ep22

420 67 37
                                    

Jangan berhenti mencintai hanya kerana pernah terluka , tak ada pelangi tanpa hujan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jangan berhenti mencintai hanya kerana pernah terluka , tak ada pelangi tanpa hujan . tak ada cinta , tanpa tangisan - kkh


•••


"A...awak tak hairan tengok Jungkook?"

"Nak hairan buat apa. Wajarlah abang tiri bersikap kasih kepada adik tiri. Baguslah mereka ada hubungan yang baik. Tak perlu nak runsing. Biasanya tak puas hatilah, apalah."

"Awak tak faham. Kasih Jungkook tampak lain. Seakan menyayangi Sungha sepenuh hati."

"Awak saja ni fikir terlampau negatif. Anak saya dan anak awak baik-baik saja. Kalau awak risau sangat, cari isteri untuk Jungkook dan suami untuk Sungha tapi biarlah Sungha habis berpantang."

"Aku boleh jadi ayah kepada anak kau dan suami kau."

"Sungha, ibu rasa Seobin tu lelaki yang baik. Tiap-tiap hari datang rumah. Nak temankan Sungha. Sungha, ibu bukan apa, dia ada bagitahu niat dia pada ibu. Dia nak jadikan kamu sebagai isteri. Ibu yakin dia boleh bagi kebahagiaan kepada kamu. Yellena pun ibu rasa dia seorang yang baik dan sesuai untuk Jungkook. Ibu rasa mahu jodohkan mereka berdua. Bagaimana pendapat Sungha?"

"Su... Sungha tak kisah tapi biarlah Jungkook yang buat pilihan dia."

"Betul juga tapi ibu tak kisah. Janji dia kahwin dan bawa diri dengan isteri dia. Ibu nak dia kahwin cepat-cepat."

"Ibu masih ragu dengan kami."

"Sejujurnya, ibu memang resah sampai tak tidur malam tapi ibu tahu Sungha tak akan buat perkara tu. Yang ibu risau, anak ibu. Ibu tak pernah tengok dia ambil berat dengan perempuan sebagaimana yang dia lakukan terhadap kamu. Ibu bimbang dia ada perasaan pada kamu."

"Sungha, ibu tak kisah kamu nak rapat dengan Jungkook sekalipun tapi berpadalah. Ianya terlalu nampak pada mata ibu. Cuba jauhkan diri daripada dia dengan terima lamaran Seobin. Kamu sayang ayah dan ibu kan?"

"Sungha sayang sangat ibu dan ayah. Sungha akan dengar cakap ibu demi kebaikan kita sekeluarga. Sungha akan terima lamaran Seobin tapi dengan syarat ibu jangan bagitahu Jungkook."

"Kenapa?"

"Kalau betul dia sayang Sungha, Su... Sungha akan cuba sakiti dia dalam diam. Biar dia ben... Benci Sungha."

Tubuh Sungha terlekat pada dinding biliknya. Perlahan-lahan dirinya terduduk. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Dadanya itu dipegang kemas. Dia telah khianati Jungkook.

Dia telah memungkiri janjinya. Bibir yang acap kali disentuh Jungkook, akhirnya disentuh juga lelaki lain. Lelaki yang sama sekali dia tidak punya hati. Ini semua permintaan ibu tirinya.

Dia terpaksa.

Tapak tangan Sungha mencium lantai. Setiap titisan air mata jatuh membasahi mozek itu.

↪The JK↩▫ jjk ▶season 2Where stories live. Discover now