10✔

892 30 2
                                    

Sophea menolak perlahan troli dari satu tempat ke tempat yang lain. Senarai ditangan dilihat agar dia tidak tertinggal barang yang perlu dibeli dan tidak pula membeli dengan berlebihan.

"Harris suka makan apa eh? Tak pernah pula aku nak bonda benda yang dia suka makan." Sophea selesai memilih udang untuk dimasak makan malam nanti.

Selesai memilih barang yang disenaraikan, Sophea terus ke kaunter pembayaran untuk membuat pembayaran.

"Terima kasih." Baki wang, Sophea terima. Wang tersebut disimpan dalam dompet pemberian Harris sewaktu akad nikah.

"Better cepat. Kan Harris balik sebelum aku siap masak." Sophea laju menolak trolinya menuju ke tempat letak kereta.

__________

"I'm done." Sophea mencedok gulai undang ke dalam mangkuk besar. Dia membawa mangkuk itu ke meja makan.

"Now, tunggu Harris. Patutnya time ni dah on the way balik." Sophea mengemaskan meja makan yang tersedia kemas.

Sophea bergerak ke ruang tamu. Persekitaran luar rumahnya diperhati dari dalam. Gelap. Tiada cahaya lampu dari kereta yang menyuluh.
Dia memandang jam dinding.

Pukul 7:47 p.m.

"Nak pukul 8 malam dah. Takkan tak balik lagi?" Soal Sophea sindiri. Dia melabuhkan duduknya di sofa.

"Kejap lagi sampai lah tu." Sophea menyedapkan hatinya. Alat kawalan jauh diambil. Televisyen dibuka sementara menunggu kepulangan suami kontraknya.

__________

Harris membuka ikatan tali leher yang mencengkam lehernya sejak awal pagi. Pintu rumah ditolak tanpa memberi salam. Langkah dibawa ke arah anak tangga. Harris berpaling ke kanannya selepas pijak satu anak tangga. Dia mengeluh.

Harris turun kembali dan menuju ke arah sofa panjang.

"Sophea...."

"Sophea. Bangun... Tidur dalam bilik." Tanpa menyentuh, Harris kejutkan Sophea yang lena tidur di sofa panjang.

"Phea..." Panggilan kali ke tiga daripada Harris membuatkan Sophea tersedar dari lenanya. Dia duduk di atas sofa.

"Awak dah balik. Dah pukul berapa ni?" Sophea pandang jam di dapur. Tak nampak jelas.

"Dah nak dekat pukul 2 pagi." Harris melepaskan dua butang teratas baju kemejanya.

"Kenapa tidur sini?"

"Saya tunggu awak balik. Nak dinner sekali. Lewat awak balik, pukul 2 pagi?" Sophea pandang wajah Harris yang jelas kepenatan. Rambut kusut.

"Aku banyak kerja kat office yang kena settle. Lain kali, tak payah tunggu aku balik. Buat penat kau je." Harris memperingatkan Sophea.

"Dah. Naik tidur atas." Harris berlalu dari ruang tamu dan menuju ke tingkat atas.

Sophea termenung. Televisyen yang gelap skrinnya dipandang sepi.

"Tak apalah Phea... nak buat macam mana? Perkahwinan ni pun, bukan kau buat atas kerelaan kau pun." Sophea mengeluh. Apa mahu jadi dengan rumah tangga dia? Sorang ke hulu, sorang ke hilir.

__________

Sophea membuka kitab Al Quran setelah selesai solat maghrib. Baris demi baris mula dibaca mengikut bacaan yang betul.

Harris berjalan laju menuju ke bilik Sophea. Langkahnya terhenti apabila mendengar ayat Al Quran yang dibaca oleh Sophea. Sungguh merdu. Lancar. Tanpa gagap.

Harris tidak jadi untuk menolak pintu bilik Sophea. Harris menyandar di dinding tepi pintu bilik Sophea.

Harris pejam mata. Menghayati alunan ayat Al Quran yang Sophea baca walaupun dia sendiri tidak tahu maksudnya.
Harris perlahan-lahan gelongsor ke bawah sehingga dia duduk di lantai.

"Ya Allah. Bilalah aku nak bertaubat?"

"Kalau aku bertaubat, Engkau akan terima taubat aku ke?"

"Dengan aku yang selalu minum air kencing syaitan tu. Dengan solat aku habis aku campak tepi."

"Aku zalim kat isteri aku sendiri. Aku curang depan dia."

"Engkau masih boleh terima taubat aku?"

"Ya Allah, bantulah aku."

Harris meraup wajahnya. Air mata diseka segera. Dia tidak mahu Sophea tahu tentang dia. Semuanya.

"Harris?"

Harris bangun dari duduknya. Dia melihat Sophea yang lengkap bertelekung. Cantik. Macam bidadari.

"Awak kenapa duduk bawah ni?" Suami kontraknya ni dah kenapa? Lapar? Pergilah kat dapur.

"Duduk depan bilik saya pula tu."
Soal Sophea. Pelik dengan perangai Harris sekarang.

Kejap baik, kejap jahat.

"Suka hati akulah nak duduk mana pun. Rumah aku." Harris pandang Sophea dengan wajah tidak puah hati.

"Whatever."
"Dah tu, mata merah tu asal? Masuk habuk?"

Harris sentuh hujung matanya. Dia cuba ingat kenapa matanya boleh jadi merah.
Oh ya! Menangis.

"Tadi ada kayu masuk mata aku." Kelentong Harris.

"Oh logiknya jawapan." Sindir Sophea terang-terangan.

"Eh kau ni."
"Aku datang ni nak pinjam laptop kau. Laptop aku tertinggal kat office." Jelas Harris segera. Lama-lama berdiri depan Sophea, pecah rahsia dia nanti.

Sophea berlalu ke dalam bilik. Dia kembali kepada Harris di depan pintu dengan sebuah komputer riba ditangan. Komputer riba itu dihulur.

"Thanks." Ucap Harris.

"Dah makan?"

Harris memandang Sophea. Dia menggeleng.

"Dinner ada kat bawah. Nanti awak turunlah makan." Kata Sophea. Dia bersedia tutup pintu.

"Eh jap." Harris halang Sophea menutup pintu bilik.

"Kau dah makan?"
Sophea mengeluh perlahan dan menggeleng kepalanya.

"Kenapa tak makan lagi?"
"Kau tu jenis kalau tak makan, ada gastrik lah apa lah."
"Nanti susahkan akulah."

Harris kerut dahi. Selalunya Sophea jaga tepat waktu makannya.

"Saya tak ada selera nak makan."

"Kau ni period ke?" Luncur Harris bertanya. Sophea kemam bibir. Geram.

"Kalau saya period tak adalah saya bertelekung macam ni." Sophea kibas telekungnya di depan muka Harris. Geram.
Dia ni buat tak faham ke, betul-betul tak faham.

Harris tepis telekung itu.

"Kalau awak turun makan, sudah makan, simpan makanan tu dalam peti."

"Kalau awak tak turun makan pun, tolong simpan makanan tu dalam peti. Okey?"
Sophea senyum dan dia tutup pintu biliknya. Sophea mengunci pintunya dari dalam.

"Suka hati dia je arah aku. Bossy punya girl." Bentak Harris sebelum berlalu dengan komputer milik Sophea dia tangannya.

Harris duduk di meja kerjanya. Komputer Sophea dibuka.

"Cantik betul kau dalam telekung tu." Puji Harris lalu dia sendiri tersenyum.

Years Without YouWhere stories live. Discover now