ep17

450 66 58
                                    

Episod 17

"Yeah! Baby girl!" jerit Jungkook teruja. A... Aku tanpa sedar mengukirkan senyuman melihat Jungkook yang gembira mendengar jantina anak kami. Aku dah tahu lama tapi... Ia mengenangkan keadaan kami yang tak selalu indah. Baik berahsia saja. Mulalah mereka-reka nama yang entah apa-apa. Ikut sedap dia saja.

Apa yang aku rasa sekarang adalah sa... Sangat bahagia seperti keluarga yang sempurna. Dari iris matanya, aku cukup memahami. Kebahagiaan Jungkook, kebahagiaan aku juga.

"So sayang, mana kita nak pergi dulu?" tanya dia teruja. Masih tak habis rasa gembira tu. Tiba-tiba hati aku gementar.

"T... Tak apa ke kalau seharian kita keluar. Saya tak nak ibu fikir bukan-bukan. A... Awak tahu sajalah kan," kekok aku berkata lalu menghembus nafas berat. Jari-jemarinya mengusap lembut tangan aku. Pandangan cinta itu seringkali membunuh aku. Dahulu, lelaki inilah yang buat jiwa tidak tenang. Hati usah kata, sentiasa ingin bersama. Sekarang, keadaan dihimpit masalah. Sukar untuk menatap lebih lama.

"Ahh, kan saya dah cakap. Hari ini hari kita," cebik Jungkook.

"Okay-okay. Saya minta maaf. Saya ikut saja mana awak nak bawa saya," balas aku membuatkan Jungkook tersenyum semula. Pipi aku dicium sekilas mengundang rona merah pada pipi aku.

"Kita beli aiskrim lepas tu makan dekat taman. Nak?"

"Nak tapi tak nak makan dekat taman. Nak makan dalam kereta. Awak tahu kan? Saya tengah sarat ni."

"Apa-apa untuk awak."

Setelah sepuluh minit memandu, Jungkook memberhentikan keretanya. Dia keluar dari perut kereta dan pulang semula dengan dua cawan aiskrim.

"Terima kasih," ujarku tatkala menyambut huluran aiskrim ditangannya.

"Sama-sama."

"A... Awak saya terkejut awak tengking saya hari tu," rengek aku manja sambil menyuap sesudu aiskrim ke dalam mulut.

"Oh, kalau boleh saya nak tampar awak terus," katanya membuatkan aku ternganga.

"A... Apa?"

"Yalah. Geram tahu tak. Orang suruh bagitahu tak nak. Sampai bila kita nak hidup macam ni. Nak berkasih kena sorok," katanya lagi dan matanya langsung tak melihat aku. Dasar... Penipu. Terus aku diamkan diri.

"Sayang," panggilnya dan aku mencebik masam. Tak mahu layan. Baik makan aiskrim yang sangat menyejukkan hati ini.

"Alalala sayang, saya gurau saja. Dahlah, mak buyung tak boleh masam-masam. Makan cepat aiskrim tu kalau tak saya gigit bibir awak," ugut Jungkook manja. Kepalanya melentok ke bahu aku namun mata statik melihat aku.

"Berani?" soalku lalu memandang Jungkook. Mata aku mengecil.

"Apa pula tak berani? Saya mengandungkan awak berani pula, setakat gigit bibir tu, celah gigi saja," ujar Jungkook dan aku terus melopong tak percaya. Peha dia aku pukul kuat.

"Ah! Ah! Sakitlah sayang. Tak baik pukul suami awak."

Dalam masa mengaduh kesakitan, dia juga galak mengetawakan aku apabila melihat mukaku seperti tidak berkuasa hendak melayan lawak hambarnya.

↪The JK↩▫ jjk ▶season 2Where stories live. Discover now