ep29

468 70 90
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Music : Oh My Angel

•••

"Sa... Saya dah kata, saya tak boleh balas pera... Perasaan awak, Yellena. Sud... Sudahlah dengan perbuatan baik awak ni," tergagap-gagap Jungkook berkata. Yellena mengesat air matanya. Pandangan redup itu dihadiahkan pada Jungkook. Dia menggeleng.

"Sa... Saya dah tahu semuanya, Jungkook. Saya tahu anak Kak Sungha tu, anak awak juga," jelas Yellena membuatkan Jungkook terkejut. Keadaannya sekarang tidak stabil dan kritikal. Mata putihnya berwarna kekuningan. Abdomennya mula terasa sakit.

"Ma... Mana a... Awak tahu semua ni?"

"Dua hari lepas, awak mabuk. Awak cerita semuanya dari awal hingga akhir. Saya takut nak bawa awak balik rumah, jadi saya tinggalkan awak di hotel. A... Awak kena kuat, Jungkook. Awak tak boleh lemah macam ni," rayu Yellena lalu mengenggam jari-jemari Jungkook.

"Tiada peluang untuk saya teruskan hidup dan tiada guna untuk saya hidup."

"Awak akan. Awak akan."

Yellena mengelamun seketika lalu menulis semula di atas kertas putih bersaiz A4. Pandangannya jatuh pada Jungkook. Bibir lelaki itu sudah tiada seri. Wajahnya pucat lesi. Pernafasannya dibantu oleh alat pernafasan hospital. Sempat dia berbicara dengan Jungkook sebelum lelaki itu tidak sedarkan diri.

Nombor wad Jungkook sengaja Yellena rahsiakan. Dia tak mahu orang lain mengganggunya bersama Jungkook. Hanya keluarganya saja yang tahu. Ini keputusan dia. Keputusan yang terbaik buat Jungkook.

•••

"Awak, mana Jungkook? Mana anak saya? Mana Yellena bawa anak saya? Semua hospital dan klinik di Seoul, kita dah cari," rintih Puan Ha lalu meraup wajahnya. Mereka sekeluarga sangat runsing dengan keadaan Jungkook. Seharian suntuk, mereka mencari Jungkook semalam. Namun, hasilnya sia-sia.

"Awak dah hubungi Yellena? Awak dah pergi rumah dia?"

"Dah. Keluarga dia pun tak tahu di mana keberadaan Yellena. Saya takut."

Kring! Kring!

Telefon Sungha berdering. Serta-merta dia mengangkat nombor telefon yang tidak dikenali itu.

"Yeobuseyo."

"Yeobuseyo. Siapa ni?"

"Kami daripada pihak hospital ingin melaporkan keberadaan pesakit Jeon Jungkook di Hospital Seoul. Pesakit akan dibedah pada pagi ini. Harap pihak pesakit dapat hadir secepat mungkin."

↪The JK↩▫ jjk ▶season 2Where stories live. Discover now