ep13

359 56 28
                                    

Episod 13

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Episod 13


"Awak okay saya tinggalkan awak dekat sini?" risau Encik Ha bertanya isterinya.  Dia ada perjumpaan penting bersama rakan-rakan perniagaannya. Encik Ha sebenarnya sudah penat mahu bekerja. Dia mahu bersara. Wang simpanannya sudah terlebih cukup. Lebih-lebih lagi hanya menyara isterinya dan dia saja. Umur tua begini elok tinggal di rumah. Menghabiskan sisa hidup bersama keluarga walaupun usianya baru menginjak 48 tahun.

"Lebih daripada baik sangat ni. Kasihan awak nak berpatah balik. Awak boleh saja tinggalkan saya dekat pasar tadi," balas Puan Ha sambil tersenyum kecil. Plastik-plastik yang berisi barang-barang dapur dan bahan mentah dibawa ke peha.

"Saya bukan apa, Hellena. Barang dahlah berat. Tak pun, saya call Jungkook suruh ambil awak. Tak pun, Jinyoung," cadang Encik Ha sambil mengeluarkan telefon pintarnya.

"Tak payah susahkan mereka. Saya boleh bawa barang ni balik rumah dengan sendirinya. Awak jangan risau," bantah Puan Ha dan Encik Ha mengumam lama.

"Kenapa tak bawa Haejung tadi? Sungha pun boleh ikut," kata Encik Ha lagi. Rasa menyesal tidak mengajak Haejung atau Sungha untuk menemani isterinya.

"Haejung mana mahu pergi pasar. Masak dekat dapur rajinlah. Ish awak ni, Sungha tu kan tengah sarat mengandung. Dahlah, awak lambat sampai nanti. Saya pergi dulu. Balik awal sikit, sempatlah makan malam sama-sama. Kan awak suruh saya masak makanan kegemaran awak dan Sungha? Jadi balik awal," ujar Puan Ha lalu menyalami tangan suaminya.

"Miss you."

"Ya Tuhan, suami siapa gedik ni."

Pantas Puan Ha keluar dari perut kereta. Makin dilayan, makin menjadi-jadi. Encik Ha ketawa kecil lalu mereka berbalas lambaian. Puan Ha berjalan ke arah pondok bas dan duduk di bangku panjang yang ada di situ. Tak lama kemudian, bas tiba di pondok bas. Selepas membayar tambang, Puan Ha mencari tempat duduk.

Tiba saja di kawasan apartmen, Puan Ha turun bersama seorang gadis. Dengan prihatin, gadis itu bertanya.

"Annyeonghaseyo," sapa gadis itu lalu menunduk ke arah Puan Ha. Dengan pantas, Puan Ha meletakkan barang-barangnya di atas jalan tar lalu menunduk sama.

"Annyeonghaseyo."

"Mak cik tinggal sini ke?" tanya gadis itu ramah. Puan Ha mengangguk laju.

"Kenapa ya?"

"Ah, kebetulan saya pun duduk apartmen ni. Apa kata, saya bawakan sikit barang mak cik. Kasihan saya tengok mak cik. Saya ikhlas, mak cik jangan risau," kata gadis itu lalu menawarkan dirinya untuk membawa barang-barang tersebut.

"Tak apalah. Mak cik tak nak susahkan kamu."

"Tak, mak cik tak susahkan saya. Mari saya bawa," ujar gadis itu lagi lalu mengambil beberapa beg plastik.

"Jomlah mak cik," teruja gadis itu berkata dan Puan Ha hanya tersenyum kecil. Mereka berbual-bual sambil berjalan ke rumah.

"Nama kamu apa?"

"Min Mia Yellena."

"Nombor rumah?"

"168."

"Lah, beza dua rumah dengan mak cik. Mak cik 166. Betul kamu tinggal sini? Mak cik tak pernah nampak kamu sebelum ni?" ragu Puan Ha bertanya.

"Saya biasa guna tangga atau lif hujung sana. Jadi, mungkin kita jarang berselisih. Lah 166, mak cik ni isteri Encik Ha ke? Patutlah tak familiar sangat," jelas Yellena sambil ketawa kecil.

"Bukan setakat jarang, memang tak pernah berselisih. Ya, mak cik isteri Encik Ha. Kamu kenal dia?"

"Kenal tu kenal tapi tak rapat. Tapi dia baik. Dia pernah tolong ayah saya dulu. Kak Sungha dengan saya baru saja bertegur sapa tahun lepas rasanya tapi kami bukan rapat juga. Kenal sebab seorang lelaki yang pernah tinggal sebelah rumah Kak Sungha. Sampai sekarang, lelaki tu tak muncul-muncul. Saya rindu dia. Ah, maafkan saya mak cik! Terluah pula," kata Yellena sambil menggigit bibirnya perlahan.

"Tak apa, mak cik suka dengar gadis-gadis bercerita. Anak perempuan mak cik dia tak suka bercerita tapi dia banyak mulut. Sedih saja, terus tak ada mulut."

Seronok berbual, akhirnya mereka tiba di hadapan pintu rumah 166.

"Masuklah dulu. Minum air. Kenal-kenal anak-anak mak cik," ajak Puan Ha membuatkan Yellena terus menggeleng.

"Eh tak apa mak cik. Susah-susah saja. Saya balik dululah. Nanti mak membebel 24 jam," kata Yellena berdalih.

"Tak ada susahnya. Kamu tolong mak cik, tak susah pula? Tak apa, nanti mak cik jumpa mak kamu. Masuklah, minum air. Biar hilang penat."

Akhirnya, Yellena akur. Masuk saja, ramai mata-mata melihatnya.


Maafkan beta. 💋

Beta terlampau mengantuk semalam.

Thank you sebab baca ff ni tauuu muaaaahhhhhh. 1k dahhhh.

The jk season 1 dah 20k pembaca. Muah!

Walaupun saya dah kurang aktif, tapi ff saya sentiasa ada yang baca. Ahahaha kayyy. Byee. Malam ni ada satu lagi. Pukul 8.30 nanti.

↪The JK↩▫ jjk ▶season 2Where stories live. Discover now