ep5

420 66 24
                                    

Episod 5
...loading...

Jungkook memesan minuman manis. Manggo Juice dibawa ke meja cafe. Namun dia terlanggar seseorang menyebabkan penutup minuman itu terbuka lalu tertumpah pada baju orang yang dilanggarnya.


"Ma... Maaf," ucap Jungkook terkejut. Mata mereka menatap antara satu sama lain dan tika itu dunia seakan berhenti.


"Yellena." Tanpa sedar nama itu meluncur keluar daripada mulut Jungkook dan riak wajah Yellena jelas terkejut.


"Awak kenal saya?"

🕐

"Saya rasa saya pernah nampak awaklah tapi dimana ya?" Yellena bertanya kepada diri sendiri. Jungkook hanya membisu. Perempuan yang pernah buat dia keliru.


"Ah, saya dah ingat! Awak keluarga baru Encik Ha. Ah, ya pasti betul! Nama saya Min Mia Yellena, panggil Yell saja. Nama awak?" tanya Yellena sambil menghulurkan tangannya.

"Jungkook," jawab Jungkook jujur. Dia menggeleng, tak mahu menyambut huluran tangan itu.


"Oh, tak apa. Saya faham," balas Yellena lalu menghirup kopi susu yang masih hangat itu.


"Saya mohon maaf sebab dah kotorkan baju awak. Saya tak boleh berlama. Pergi dulu," kata Jungkook sambil meminta diri untuk balik ke tempat kerja.


"Tak apa. Benda kecil saja. Awak jangan risau," ujar Yellena sambil membuat isyarat tangan 'ok'.

"Sekarang belajar mana?" tanya Jungkook, sempat lagi bertanya walhal dah minta pergi.


"Saya tak belajar dah. Tengah cari kerja,"


"Bidang apa?"


"Akaun."


"Kalau berminat datanglah syarikat ni. Saya memerlukan pekerja yang mahir dalam bidang akaun," ucap Jungkook lalu menghulurkan sekeping kad kepada Yellena. Yellena mengangguk faham lalu mengambil kad tersebut.


Jungkook tak berlama, dia terus mengundur diri.


"Kenapa layanan dia seperti Jeon Jungkook? Mana pergi Jeon Jungkook? Saya rindukan awak," luah Yellena sambil menggengam kad yang diberikan oleh Jungkook.


Matanya berkaca-kaca. Rindu kepada seorang lelaki yang pernah memutarkan hidupnya dahulu.


🕑


Tatkala jam menunjukkan pukul 11 malam, Jungkook akan sampai di rumah pada tepat waktunya. Dan seisi keluarga sudah lena diulit mimpi.

Selesai saja mandi, dengan kadar perlahan dia menuju ke bilik Sungha. Pintu bilik terus ditutup dan dikunci. Sungha yang sedang termenung, akhirnya tersedar ke realiti.

"Tak tidur lagi?" soal Jungkook berbisik, rutin harian mereka lewat malam. Bercakap dengan nada berbisik. Bertemu di dalam bilik.

"Tak boleh tidur, baby asyik tendang. Sakit," luah Sungha sayu. Jungkook merangkul bahu Sungha. Telinga Sungha dibau sekilas.

Tangan kanan Jungkook bersatu dengan tangan kanan Sungha. Jungkook membawa Sungha ke tengah katil. Disandarkan mak buyung itu pada kepala katil.

Mulut dirapatkan ke perut Sungha.

"Anak appa dah tak sabar nak keluar ke? Dua bulan saja lagi, bertahanlah. Duduk diam-diam. Kasihan eomma," pesan Jungkook sambil mengusap perut Sungha.

Minyak angin diletakkan pada tapak kaki Sungha. Diurut penuh kasih.

"Awak," panggil Sungha. Matanya berkaca.

"Ya, sayang. Kenapa ni?" tanya Jungkook lalu mendekati Sungha.

"Bi...bila nak cari pasangan awak?" Sungha bertanya perlahan. Gagap tatkala anak mata Jungkook kekal menatap wajahnya.

Namun akibat soalan tadi, wajah Jungkook berubah dingin dan ketat. Menjauhkan diri daripada Sungha.

"Boleh tak, jangan bahas soalan ni. Aku tak suka. Aku hanya ada kau," sarkastik Jungkook membalas.

"Saya nak awak pergi dari sini. Saya dah tak nak teruskan hubungan rahsia ni. Saya nak awak bahagia. Perkara ni buat awak terseksa,"

"Macam aku seorang yang terseksa dengan semua ni. Kau tak ada hak nak halau aku, Sungha. Permintaan kau buat aku lagi terseksa. Aku jamin, rahsia ni akan kekal. Fokuslah fasal kita, Sungha. Kau dah nak bersalin,"

"Ibu suruh saya pesan pada awak," tangis Sungha sambil menekup mukanya. Berat perasaannya, dengan keadaan bunting bercampur dengan masalah yang tak pernah selesai.

Sungguh. Dia rasa mahu mati. Tamatkan semua ini. Tamatkan segala yang membelenggu jiwanya. Dia mahu bebas.

"Ibu cakap dekat awak?" soal Jungkook sambil menarik wajah Sungha memandangnya. Tiada daya mahu menipu lagi.

"Ibu dah melampau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ibu dah melampau."

Disebabkan ada seorang reader ni, dia rajin komen ff ni. Buat patik rasa disayangi, achinggg. Patik hadiahkan satu bab lagi.

Btw, nama titew Nadia. Uhuks. Kita dah baca komen awuksss tapi sayang nak balas. Japgi ekk.

Lepas era Glb dan TD. Patik dah tak sesiapa dah. Hanya korang je patik ade.

Nak buat macam mana, tak ramai pembaca yang nak bahasa baku betul. Rojak je tahu. Tapi patik hokay hokay aje. Janji ada 10 orang nak baceyy

↪The JK↩▫ jjk ▶season 2Where stories live. Discover now