ep19

429 58 22
                                    

Episod 19

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Episod 19

"Letak sini ke pak cik?" tanya lelaki itu sambil mengalihkan pasu bunga ke tempat sepatutnya. Encik Ha mengangguk. Dia menyuruh lelaki itu duduk di bangku yang ada ditepi pintu rumahnya. Bangku yang dicat kuning kejinggaan. Hiasan pokok bunga ditepinya menambah seri.

"Kau tak kerja lagi? Merayau-rayau lagi?" tanya Encik Ha mengundang ketawa di hati lelaki itu. Dia bersandar ke dinding lalu mengeluh kecil.

"Dah berubah pak cik. Insaf dah sekarang. Tumbuk orang pun jarang. Syukurlah, baran boleh kawal dah. Kerja pun bolehlah tampung keluarga dengan diri sendiri," balas lelaki itu sambil tersenyum. Hidupnya sudah berubah sedikit demi sedikit.

"Syukur, pak cik gembira dengan Seobin. Tak nak kahwin ke? Umur rasanya sebaya dengan Sungha," soal Encik Ha membuatkan Seobin diam dan mengangkat bahu.

"Siapa nak dengan saya ni? Kerja taklah mewah. Bekas gangster," ujar Seobin lalu menunduk. Encik Ha tersenyum lalu menepuk bahu Seobin.

"Nak rupanya. Ingat mahu bujang sampai ke tua," usik Encik Ha.

"Siapa tak nak ada peneman? Mungkin jodoh belum sampai lagi. Cepat atau lambat, saya terima ketentuan Tuhan," tenang Seobin berbicara. Tidak macam dulu, dengan orang tua pun hendak bergaduh.

"Jemputlah minum, Seobin."

Seobin menganggukkan kepalanya lantas meneguk minuman manis yang disediakan oleh Puan Ha.

"Sungha ada?" tanya Seobin ingin tahu.

"Ada. Dia dekat dalam. Kenapa?"

"Dia baik-baik saja?"

"Begitulah. Kasihan juga pak cik tengok dia. Keadaan dia yang sarat tu memerlukan seorang suami disisi. Payah pak cik tengok dia. Pak cik hanya mampu hantarkan dia ke hospital, bagi makan, tampung kos anak dia dan kasih ayah. Pak cik tak boleh nak jalan tanggungjawab macam seorang suami. Nak urut kaki, layan dia," luah Encik Ha lantas mendongak ke atas. Sebak mula menerpa sekeping hati tua itu.

"Tapi pak cik rasa senang sikit bila ada anak tiri pak cik ni, nama dia Jungkook. Dialah yang selalu tengokkan Sungha. Macam suami kalau tengok gaya. Sepadan pun sepadan tapi isteri pak cik selalu risau. Pak cik yakin Jungkook tak ada hati pada Sungha cuma nak tolong saja. Pak cik yakin sangat," katanya yakin. Seobin terdiam lama. Mereka belum tahu kebenaran sebenar.

"Pak... Pak cik, kalau saya nak kenal Sungha dengan lebih dekat, boleh?"

Encik Ha lantas memalingkan muka ke arah wajah Seobin.

"Kau sihat?" tanya Seobin tenang. Strawberi smoothie dikacaunya menggunakan straw. Berani betul dia ajak Sungha keluar minum di kafe. Kasihan jika melihat cara gadis itu berjalan. Rasa kesal pula mengajak.

"Sihat. Kau pula?" balas Sungha pula. Dia menyedut air mangganya lalu memakan kek coklat moist yang terhidang di hadapannya.

"Anak kau sihat?"

"Sihat tapi kandungan aku walaupun dah masuk lapan bulan, berat bayi tu tak naik banyak. Sebab tu, besar perut aku tak sebesar perut orang biasa," kata Sungha lagi. Seobin mengangguk faham dengan apa yang diperkatakan Sungha.

"Kau masih simpan perasaan pada Jungkook lagi ke?"

Pertanyaan Seobin membuatkan aktiviti Sungha terhenti. Dia merenung lama meja makan itu lalu menggeleng perlahan.

"Ada."

"Kau tak boleh berharap pada sesuatu yang tak pasti dan jauh dari realiti. Aku takut kau semakin sakit. Sun... Sungha, ayah kau sayangkan ibu kau. Takkan tergamak kau mahu lukakan hati tua itu jika mereka tahu semua ini," ujar Seobin menikam hati Sungha yang sudah sakit itu. Namun dia tahu, Seobin mahu dia membuka mata. Berpijak pada bumi yang nyata.

Keadaan dia dan Jungkook itu tidak mungkin akan pernah bersama. Tidak mungkin sekali.

"A... Aku cuba buang, Seobin. Aku cuba buang perasaan ini dengan mengingat semua kesalahan dia pada aku tapi aku tak boleh. Aku tak boleh buang, Seobin. Walaupun terlarang, percintaan kami tak pernah putus. Jungkook sentiasa bagi semangat pada aku. Semangat yang kami akan bersama. Itu janji Jungkook," jelas Sungha. Dia tersenyum kecil. Pedih itu diselindung dengan wajah manis.

Betullah itu. Jungkook sentiasa sirami hubungan mereka dengan hujan cinta dan kasih. Bunga yang ditanam tidak pernah layu lagi. Hampir layu, pasti ada baja yang diletakkan ke dalamnya. Jungkook tak pernah putus asa.

Seobin terpaku.

"Jadi kau masih mahu bahagia di atas satu dusta. Kasihan anak kau nanti, sampai ke besar tiada ayah."

"Aku fikir Seobin. Setiap sudut aku fikir, tiada yang tertinggal. Aku mahu cuba lupakan Jungkook dan bahagia dengan orang lain tapi persoalannya siapa mahu aku ini? Perempuan yang tergadai maruahnya, aku tak suci. Tambah pula, aku sudah mengandung. Siapa mahu pandang aku ini? Aku jijik. Hanya Jungkook yang mahukan aku."

Sungha memandang anak mata itu. Keadaan sayu itu sampai ke hati Seobin.

"Aku ada untuk jadi ayah kepada bayi tu dan suami kepada kau."

👋

Omo! Terkejut cheq

↪The JK↩▫ jjk ▶season 2Where stories live. Discover now