ep9

453 64 27
                                    

Rindu?
Amaran keras, kata-kata yang ditulis sangat berselirat.
...

Episod 9
...loading...

Detak jantung yang mengikut alunan melodi sensual tadi, kini berdegup sekencang angin taufan. Dua merpati itu segera menjauhkan diri masing-masing. Anak mata mereka bergerak memerhati si dia.

Sungha terundur ke belakang. Wajahnya segera dilabuhkan dengan satu tangan kanan bagi menutup raut wajahnya. Jungkook bergerak ke hadapan.

"Maafkan saya!" jerit budak itu tatkala Jungkook merenungnya dengan anak mata sembilu. Dia menunduk berkali-kali dan mula mengalirkan air mata.

"Penipu," kata Jungkook ringkas. Jungkook kekal menatap sepasang iris mata berwarna hijau dengan pandangan geram. Tak usah kata, mahu saja dia tumbuk budak yang mengacau adegan manisnya bersama Sungha.

Difikirkan ahli keluarga.

"A... Awak ni, Jungkook," marah Sungha perlahan. Dia mendekati budak itu lalu mengesat pipi gebu milik budak itu.

"Sa... Saya minta maaf kacau pak cik dan mak cik. Saya cari abang saya," luah budak lelaki itu. Bebola matanya masih tertunak pada lantai. Memandang lantai yang beralaskan mozek hijau lebih bagus daripada memandang Jungkook yang seumpama naga nak terkam mangsa.

"So, ingat abang kau ada dekat sini. Main terjah rumah orang, ketuk pun tak. Adab mana adab? Tak belajar masa sekolah?" sarkastik Jungkook bertanya. Matanya statik merenung budak lelaki itu.

Anak mata Sungha membesar, membawa perasaan geram dari hatinya lalu dihantar terus ke hati Jungkook melalui satu pandangan yang hanya Jungkook saja fahami. Jungkook mengalih pandangan.

"Awak dari mana?" mesra Sungha bertanya, budak lelaki itu tersenyum pudar. "Saya dari Daegu. Kami sekeluarga berpindah ke sini dan saya ditinggalkan oleh abang saya. Penat cari nombor 169 tapi tak jumpa," cerita Kim Seojeon dan Sungha mengangguk seakan mahu mengerti apa yang diperkatakan oleh Seojeon.

"Ah, mesti awak ingat nombor rumah ini 169. Nombor belakang sebenarnya terbalik. Nombor rumah ni, 166. Jadi, mungkin rumah awak kedua terakhir di hujung sana," ujar Sungha memberi penerangan sambil menuding jari ke arah kiri dan Jungkook dalam diam tersenyum manis.

Bukan tersenyum melihat Seojeon yang tersalah nombor.

Tapi, Sungha yang mesra memberi petunjuk jalan. Penuh dengan hemah dan saling tak tumpah seperti seorang ibu.

"Terima kasih mak cik, saya minta maaf," ucap Seojeon sambil menunduk laju. Senyuman yang melebar pada bibir Jungkook bertukar menjadi peria yang tidak langsung dimakan orang. Seojeon seakan cuba meraih simpati daripada wanitanya.

"Lain kali, jangan terjah rumah orang tau. Tak baik," pesan Sungha lalu mencubit pipi gebu Seojeon. Air muka Seojeon jelas menunjukkan dia selesa bersama Sungha. Anak mata Seojeon jatuh pada wajah Jungkook yang masam mencuka itu. Dijelingnya separa mengejek.

Jungkook membalas pandangan.

"Kau dah lah pendatang tanpa izin, budak kecil tapi nak melawan mata aku. Panggil pula pak cik. Kau ingat aku pak cik kau," hambur Jungkook dengan suara dingin. Darah yang melalui dinding pembuluh seakan menggelegak hebat.

"Jungkook."

Sungha memberi pandangan amaran dan Jungkook mencebik masam lalu berpeluk tubuh.

Awak menyebelahi budak lelaki itu pula!

"Saya balik dulu," pinta Seojeon lalu kewujudannya lesap pada mata Sungha. Bayu angin tenang menampar lembut pipi Sungha. Rambutnya berterbangan mengikut pusaran angin. Nafas lega ditarik sebelum pintu ditutup.

Tika mata bertaut dengan sepasang mata tajam, Sungha menunduk.

"Nasib menyebelahi awak, Jeon Jungkook," kata Sungha yang bagi Jungkook ialah perlian yang tertusuk terus di sanubarinya. Jungkook ketawa kecil sebelum tawanya menjadi kasar.

Bagi Sungha, bukan ketawa yang diperhati namun pandangan mata yang menghurung perasaan sebak didada. Bebola mata hitam yang kelihatan tidak bersinar megah seperti selalu. Menghantar beribu-ribu persoalan yang acap kali tidak pernah terungkai. Setiap hari, mendung dan akhirnya membenihkan hujan.

"Kenapa nasib menyebelahi aku untuk perkara yang aku tak pinta?" tanya Jungkook dengan nada yang sukar ditafsir. Entah sayu entah sakit.

Soalan yang dibedil Jungkook, dibiar sepi sebelum pertanyaan lain mula terbit.

"Mengapa pula?"

"Kerana aku penat untuk bermuka dua," balas Jungkook lalu memejamkan matanya. Nafas ditarik dalam dan untuk tiga saat Jungkook baru menghembus keluar.

Tok! Tok!

Hm, ghane citer pengindahan kata. Macam tak cukup lagi kan?

↪The JK↩▫ jjk ▶season 2Where stories live. Discover now