ep15

394 59 15
                                    

Episod 15

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Episod 15

Sungha membuka jendela dapur rumah. Kelihatan angin sejuk menerobos masuk ke dalam ruangan dapur itu. Pipinya berkali-kali ditampar dengan angin pagi yang sejuk dan damai itu. Jam baru menyentuh angka enam setengah pagi. Dia bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan.

Biasanya masih lena dibuai mimpi namun hari ini rasa aktif itu kembali. Nak jumpa doktor hari ni.

Sayur-sayuran dikeluarkan dari peti sejuk lalu dipotongnya. Bunyi tapak kaki menyedarkan Sungha. Dia berpaling ke belakang.

Nafas dihela lembut seraya itu dia menyambung kerjanya semula. Jungkook membuka pintu sejuk. Susu penuh krim dikeluarkan dan dituang terus ke dalam gelas.

Punggung dilabuhkan di atas kerusi lalu susu itu diteguk rakus. Mukanya yang dibilas dengan air tadi masih lagi kelihatan kuyu. Kelopak mata acap kali tertutup. Dia menyembamkan mukanya di atas meja makan.

Sungha berpaling ke belakang. Fikir Jungkook sudah kembali ke bilik. Selesai mencampakkan bahan-bahan masakan ke dalam kuali, dia menghampiri Jungkook. Wajah Jungkook diamati lama.

'Betulkan, apa yang Yellena kata dekat saya kelmarin? Disini saya simpulkan yang awak memang cintakan Yellena. Kebetulan pula, awak tahu saya taruh harapan terhadap awak. Maka, saya yang dijadikan mangsa tapi dalam waktu awak memerangkap saya, awak jatuh hati dengan saya. Kenapa fikiran awak melulu pada saya? Kenapa tak Yellena saja? Sedangkan awak dan dia sama-sama suka. Awak fikir saya nak sangat berpisah dengan awak? Awak fikir saya tak kasihan anak saya?' rintih hati kecil Sungha. Dia mengukir senyuman kelat. Maafkan saya, kita patut berjauhan dari sekarang.

Tubuh Jungkook digoncang lembut. Serta-merta kelopak mata bayi itu terbuka perlahan-lahan.

"K... Kenapa tidur sini? Masih awal lagi kalau nak tunggu sarapan. Kau baliklah bilik dulu," kata aku kepada Jungkook. Jungkook memandang aku lama sebelum menutup mata kembali. Kenapa pula dengan Jungkook ni?

"Aku tak kacau kau," balas Jungkook lalu membetulkan posisi tangannya supaya selesa untuk kepalanya mendarat. Aku terdiam.

"Aku cuma nak kau selesa itu saja. Kalau kau nak tidur, tidur sajalah," kata aku perlahan.

"Kau cakap dengan aku ke?" soal Jungkook dengan mata yang tertutup. Hati aku tiba-tiba sakit dan sebak. Aku bergerak ke bahagian memasak semula. Pulang saja dari kerja petang kelmarin, dia asyik memulaukan aku. Ditanya langsung tak menjawab.

Jujur, aku penat semalam lepas makan malam. Ibu sakit perut tiba-tiba dan ayah bawa dia berehat. Haejung pula alahan serta-merta dan Jinyoung bawa dia berehat sama. Tinggal aku dan Jungkook namun Jungkook pergi meninggalkan aku.

Biasanya, dia akan tolong aku untuk basuh pinggan dan mangkuk. Kemas meja makan tapi aku seorang saja yang buat semalam. Ak... Aku menangis seorang diri. Jungkook baru saja memulaukan aku satu hari dan aku rasa berat hati. Mata ini hampir setiap minit berkaca.

Kehadiran Yellena membuatkan aku baran. Terlepas segala marah tapi aku lupa, Jungkook ada di tepi aku. Aku pasti Jungkook marah sangat-sangat.

Hati dia pasti terluka dengan setiap kata-kata aku. Bukan aku tak mahu kita bersama tapi banyak dugaan yang harus kita hadapi. Aku tak mahu kita terseksa lagi, Jungkook.

"Masak pun menangis. Aku tak tahulah muka siapa yang kau nampak dalam kuali tu. Jangan masin pula sarapan," ujar Jungkook dan aku terus mengelap air mata. Macam mana boleh terbawa perasaan ni. Jungkook masih berdiri di tepi aku, tidaklah dekat namun boleh aku lihat dengan ekoran mataku.

Siap saja mi goreng basah, aku tutup dapur gas lalu menuangkannya dalam bekas besar untuk diletakkan di atas meja makan. Dengan pantas Jungkook merampas bekas makanan itu daripada tangan aku.

"Tak payah pegang lama-lama. Nanti nangis, masin lagi."

"Kalau masin tak payah makan. Aku tak masak untuk kau pun."

"Tanggungjawab kau sebagai orang gaji dalam rumah ni. Seronok buat kerja seorang diri semalam. Mestilah, kau kan hebat hidup seorang diri," perli Jungkook dan aku cuba buat tak tahu. Aku duduk di atas kerusi lalu cuba meraih mi goreng itu.

"Mi goreng apa ni? Tak sedap langsung," kutuk Jungkook dan aku terpana.

"A... Awak cuba nak sakitkan hati saya ke?" ucapku dengan perlahan. Tangan aku bertindak menekup mulut pula. Perasaan sebak menyerbu sekeping hati. Aku menangis teresak-esak.

"Sa... Saya ma... Masak untuk anak saya bukan unuk awak. Hari ni saya kena pergi hospital. Saya nak anak saya baik-baik saja supaya doktor tak marah saya. Sa... Saya takut kena marah selalu," rintih aku lalu mengesat air mata. Pipi aku disentuh dengan jari kesat.

Tangan aku diraih. Dicium. Digenggam. Disatukan.

"Aku bangun awal untuk teman kau pergi hospital. Aku tak sabar nak tengok jantina anak aku. Satu bulan dua minggu lagi aku akan jadi ayah."

↪The JK↩▫ jjk ▶season 2Where stories live. Discover now