ep23

396 57 21
                                    

Air mata akan menjadi saksi bahawa hati sangat terluka oleh kerana pendam yang terlalu lama - seogryu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Air mata akan menjadi saksi bahawa hati sangat terluka oleh kerana pendam yang terlalu lama - seogryu


•••

"Abang, banyak sangat ke kerja? Sampai abang sakit macam ni?" tanya Haejung sambil memandang Jungkook. Mereka sekeluarga kecuali Jinyoung berada di ruang tamu. Risau mereka melihat keadaan Jungkook yang lemah itu. Disisi Jungkook ada Puan Ha yang sedang menyuapkan bubur ayam dan sup kosong bagi memberikan tenaga buat Jungkook.

Makan malam tadi, Jungkook langsung tidak menjamah kerana tiada selera untuk makan.

"Jungkook, nak ayah hantar ke hospital tak?" soal Encik Ha pula. Jungkook menggeleng tanda tidak mahu. Dia cuma rasa lesu seluruh badan dan abdomennya terasa sakit. Itu saja. Tiada apa yang perlu dirisaukan.

"Kenapa tak nak pergi hospital? Ada baiknya pergi hospital. Kalau kau tak nak pergi malam ni, ambil lah cuti esok. Pergi dengan aku sebab Seobin temankan aku pergi hospital esok," kata Sungha membuatkan nafas Jungkook seakan terhenti. Dia mengetap gigi lalu pandangannya mencerlung ke arah Sungha.

"Boleh tak, kau jangan sebut nama jantan tu depan aku! Kau kata, tak usah sibuk hal kau! Jadi kau pun jangan sibuk hal aku! Aku mati pun, itu bukan hal kau! Aku rela pergi seorang diri lah!" tengking Jungkook tiba-tiba membuatkan seisi keluarga terkejut. Dia tercungap-cungap mencari nafas yang hilang. Tubuhnya berpaling ke arah kanan, ke arah Encik Ha duduk.

"Aku cuma nasihatkan kau. Terserah kau mahu ikut atau tak," kata Sungha berat. Berperang dengan perasaan sendiri. Jungkook menggigit bibirnya. Sungha sememangnya pandai berlakon.

"Aku tak perlukan nasihat daripada kau," kasar Jungkook berbicara. Pergelangan bajunya dibawa ke kelopak mata; menghalang air mata daripada jatuh. Dia sakit. Kenapa Sungha langsung tidak mengerti?

Adakah dia benar-benar bertukar arah? Adakah benar dia mencintai Seobin? Sungguh besarkah kasih yang Seobin bagi sehingga mampu melawan kasih yang dia hamparkan?

"Sungha, Haejung dan ibu naik atas. Ayah nak bercakap sikit dengan Jungkook," pinta Encik Ha menerima anggukan daripada mereka bertiga.

"Nanti jumpa ibu dalam bilik. Ibu nak bagi kamu sesuatu," pesan Puan Ha lalu mencium kepala Jungkook.

"Jom, Sungha," ajak Puan Ha. Dia segera memegang tangan Sungha bagi menolong Sungha untuk berdiri. Namun, Sungha menggeleng.

"Ibu dan Haejung naiklah dulu. Sungha nak cuba bangun sendiri," kata Sungha menerima anggukan daripada Haejung dan Puan Ha. Seketika itu, Sungha sudah berdiri. Matanya memandang anak mata ayahnya.

"Hati-hati naik tangga tu," pesan Encik Ha. Sungha mengangguk faham. Dia berjalan dan berhenti pula ketika menghampiri tangga. Figura Jungkook diperhati.

'Saya rindu awak sangat-sangat,' bisik hati kecil Sungha lalu tangannya menyentuh dinding. Kau kuat Sungha! Kau kuat!


•••

"Menangislah. Menangis semahu-mahunya," tenang Encik Ha menuturkan ayat tersebut. Tidak semena-mena mata Jungkook bertakung. Dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Kenapa saya perlu menangis di hadapan ayah? Saya tidak mahu terlihat lemah di hadapan lelaki," sarkastik Jungkook membalas. Dia masih merenung lantai yang beralaskan karpet berbulu merah itu.

"Air mata adalah satu-satunya cara bagaimana mata berbicara ketika bibir tidak mampu menjelaskan apa yang telah membuatkan hati kamu terluka," lembut Encik Ha berbicara. Jungkook menahan. Kata-kata ayah tirinya bikin hatinya terasa sebak.

"Ayah nak cakap apa dengan saya? Kalau tujuannya sama macam ibu, saya tak mahu dengar," ujar Jungkook cuba mengubah topik. Encik Ha menyentuh kepala lutut Jungkook lalu menepuk berkali-kali.

"Jungkook, kamu pendam perasaan terhadap Sungha?" soal Encik Ha membuatkan Jungkook terdongak perlahan-lahan. Air liur tertelan tanpa izin darinya.

"Sa... Saya kasihankan Sungha. Dia tak layak dapat lelaki macam tu. Dengan mata kepala saya, lelaki itu cuba kacau anak ayah dahulu. Saya tak boleh, sa.. Saya benci. Saya pernah bergaduh dengan dia," jelas Jungkook bersungguh-sungguh.

"Kamu sayang Ha Sungha?" Soalan cepumas kedua diajukan kepada Jungkook. Dia tergamam. Otaknya berputar ligat mencari idea.

"Saya patut lindungi dia, ayah. Dia tak patut jatuh ke tangan orang yang salah. Saya mahu dia sentiasa bahagia. Saya mahu buat dia selesa. Kenapa ayah dan ibu tak bincang dulu dengan Jungkook? Kenapa tangkap muat saja lelaki macam tu? Ayah sendiri tahu, dia gangster kawasan ni," kata Jungkook lagi.

"Kamu cinta dia?"

Serta-merta Jungkook seperti kehilangan nafas. Mata yang bertakung tadi akhirnya pecah jua. Jungkook, lelaki itu tewas di hadapan Encik Ha. Dia menangis kecil lalu bersandar pada sofa.

"Sa... Saya cin... Cintakan dia sungguh-sungguh," jujur Jungkook memberitahu. Teresak-esak dia menangis. Encik Ha tersenyum kecil.

"Ayah nampak Jungkook, ayah nampak. Perempuan jika suka, lihatlah bibirnya yang sentiasa tersenyum. Lelaki jika cinta, lihatlah pada mata dan tindakannya. Ayah dah perhatikan Jungkook lama. Pasti kamu memendam perasaan sejak berjiran dengan dia kan?" kata Encik Ha membuatkan Jungkook terdiam. Kepalanya terarah pada wajah tua itu.

"Ayah nampak waktu ayah pergi rumah kamu hari tu. Kamu dan Sungha kelihatan terkejut. Kenapa tak bagitahu awal-awal yang kamu cintakan dia?"

Kelihatan Jungkook terkejut bukan kepalang.

"Ayah tak tahu apa-apa," kata Jungkook lalu menunduk. Air mata tadi kesat laju-laju. Sungguh malu menangis di hadapan ayah tiri.

"Ada apa-apa yang ayah tak tahu tentang kamu berdua?" Rahang Jungkook seperti ingin jatuh ke lantai.

"Ayah tak perlu tahu."

"Kalau kamu jujur, ayah tak akan marah. Kalau ayah dapat tahu sendiri, memang nahas ayah kerjakan. Pilih nak yang mana?"

•••

"Apa tu?"

Kecoh satu bilik mesyuarat tatkala Jungkook mengangkat sebuah alat yang tidak dikenal pasti namanya. Mereka bertanyakan antara satu sama lain dan Yellena tiba-tiba mengangkat tangannya.

"Saya nak tengok sekejap, boleh?" pinta Yellena dan Jungkook terus menghulurkan alat tersebut. Setelah meneliti dengan pandangan berkerut, Yellena akhirnya melongo.

"Ini alat perakam suara. Mana awak jumpa?" pantas Yellena menyoal dan Jungkook mengeluh kecil lalu terduduk di atas kerusi.

"Ibu saya jumpa alat perakam suara ini di celah kolar kot hitam yang saya selalu letak pada kepala kerusi saya. Saya tak tahu dari mana ianya da...,"

"Encik Jungkook, ni mesti kerja Encik Bambam."

💙

Selamat Malam :)

↪The JK↩▫ jjk ▶season 2Where stories live. Discover now