Harris mengiring menghadap ke arah balkoni biliknya. Mata masih belum mahu ditutup walhal sudah pukul 10 malam.
Harris bermain bibir bawahnya."Harris. Sini."
Harris bangun dari baringnya. Dia mendekati pintu sliding balkoni.
Dia duduk bersila."Ni." Harris ambil huluran itu.
"Kau, tak layak hidup lagi. Tak ada orang yang sayang kau." Katanya.
"Tengok." Dia menunjuk sekeliling bilik Harris.
"Tak ada orang pun yang teman kau. Kau sorang-sorang je. Orang lain tak kesah pun pasal kau." Katanya lagi.
"Tapi, Sophea sayang aku. Dia janji dia jaga aku." Kata Harris dalam nangis. Gunting ditangannya menggores jubin biliknya.
"Aku sayang kau lagi! Kau kena ikut aku!" Marahnya. Harris mahu menjerit, tetapi mulutnya terasa berat.
"Kau kena ikut aku!" Ulangnya berkali-kali.
"Tak nak! Tak nak!" Jerit Harris kuat. Harris cuba melepaskan pegangan tangan itu yang cuba menikam tangannya dengan gunting.
"AKU TAK NAK!" Harris mengundur laju mendekati katilnya. Darah yang mengalir di lengannya, membuatkan dia semakin takut.
"JANGAN GANGGU AKU! PERGI!!" Laung Harris dalam nangis.
___________
Seisi rumah yang mendengar jeritan dari tingkat atas, terus bergerak. Hanya Harris saja yang berada di tingkat atas.
"Harris!" Sophea menolak pintu bilik. Melihat selimut berselerakkan di atas katil membuatkan dirinya takut.
"Harris." Sophea melutut di tepi Harris. Muka merah Harris diraup lembut.
"Ya Allah, darah. Ik buat apa ni?" Soal Puan Sajeeda yang turut bersama anak menantunya.
"Harris. Relax. Jangan macam ni." Pinta Sophea. Harris semakin galak menangis.
"Sakit." Rintih Harris perlahan. Dia bersembunyi di sebalik Sophea. Dia tidak mahu melihat makhluk di pintu tadi.
"Saya bawa awak pergi klinik, okay?" Pujuk Sophea. Harris menggeleng laju.
"Dia tak bagi. Dia suruh aku ikut dia." Kata Harris takut sambil menunjuk di hujung pintu sliding. Semua berpaling.
"Tak. Awak tak ikut dia. Awak ikut saya." Sophea menghadapkan muka Harris di depannya. Memberi harapan supaya Harris mempercayainya. Harris mengangguk kecil.
"Nak Abang Arsyad hantar?" Melihat keadaan Harris macam tu, risau pula jadi apa-apa.
"Tak apa. Saya drive sendiri." Sophea menolak lembut.
__________
Sophea membawa Harris duduk di bangku dihadapan kaunter ubat.
Harris memerhati sekeliling. Tidak terlalu ramai orang.
Harris melabuhkan dahinya di atas bahu Sophea. Lengan kanan Sophea dipeluk erat."Aku takut." Kata Harris perlahan.
"Tak ada apa, Harris. Sayakan ada." Sophea menggosok ubun rambut Harris. Hiba sungguh melihat Harris berkelakuan sebegitu.
"Ikmal Harris bin Kamal."
"Kejap saya nak ambil ubat awak." Sophea melepaskan pegangan tangan Harris.
"Tak nak. Kau tinggal aku. Aku takut." Harris kuat menarik lengan Sophea ke dalam pelukannya.
"It's okay Harris. Sini ramai orang. Ramai yang jaga awak. Saya nak ambil ubat depan tu je." Sophea menunjuk kaunter ubat yang jauhnya hanya beberapa langkah.
"Saya janji, saya balik cepat." Pujuk Sophea. Harris perlahan-lahan melepaskan pegangannya.
Sophea terus berlalu mengambil ubat.
__________
"Assalamualaikum."
"Jom masuk." Sophea membawa Harris masuk."Ik." Puan Sajeeda memanggil.
Harris memeluk bondanya."Ikmal okay. Nasib baik luka pun tak dalam sangat." Kata Sophea.
Puan Sajeeda meraup wajah anak bongsunya itu."Ik. Lepas ni dengar cakap kami je. Intan, walid, bonda abang Arsyad. Jangan dengar cakap orang lain. Okay?"
Harris mengangguk."Bonda pergilah tidur. Dah lewat malam ni." Kata Sophea.
"Ye lah. Boleh ke bawa Ik naik atas?"
"Boleh."
"Bonda naik dulu." Pamit Puan Sajeeda.
___
"Nak apa-apa ke?" Soal Sophea bila Harris fokus ke arah ruang dapur.
"Nak air." Jawab Harris. Sophea tersenyum.
"Comel je suami saya ni." Kata Sophea. Dia membawa Harris ke meja makan.
__________
YOU ARE READING
Years Without You
Roman d'amourKontrak? Tidak pernah terlintas pun dalam fikiran SOPHEA yang dia akan berkahwin tetapi terikat dengan sebuah kontrak. HARRIS, dengan selamba mengujarkan syaratnya kepada bakal isteri kontraknya itu. "Just berlakon jadi wife aku depan parents aku...