Jeon Jungkook. Seakan menyimpan perasaan suka kepada Sungha.

Jungkook tak tahan. Dia berjalan ke arah Sungha lalu dirampas mangkuk tersebut. Dengan kadar segera, dia meletakkan mangkuk tersebut di atas meja.


"Ibu, ayah, Haejung dan Jinyoung tak nampak ke Sungha tengah bawa sesuatu yang berat. Dia berjalan nak sampai ke sini pun, ambil masa beberapa minit. Kalau sup panas tu tertumpah atas kaki dia macam mana? Nak juga tengok Jung bertindak. Ibu pula, sikit-sikit nak tuduh kami ada hubungan bila Jung cuba nak bantu dia," bentak Jungkook lalu keluar daripada dapur dan terus keluar dari rumah.

Mereka lima beranak terdiam. Sungha sudah kecut perut. Dia memejamkan mata lalu duduk di atas kerusi. Overprotective dah datang.


"Jinyoung keluar dulu. Jungkook kalau baran, memang kena orang lain," kata Jinyoung lalu bergegas keluar daripada rumah.


Pintu kereta milik Jungkook sempat dibuka tatkala kereta itu mahu bergerak.


"Kau dah kenapa?" jerkah Jungkook. Jinyoung menutup pintu kereta itu lalu memakai tali pinggang keledar.


"Hantar aku kerja," ujar Jinyoung ringkas. Nafasnya mengah semata-mata berlari mendapatkan Jungkook.


"Kau merepek apa ni? Tak ada masa aku nak hantar kau. Lepas tu datang tempat kerja aku balik," balas Jungkook tak berperasaan. Jinyoung mendengus.


"Ala, duit minyak pun berkira. Aku bayarlah berapa kau nak."


"Ingat aku hadap sangat duit kau tu. Tak laku," perli Jungkook mendapat jelingan daripada Jinyoung.


Kereta mula memasuki jalan raya. Keadaan di dalam kereta, sunyi sebelum Jinyoung cuba memecahkan kesunyian di antara mereka.


"Ibu dah curiga, bodoh," Jinyoung berkata resah. Jungkook menekan pedal minyak kuat, dia memotong kereta dihadapannya.


"Kau jangan nak bahas fasal ni dalam keadaan aku yang masih panas. Nanti tak fasal-fasal aku siang kau dan jual organ kau dekat luar negara," Jungkook memberi amaran. Jinyoung mengajuk percakapan Jungkook.

"Aku ingatkan lagi sekali, sejauh mana marah kau kepada ibu atau kepada kita orang sekali pun, aku mohon kau jangan tengking ibu. Ibu memang dah sembuh, Jungkook tapi ibu dah tua. Bila-bila masa boleh kena serangan jantung. Ayah pun sama," nasihat Jinyoung sambil membuang pandangan ke luar tingkap.


Silap besar siapa pandang Jungkook waktu lelaki itu dalam keadaan mood tak stabil. Cari maut namanya!


"Kau tak payah nasihatkan aku. Kau tak faham apa yang aku tengah lalui. Aku kalau dah tak ada rasa hormat pada ibu, dah lama aku bongkar perkara ni," ujar Jungkook dengan nada yang hampir tak bersuara.


"Jom sarapan dulu. Aku laparlah. Kejar kau punya fasallah ni," ujar Jinyoung cuba menukar topik. Mata mereka bertaut. Jungkook mencebik.

"Aku pun lapar."

Petang!

↪The JK↩▫ jjk ▶season 2Where stories live. Discover now