ep14

363 60 44
                                    

Episod 14

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Episod 14

"Jemput minum," ajak Sungha lalu meletakkan sedulang air. Haejung pula membawa kuih-muih yang dibuatnya bersama Sungha tadi.

"Ibu jumpa mana anak dara orang ni?" bidas Haejung lalu duduk di sebelah Jungkook. Puan Ha terus tersenyum kecil lalu teruja ingin bercerita.

"Dia pelawa ibu bawa barang dapur ni. Makanlah Yellena. Jangan malu-malu," kata Puan Ha pula. Yellena mengangguk kecil lalu memakan pemanis mulut itu. Sebenarnya, ada satu benda yang dia terkejut. Sungha yang sedang sarat mengandung. Jadi betul apa kata penduduk sini? Dia hamil anak luar nikah. Bukankah Sungha, gadis yang susah untuk didekati. Kawan lelaki pun kurang apatah lagi kawan perempuan.

Dia nampak tubuh perempuan itu tapi mungkin waktu itu, kandungannya masih kecil. Sekarang, dah sarat sangat, mungkin Sungha jarang keluar. Dia pun dah tak lalu laluan tu lagi.

"Ini Jeon Haejung, anak bongsu mak cik. Itu pula Jeon Jungkook. Haejung dah kahwin. Jungkook masih teruna lagi. Kalau kamu nak, mak cik alu-alukan saja," ujar Puan Ha membuatkan Haejung dan Jungkook tersedak. Sungha hanya diam walaupun dalaman sudah terasa sakitnya.

Yellena hanya senyum pudar. Mahu bergurau orang tua ini. Dia belum pekak lagi, Jeon Jungkook. Seakan membedil otaknya sekarang. Sampai sekarang, Jungkook itu tidak pernah dibuangnya.

"Ibu ni, tak baik buat tetamu macam tu."

"Tetamu yang terkejut atau kamu yang terkejut?" bidas Puan Ha kepada Jungkook. Dilihatnya Jungkook mula tak senang duduk.

"Saya dah pernah jumpa Jungkook waktu kami terlanggar di kafe. Jadi, kami taklah kekok sangat. Saya pun dah kenal Kak Sungha. Haejung mungkin boleh jadi kawan saya lepas ni," ramah Yellena berbual.

"Lah, memang takdir betul kamu berdua ni. Jungkook, setahu ibu, kamu tengah cari pekerja dalam bidang perakaunan kan? Kebetulan pula Yellena ni budak akaun. Ambillah terus dia bekerja. Kamu kan dah jadi pengurus. Apa salahnya, kamu balas jasa dia yang tolong ibu ni dengan ambil dia sebagai pekerja," cadang Puan Ha dan itu sama sekali tidak dipersetujui oleh Haejung dalam diam.

'Waa, perempuan ni mesti nak menggatal dengan abang aku. Nampak baik tapi mata halusku sudah tersemak. Tak boleh jadi ni!' bisik hati kecil Haejung. Dikunyah-kunyah kuih itu dengan geram.

"Mana boleh macam tu ibu. Kita kena buat prosedur. Kena tapis sebelum ambil pekerja. Bukan senang-senang nak terima pekerja macam tu saja. Boleh jadi dia malas atau ada sifat tak elok," kata Haejung tanpa sebarang tapisan. Terus dua penampar hinggap di peha Haejung. Oleh Puan Ha dan Jungkook.

"Kau ni dik, tak baik. Jung memang bercadang nak ambil dia ibu. Yellena, nanti datanglah syarikat tu. Saya dah bagi kad kepada awak kan?" ujar Jungkook dan Yellena pantas mengangguk.

"Terima kasih."

"Mak cik ni ingat lagi yang Encik Ha pernah cakap yang Jungkook pun pernah tinggal apartmen ni. 165. Bukan kamu cerita dengan mak cik tadi, kamu rindu dia. Mak cik rasa memang sahlah Jungkook ni yang kamu rindu."

"Salah orang ni mak cik. Jauh beza muka mereka. Saya pun tak pernah kenal Jungkook lagi," balas Yellena membuatkan Puan Ha mencebik masam. Namun dia tersenyum kembali tatkala Encik Ha menghubunginya.

"Borak-borak lah kamu berempat, mak cik nak jawab panggilan suami mak cik."

Lesap terus jasad Puan Ha. Kini, ruang tamu hanya tinggal empat orang saja manusia.

"Sebelum tu, saya minta maaf. Kak Sungha ada nombor telefon Jungkook oppa? Kalau ada, boleh bagi? Jujur, saya rindukan dia sangat-sangat. Saya harap Kak Sungha dapat bagi saya nombor telefon Jungkook oppa."

Terus mereka bertiga melihat Yellena. Sungha memejamkan matanya sebelum bersedia untuk memulakan bicara.

"Kau masih ada hati dengan dia?" soal Sungha mendatar.

"Dialah yang mengubah jalan hidup saya. Saya betul-betul nak jumpa dia. Kalau dia dah ada orang lain, saya akan terima. Sa... Saya rindukan dia sangat-sangat Kak Sungha," rayu Yellena lagi. Jungkook meneguk liur kelat. Masih ada lagi dia dalam hati gadis itu? Kehilangan Jungkook lama memberi kesan kepada Yellena? Tidak terdetik di hati, gadis itu menyukai lelaki hodoh sepertinya?

"Aku dah lama hilang nombor dia. Tapi sebelum dia pergi, dia ada bagitahu aku yang kau dah ada lelaki lain. Mana satu aku nak percaya ni? Aku bercinta dengan dia selepas dia cakap kau curang."

"A... Apa? Demi Tuhan, saya tak pernah ada lelaki lain. Bila masa pula saya bercinta? Dia pula yang hilangkan diri daripada saya."

Yellena dan Sungha sangat terkejut manakala Haejung menikmati drama tersebut sambil meneguk segelas minuman manis itu. Tahulah dia dengan Jungkook yang mata dah terbeliak serupa setan gamaknya. Sambungan kisah cerita mereka berdua lagi.

Sabar saja hati ini mahu berteriak dan mulutnya ingin membongkarkan segala rahsia.

"Baik kau lupakan dia. Dia tak pandang kau langsung pun. Kau saja yang terhegeh-hegeh dengan dia," perli Sungha dan itu membuatkan hati Yellena sakit tiba-tiba.

"Kak Sungha ni kenapa? Saya cuma cakap baik-baik saja. Tak perlu nak kutuk saya segala macam."

"Aku benci kau lalat gedik. Kenapa engkau tak luahkan saja cinta kau terhadap Jungkook? Dia sedia menerima kau waktu itu dengan hati yang terbuka. Tak perlu, aku jadi mangsa keadaan," usai berkata, Sungha terus beredar. Haejung terus mengekori Sungha.

"Aku... Aku pula yang dipersalahkan?" Bibir Yellena bertukar masam. Rasa sebak bergelumang di dalam hati.

"Awak baliklah Yellena. Kita jumpa di pejabat nanti."


Oh yeah babehh. Homework setimbun. Iteww jumpa yisoklah pulaaa.

↪The JK↩▫ jjk ▶season 2Where stories live. Discover now