ep4

480 61 6
                                    

Episod 4
...loading...

"Ini laporan yang saya buat mengenai projek terbaru tu. Encik Jungkook tak nak bodek bos untuk jadi wakil? Mana tahu kita boleh dapat projek tu," kata pekerja bawah Jungkook itu. Jungkook meneliti hasil laporan.


"Projek sebelum ni pun, belum selesai lagi. Takkan kita nak lari cari projek lain. Kita sudahkan satu-satu dahulu," ujar Jungkook lalu meletakkan fail laporan tersebut di atas mejanya. Sean Lee mengangguk faham.


"Tapi projek sebelum ni masih ada masalah yang menganggu. Perlu ke kita tunggu dalam jangka masa yang panjang? Kita tak tahu bila masalah ni boleh selesai. Jika perkara ini berlarutan, takut wang syarikat jadi mangsa pula," kata Sean memberi pendapat. Jungkook terdiam. Tali leher dilonggarkan.


"Nanti suruh Lean buat laporan mengenai projek sebelum ni. Nak tengok setakat mana perkembangan mereka. Nanti Sean buat sekali lagi laporan terkini tentang projek ni. Jangan tergesa-gesa. Siapkan kerja yang bos minta dulu," ujar Jungkook lalu berdiri.


"Baik Encik Jungkook. Semoga cadangan saya ni, Encik Jungkook pertimbangkan. Syarikat sedang berhadapan krisis lain. Takut melarat, kita tak sempat nak cover semua benda," balas Sean lagi. Jungkook memandang Sean lama.


"Saya tahu. Terima kasih sebab cari info tentang projek terkini."


"Bekerja bukan setakat cari makan saja, Encik Jungkook. Namun kita harus mempunyai keazaman untuk tingkatkan lagi syarikat majikan. Dan itu prinsip hidup saya. Walaupun syarikat sedang berada dalam ambang muflis, saya tak akan tarik diri," ujar Sean lagi. Jungkook tersenyum kecil sambil memasukkan tangannya ke dalam poket.


Sean membalas senyuman Jungkook dan memberi isyarat meminta diri.

Jungkook memandang ke luar jendela, jalan raya Seoul kelihatan sesak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jungkook memandang ke luar jendela, jalan raya Seoul kelihatan sesak. Baru dua bulan dia bekerja di sini, hari terakhir pada bulan dua, dia terus dinaikkan pangkat. Entahlah, bukannya dia tak gembira namun masih ada ramai pekerja yang berpengalaman daripadanya.


Bukan itu saja, lebih mengejutkan lagi tiada siapa yang membantah tentang kenaikan pangkat Jungkook. Semua staff mengalu-alukan tanpa sekelumit rasa cemburu.

Bagi Jungkook, pekerja di syarikat ini lebih mengutamakan prestasi syarikat. Berkorban masa dan tenaga semata-mata nak selamatkan syarikat.


Timbulnya sokongan saat Jungkook menang projek sebulan yang lepas. Keuntungan mendadak naik namun projek yang diwakilkan orang lain kali ini, sedikit bermasalah.

Jadi, dia akan selesaikan masalah ni secepat mungkin.

Fail laporan dibawa keluar, Jungkook dengan pantas memasuki pejabat bosnya.

"Boleh saya masuk?" kata Jungkook sambil mengetuk pintu pejabat majikannya.

"Masuklah."

Jungkook meletakkan fail laporan di atas meja lalu melabuhkan punggung di atas kerusi empuk itu.

"Ada masalah?"

"Ya tapi projek yang diwakilkan oleh Swaniey tu, biar saya ambil alih untuk sementara waktu. Bila keadaan selesai, projek tu saya bagi dia handle semula," ujar Jungkook membuatkan kening kanan Tuan Ho ternaik.

"Dah bincang dengan dia?"

"Dah. Dia setuju. Lagipun, saya dah bincang macam mana nak selesaikan masalah ni. Saya tak rasa projek ni dapat diteruskan. Syarikat sana, cuba menggelapkan wang kita. Nak atau tak nak, kita kena batalkan projek dengan cara yang baik. Kalau tak, kita langsung tak dapat balikan modal yang dilaburkan. Rugi," Jungkook memberi pandangan. Tuan Ho mengusap dagunya.

"Saya pun ada terperasan. Awak buatlah apa-apa Jungkook, selamatkan syarikat ni. Semua bergantung kepada awak. Saya dah buntu. Gaji pekerja pun dah berkurangan, saya takut semua pekerja terbeban dan cabut lari. Akhirnya, syarikat ni gulung tikar," kata Tuan Ho lalu menunduk.

"Saya akan cuba sedaya-upaya," tegas Jungkook berkata.

"Sean ada bagi saya tentang info terkini projek baru. Kita boleh dapatkan balik keuntungan berganda-ganda kalau bekerjasama dengan syarikat ni. Jadi, apa pandangan tuan?"

"Mulai sekarang, semua keputusan ada ditangan awak. Jika awak berjaya naikkan semula syarikat ni, jawatan dan syarikat ini milik awak."

Benda dah siap, watpe nak simpan hehe.

↪The JK↩▫ jjk ▶season 2Where stories live. Discover now