ep25

421 63 84
                                    

i don't want to forget, i want you and me to be us again- philophobiq

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

i don't want to forget, i want you and me to be us again- philophobiq

•••

"Syarikat kita dah mula imbang. Mula kukuh. Mula bersinar tapi kena sentiasa jaga-jaga. Orang cucuk kita belakang, depan, kiri dan kanan. Sentiasa waspada dengan apa yang kita buat. Aku tak nak jadi macam hari tu," ujar Jungkook kepada Sean. Sean mengerutkan dahinya.

"Kau ni kenapa? Gaya macam nak tinggalkan syarikat ni," kata Sean pula.

"Ya, aku nak tinggalkan syarikat...,"

"Kau gila ke apa! Syarikat ni tak ada kau, hura-haralah gamaknya. Jangan buat kerja bodoh boleh tak. Kalau kau berjaya kembangkan syarikat ni, kau dapat pangkat CEO buat selama-lamanya. Kau faham tak? Aku tak nak kau undur dirilah!" potong Sean lalu tubuhnya dipeluk dengan tangannya.

"Buat sementara waktu saja. Kau ni, dengarlah dulu apa yang aku nak cakap. Aku ada banyak benda nak selesaikan. Hal peribadi aku, tak boleh bawa main. Ni soal anak aku. Kau pun tahu kan?" ujar Jungkook mengendur. Sean menghela nafas lega.

"Mati-mati aku ingat kau nak keluar dari syarikat ni. Seguni carutan aku nak bagi, kalau kau betul-betul buat. Biar kau trauma dengan carutan aku," perli Sean membuatkan Jungkook tersenyum kecil.

"Jadi, kalau aku tak masuk kerja. Kau faham-faham sajalah dan aku nak kau ganti tempat aku. Aku percaya, kau boleh. Aku yakin, kau akan jaga sebaik mungkin," kata Jungkook membuatkan Sean melihatnya lama. Dia menggeleng-geleng kepalanya tidak setuju.

"Aku tak mampu. Aku bukan macam kau."

"There's no. Kau boleh. Bantu aku, boleh Sean? Aku nak kejar kebahagiaan dan kehidupan aku," pujuk Jungkook dengan mata bundar. Sean menjadi serba-salah.

"Berat kerja CEO ni. Taraf aku hanyalah seorang pekerja bawahan," jujur Sean dan Jungkook mencebik sedih.

"Macam nilah kawan...,"

"Ha yalah-yalah. Aku jaga tugas kau. Kau ni kalau tak menaikkan darah aku tak sah. Jaga kesihatan baik-baik. Ubat jangan lupa makan. Kejar bahagia jangan lupa jaga kesihatan. Nanti tiba-tiba sakit, susah," pesan Sean membuatkan Jungkook tersengih teruja.

"Aku sihat. Kau jangan risau."

"Kau kena cari secepat mungkin dan aku akan cuba usahakan."

"Tak apa. Aku tak nak."

"Kau ada peluang lah. Kau bukan ada sakit kronik pun."

↪The JK↩▫ jjk ▶season 2Where stories live. Discover now