ep16

407 71 21
                                    

Episod 16

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Episod 16

"Abang sengaja pulaukan Kak Sungha, kan?" tanya Haejung lalu melentokkan kepalanya pada bahu Jungkook. Lengan Jungkook dipeluk kemas. Berkali-kali dia menahan air mata. Dia pula yang jadi tak kuat lepas dah tahu semuanya.

"Dia patut rasa," balas Jungkook perlahan. Dia membiarkan Haejung memeluk lengannya. Rambut Haejung diusap.

"Abang tak sepatutnya buat Kak Sungha macam tu. Kak Sungha perlukan abang walaupun dia tunjuk yang kononnya dia kuat dan mahu abang cari lain. Hati perempuan macam mana sekalipun, lemah. Haejung faham perasaan Kak Sungha, kami perempuan," kata Haejung lagi. Dia memejamkan matanya. Lengan Jungkook diusap pula.

"Abang koyak macam mana sekalipun. Abang seorang lelaki. Kononnya hati abang rapuh sekalipun, mental abang kuat. Bukan macam orang perempuan. Kena marah, tengking, bebel dah tarik muncung. Tak nampak depan, belakang nangis sendirian," jelas Haejung lagi. Jungkook termenung sejenak.

"Ikutkan hati, aku dah putus harapan dik. Aku, kalau boleh nak pergi dari sini. Aku boleh cuba lupakan orang walau susah sekalipun tapi untuk ni, aku tak boleh. Sungha ada kepunyaan aku. Sa... Sampai sekarang, aku masih terfikir... Betulkah ini jalan cerita hidup aku? Dari awal hingga akhir, neraka. Aku tak pinta syurga tapi cukuplah untuk aku dan Sungha bersama," sayu dan luluh suara Jungkook menerpa gegendang telinga Haejung. Air mata Haejung kian membasahi baju Jungkook.

Haejung memusingkan kepala abangnya menghadap dirinya. Kedua-dua belah pipi Jungkook dipegang.

"Abang kuat. Hae... Haejung bangga jadi adik abang, abanglah abang yang paling Haejung hormat sampai sekarang. Abang... Abang kena yakin dengan takdir Tuhan. Abang akan kecapi bahagia dan semuanya akan berakhir. Percayalah," ujar Haejung serta-merta menewaskan lelaki itu. Haejung memeluk tubuh abangnya.

"Haejung akan ada selalu untuk abang."

"Puas berangan?" tanyaku kepada Jungkook yang hanya fokus dengan pemanduan. Dia mengerling sekilas ke arah aku.

"Tengah berangan bra keluaran terbaru. Nak beli untuk Yellena," kata Jungkook membuatkan aku tersedak. Nasib tak tersembur banana uyu. Tiba-tiba hormon tubuh aku tak stabil.

"A... Awak dah kenapa!" tengking aku dengan mata yang tajam.

"Awak tu yang kenapa? Saya cuma cakap benda fakta. Awak sendiri kan yang suruh saya cari orang lain," sindir Jungkook lagi dan aku macam rela saja makan cili pedas dia tu. Aku sedar. Bodoh pula pergi marah dia.

"Saya bau sesuatu asing. Awak ada bau tak?"

"Tak," balas aku acuh tak acuh. Mulutku muncung sedepa.

"Saya bau ada orang tu cemburu tapi nak buat macam mana, dia hati beku tak macam saya. Duduk berkepit dengan ayah sendiri pun, saya rasa cemburu." Aku mengerutkan dahi. Patutlah kalau nampak aku bercakap dengan ayah pun, dia jeling bukan main.

"Macam mana awak cakap dengan ibu sampai dia boleh benarkan awak teman saya ke hospital ni?" tanya aku cuba menukar topik. Tiada lagi aku-kau. Dia dah ugut aku. Tak berlembut, dia pecahkan rahsia. Makin berani dia sekarang.

"Adalah. Tak payah tahu. Janji kita dapat dating lagi macam dulu-dulu."

Usai berkata, tangan kanannya meraih tangan kiri aku. A... Aku cair. Kan aku dah cakap, Jeon Jungkook seorang lekaki yang kau tak dapat jangka perangainya. Semalam pulaukan aku dan hari ni terlebih glukosa pula dalam badan.

"Hari ni bukan Yellena nak jumpa awak ke?" tanya aku lagi. Tangan ini semakin hangat dibelai Jungkook. Dia melihat aku kembali.

"Saya dah suruh orang handle. Awak janganlah risau. Boleh tak, cakap tentang kita? Hanya kita. Dah lama tak bersembang dengan awak. Ibu curiga lagi lepas tu kita gaduh pula. I needs a time just only for us. Please...," rayu Jungkook dan aku mengangguk.

"Lepas pergi hospital, kita pergi makan aiskrim, beli barang baby em pergi makan makanan yang sedap lepastu kita pergi mana-mana tempat yang saya nak. Today, just about me and you. Kita akan bersuka-r...,"

"Walaupun semua ni hanya sementara?" aku menyoal. Jungkook mengenggam erat tangan aku.

"I love you."

Mata aku terus ke luar jendela. Tiba-tiba jiwa aku bergelora. Ucapan Jungkook membangkitkan rasa sayu.

"I love you, sayang. I love you so much. I love you than myself. Remember my words before, I'm without you is nothing."

Aku kembali memandangnya semula. Aku menguntumkan senyuman paling manis untuk lelaki yang paling aku cinta dan berkorban segalanya demi aku.

"I love you too, Jungkook."

Hai babe

20 votes = bab 17

Izinkan ianya lambat sedikit :)

↪The JK↩▫ jjk ▶season 2Where stories live. Discover now