ep21

434 59 46
                                    

Kau memilih untuk berjuang tapi dia memilih untuk menyerah sedangkan kau berusaha mempertahankan tapi dia berjuang untuk memutuskan hubungan -kkh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kau memilih untuk berjuang tapi dia memilih untuk menyerah sedangkan kau berusaha mempertahankan tapi dia berjuang untuk memutuskan hubungan -kkh

•••

"Apa yang kau tak puas hati dengan aku? Dengki melihat berjayanya aku dalam melakukan pembentangan. Hati kau ni busuklah sama macam dulu," tegur Bambam tiba-tiba di hadapan Jungkook. Sean menunjukkan reaksi menjengkelkan lalu memandang ke arah lain. Mahu saja dia tumbuk biar bersepai gigi lelaki itu.

Jungkook menyeluk poket seluarnya. Dia menghela nafas pendek lalu melihat Bambam yang tersenyum sinis.

"Aku tak buat apa-apa," ucap Jungkook ringkas. Dia malas mahu melayan, terus dia pergi ke arah keretanya namun Bambam menghalangnya.

"Oh, kau memang tak buat apa-apa sebab kau pengecut. Kau suruh manusia belakang kau ni protes kan? Baik kau undur diri lah, peluang kau nak menang tipis. Adapun, kalau kau berjaya pembentangan terakhir. Ianya tetap kalah 2-1," kata Bambam berbaur cemuhan dan hinaan. Sean tidak sabar, terus ditumbuk muka Bambam itu. Terteleng terus pipi kirinya ke kanan.

Pipinya dipegang kemas. Dia membulatkan matanya lalu memandang Jungkook dan Sean.

"Aku dah cakap, jaga mulut. P. A aku bukannya calang-calang untuk kau buat main," sinis Jungkook memerli.

"Itu baru sikit dia bagi sebab tak boleh sabar. Kau jangan sampai aku pula naik tangan. Arwah agaknya nanti," tambah Jungkook lagi lalu tersenyum sumbing. Sean tersenyum sinis. Mereka berdua berlaga tapak tangan lalu masuk ke dalam perut kereta. Meninggalkan Bambam yang terpinga-pinga dalam kesakitan. Sempat lagi dia menyepak tayar kereta itu.

"Pergi mampus lah!" tengking Bambam lalu meludah di kawasan parkir kereta.

•••

"Terima kasih, Seobin," ucap Sungha lalu membuka penutup bekas kek. Dia makan dengan gembira sekali. Khusyuk sehingga melupakan Seobin yang ada ditepinya.

"Sedap?" tanya Seobin dan Sungha terdongak. Tidak mahu menganggu makan, dia hanya mengangguk teruja. Seobin memandang lama Sungha. Gadis kasar yang telah diperkosa oleh Jungkook. Tergamak lelaki itu menodai gadis tidak bersalah ini. Apa salah dia hingga diuji sebegini rupa?

"Ke... Kenapa kau pandang aku macam tu?" tanya Sungha dengan lirikan mata yang menggoda. Buat seketika Seobin terpaku. Dia hanya mengeluh sebelum berbicara.

"Kau nampak comel makan kek tu," puji Seobin lalu memberi sekuntum senyum. Sungha tersenyum kecil lalu makan kek coklat itu lagi.

↪The JK↩▫ jjk ▶season 2Where stories live. Discover now