ep3

489 78 19
                                    

Episod 3
...loading...

Pintu rumah dibuka, kelihatan tiga beranak itu sudah lena. LCD masih terpasang, mungkin LCD sedang menonton mereka pula.

Perlahan-lahan Jungkook membawa Sungha duduk di atas kerusi kayu. LCD ditutup. Segala wayar yang digunakan disimpan.

"Macam mana tak rosak LCD aku, kalau pakai tak reti nak tutup," kata Jungkook berbisik. Sungha mengukirkan senyuman kecil. Geli hati.

Dengan kaki Haejung mendarat di atas bahu Jinyoung. Ayah yang memeluk bantal. Wah, mereka dah tidur nyenyak!

Jungkook melangkah mendekati Sungha. Perlahan-lahan dia membangunkan Sungha daripada duduk. "Ah, sakit!" rintih Sungha perlahan.

"Dekat mana?" soal Jungkook risau. Sungha menggeleng. Perutnya dipegang dari bawah.

"Lewat balik," sapa seseorang membuatkan kedua-duanya terkejut. Ibu! Macam mana Jungkook tak perasan yang ibunya tidak berada di ruang tamu.

"Er... Jung ajak Sungha makan dekat tempat yang paling sedap makanannya cuma jauh dari sini," bohong Jungkook lalu melepaskan tangannya daripada memegang tangan Sungha.

"Kenapa nak pergi jauh-jauh sedangkan dekat kawasan apartmen ni pun ada cafe yang jual makanan sedap," kata Puan Ha mendatar. Dapat Jungkook dan Sungha lihat wajah Puan Ha menegang.

"Kenapa ibu nak risau ni? Kita orang dah balik dalam keadaan selamat, kan?" kata Jungkook menukar topik.

"Jung, apa yang ibu risau ialah tingkah laku kamu. Sungha dan Jung seperti suami isteri...,"

"Jung rasa ini kali pertama Jung bawa Sungha keluar. Salah ke, Jung jaga Sungha buat sementara waktu ni? Jung kasihan dekat Sungha, dia perlukan suami untuk dampingi dia," ujar Jungkook mendatar. Sungha diam. Silap besar. Jungkook dah silap besar.

"Tu bukan tugas kamulah, Jung! Tak usahlah nak berbuat baik. Dia ada ibu. Ibu masih boleh tolong dia. Kamu tu hanya abang tiri, ibu tak nak orang pandang pelik. Kamu tu dah tua, bila nak kahwin?"

"Ibu jangan marah Jungkook, lepas ni kalau dia ajak, Sungha tak akan pergi. Ibu jangan risau sampai stres, Sungha tak nak kesihatan ibu terjejas," kata Sungha sambil memegang lembut tangan Puan Ha. Puan Ha menghembus nafas lemah.

Jungkook pula menarik nafas dalam.

"Jung tak kisah ibu nak cakap apa-apa sekalipun tapi Jung tahu Jung tak buat salah. Sungha, jom," ajak Jungkook namun Sungha membantah kecil.

"Tak apalah, aku naik sendiri," ujar Sungha seraya itu berjalan ke arah tangga. Mahu dicapai tangan Sungha tapi dengan pantas Puan Ha menepis.

"Ibu ada," kata Puan Ha lalu memapah Sungha naik ke atas. Bayang mereka berdua lesap daripada mata Jungkook. Jungkook menumbuk dinding rumah.

Dia meraup mukanya kasar lalu bergerak ke dapur. Peti sejuk dibuka, susu kotak dikeluarkan daripada peti dan dituang terus ke dalam cawan.

Jungkook melabuhkan punggungnya di atas kerusi lalu meneguk susu itu dengan rakus sehingga ada susu meleleh hingga ke dagunya.

"Jung," panggil Puan Ha.

"Ibu nak apa lagi?" tanya Jungkook malas. Puan Ha mengelap sisa susu yang melekat di bahagian dagu anaknya.

"Kahwin cepat."

"Tak payah nak paksa oranglah! Jung tak nak, Jung tak naklah," ujar Jungkook sambil menepis tangan tua itu. Puan Ha tersentak.

"I'm sorry," ucap Jungkook lalu menunduk.

"Apa kata, Jung cari balik perempuan yang selamatkan Jung tu," cadang Puan Ha membuatkan Jungkook terdongak. Serta-merta Jungkook bangun lalu melangkah pergi ke arah biliknya.

Lemme cry

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lemme cry. Jalan cerita ni, saya pasti akan cuba buat korang menangis!

Rasanya update terakhir untuk minggu ni.

Saya masih dalam fasa exam.

Semoga awak semua bagi sokongan kepada saya.

↪The JK↩▫ jjk ▶season 2Where stories live. Discover now