6✔

905 31 1
                                    

Sophea duduk di meja makan berdekatan dengan pintu masuk kafe. Telefon bimbit setia menemaninya sejak dia turun ke kafe.

Roti bakar bersama telur hancur ditemani juga dengan secawan latte menjadi sarapan paginya. Skrin telefon terus di scroll.

Harris turun ke kafe bersama Jennie. Jennie memeluk lengan Harris. Mereka berdua berbual sehingga ketawa.

"Comellah You ni, Bie. Geram I." Jennie mencubit pipi Harris. Harris tersenyum.

"You pun comel, cantik." Puji Harris ikhlas. Dia turut mencubit kedua belas pipi milik Jennie.

"Puji lebih-lebih ni, ada apa-apa ke?" Duga Jennie. Dia menyilang tangan.

"Puji pun tak boleh ke?" Harris memeluk Jennie dari tepi.

"Okey.."

"You nak makan apa? I order." Harris bersuara bila mereka berdua sampai di kaunter.

"It's okey. You order dulu. I nak pergi ladies jap." Jennie meninggalkan Harris selepas lelaki itu mengangguk.

Harris memerhati pemergian Jennie. Dia berpaling ke sebelahnya bila wanita itu hilang dari pandangan matanya.

Harris berjalan sehingga ke pintu masuk kafe. Dia menarik kerusi dan duduk di hadapan Sophea.

Sophea angkat muka. Dia memerhati sekeliling Harris. Jennie?

"Jennie pergi tandas jap." Harris menjawab tanpa soalan.
Sophea mengangguk. Kang tak pasal-pasal buka gelanggang gusti.

"Busy dengan phone nampak." Harris memandang Sophea. Sophea angkat kening.

"Ye. Buat research nak pergi mana lepas ni." Jawab Sophea acuh tak acuh.
Sophea menghulurkan tangannya.
Harris pandang aneh.

"Kunci bilik."

"Ouh." Harris menyerahkan kunci bilik Sophea. Belum sempat Sophea menggenggam kunci, Harris merampas balik.

"Nak pergi mana lepas ni?" Harris menyoal. Kalau nak keluar lagi dengan lelaki semalam, memang dia tak akan izinkan.

"Tak tahu lagi. Bukannya ada tour guide pun." Sophea menjongket bahu. Dia tak ada plan lagi nak pergi mana.

Membesar mata Harris mendengar jawapan Sophea. Macam sindir dia.

"Kunci please." Sophea memaksa. Kunci diserahkan.

"Awak izinkan saya pergi kan?" Sophea bertanya kembali. Bukan boleh pakai jawapan Harris pagi tadi. Kejap bagi, kejap tak bagi.

"Ye. Saya izinkan." Harris mengangguk.

"Orite. I have to go. Jumpa pagi esok." Sophea menyudahkan sarapan paginya dengan segera. Selesai itu dia terus keluar dari kafe.

"Bie..." Harris berpaling.
"You dah order ke?" Tanya Jennie apabila melihat pinggan yang kosong.

"Not yet. Ni costumer yang lain punya." Harris menjawab.

"Jom order."

"Erm..Bie..." Jennie memotong Harris.

"I ada emergency job. I can't breakfast with You. Sorry." Jennie bertutur lembut.

"Lah. At least breakfast lah sikit. Takkan You nak pergi kerja dengan perut kosong." Harris cuba memaksa sedikit.

"Sorry Bie. Tak sempat. I have to go. Bye Bie." Jennie terus meninggalkan Harris setelah meninggalkan ciuman dipipi Harris.

"Haih. Ada wife, kau tak nak layan. Ada girlfriend, dia tinggal kau. Padan muka." Kutuk Harris sendiri.

__________

Sophea berjalan melintasi kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis cenderahati. Lamglahnya terhenti di sebuah kafe yang agak tidak ramai pelanggan. Sophea muka membuat pesanan. Perutnya kembali lapar walaupun baru tiga jam yang lalu menjamah makanan.

Selesai sahaja makan, Sophea menjinjit beg tangannya menuju ke tandas. Memandangkan jauh dia berjalan, perlulah dia membuang apa yang patut.

"Lega." Sophea berjalan perlahan keluar dari tandas.

Entah bagaimana, Sophea hilang keseimbangan badannya sehingga dia jatuh terduduk.

"Miss. Are you okey?" Salah seorang pelanggan dari kedai itu menghampiri Sophea dengan segera.
Sophea mengangguk.

"Here. I help you to get up." Lelaki itu memegang lengan Sophea yang berlapik jaket tebal. Dia cuba membantu Sophea.

"Baby, are you okey?" Harris duduk bersetentang dengan lelaki itu duduk.
Sophea memandang wajah Harris.

"Tsuma o tasukete kurete arigatō. Watashi wa sore o subete shori dekimasu." Kata-kata Harris membuatkan lelaki itu berundur. Harris membantu Sophea untuk berdiri semula.

"Yōkoso. Ī nda yo." Lelaki itu terus berlalu setelah menunduk kepada Harris dan Sophea.

Dua orang ni mengumpat aku ke apa?

"Okey? Ada sakit kat mana-mana?" Soal Harris. Mereka berdua berjalan mendekati meja yang Sophea duduk tadi.

"Macam mana awak tahu yang saya kat sini? Awak follow saya er?" Duga Sophea. Pelik betul.

"Hello. Aku ni tak inginlah nak ikut kau. Jennie ada emergency job. So aku jalan-jalan, terjumpa kau tengah makan kat sini." Jelas Harris.

Kalau Sophea tahu yang aku ikut dia dari tadi, malu aku.

"Ouh. Okey." Sophea menghentikan penyiasatannya.

"I think, awak tak breakfast lagikan." Soalan yang ditanya membuatkan Harris angkat muka. Macam tahu je.

"Order lah. Saya teman awak makan." Sophea seperti mengarahkan Harris.

Tanpa berlengah, Harris terus membuat order. Perutnya dari tadi suruh diisi. Lapar.

Sudah hampir satu jam 30 minit mereka berdua berada di kedai itu. Harris juga sudah habis mengambil sarapan paginya.

"Dah habis?"
Harris mengangguk.
Sophea bangun dari duduknya dan mengambil resit pembelian di bawah pinggang Harris.

"Jom. Nak pukul 2 petang dah ni. Saya tak solat zohor lagi." Sophea menolak kerusi masuk ke bawah meja.

Harris mengikuti langkah Sophea dari belakang. Dia memandang tubuh Sophea dari belakang.

"Cantik juga Phea ni." Puji Harris perlahan.

Sophea menyeluk poket jaketnya. Sejuk.
Mata masih lagi memerhati sekeliling. Mana tahu jumpa barang yang berkenan ke, boleh beli.

"Sejuk lah." Harris merangkul erat lengan Sophea.

"Kau tak sejuk er?" Soal Harris tanpa memandang wajah Sophea.

Sophea agak terkejut dengan tindakan Harris itu. Rasanya baru semalam dia pesan dekat Harris, takkan dan lupa.

Sophea hanya membiarkan sahaja. Harris pula semakin erat memeluk lengannya.
Sophea menjeling Harris dari tepi.

Kalau aku jatuh cinta kat kau, jangan persoalkan ye.
Sophea memberi amaran dalam hati.

__________

"Malam nanti kita keluar eh." Harris melepaskan pegangannya apabila sampai di pintu lobi.

"Dalam pukul 8 macam tu, aku ketuk pintu bilik kau." Harris mengarah.

"Tapi saya nak keluar lah malam nanti." Bantah Sophea. Kalau dia keluar dengan Harris, Jennie macam mana?

"Keluar dengan aku lah. Apa benda kau ni?" Jelas Harris.

"No. I means, Jennie."
"Kalau kita berdua keluar, girlfriend awak tu nak tinggal kat siapa?" Sophea cuba mengelak. Dia malas nak bertekak dengan Jennie. Cukuplah hidup sebumbung dengan Harris, sudah menyiksa jiwanya.

"Jennie, dia ada kerja. Tak kesah lah."
"Ingat eh. Pukul 8 siap-siap." Harris memberi kata putus sebelum dia meninggalkan Sophea sendirian di hadapan pintu lobi.

"Suka betul memaksa dia ni." Rungut Sophea.

Years Without YouWhere stories live. Discover now