Harris buka matanya. Pancaran cahaya matahari menembusi tingkap biliknya terlalu terang. Dia melihat tubuhnya.
"Asal tak berbaju ni?" Soal Harris mamai. Dia segera menuju ke bilik air. Bersiap untuk ke pejabat. Dah pukul 9, mujur bos.
Seusai itu, Harris turun ke tingkat bawah. Sunyi.
"Mesti Sophea dah pergi office." Harris berkata sendiri. Dia melangkah keluar. Kosong.
"Mana kereta aku?" Soal Harris hairan. Kunci ada, kereta tak ada.
Harris kembali ingat."Semalamkan Haz yang bawa aku balik. Haish. Terpaksalah call grab." Harris segera membuat pesanan.
__________
Harris masuk ke dalam pejabat. Tangan tidak jauh dari kepala. Pening semalam masih lagi ada.
"Tuan Ik?"
"Tuan Ik okay tak ni? Nak saya bawa pergi klinik?" Soal Maira. Pagi-pagi dah macam orang sakit. Harris menggeleng."Saya pening sikit je."
"Anythings, update saya ye." Harris segera mambolosi ke dalam pejabatnya.__________
Tepat pukul 8 malam, Harris tiba dirumahnya. Dia duduk di sofa setelah suis lampu ditekan.
"Phea ni mana? Tak buka lampu." Harris melepaskan tali leher. Harris naik ke tingkat atas. Mahu berehat. Seharian pening, tak boleh nak fokus kerja.
___________
"Phea!"
"Sophea!!"
Harris mencari sekeliling rumah.
"Sophea ni pergi mana? Breakfast tak buat. Dia tak balik ke semalam?" Harris memandang meja makan yang kosong. Bukan kesah sangat pasal makanan. Yang dia kesah, Sophea. Pergi mana?
Harris segera beredar menuju ke pejabat.
__________
"Maira. Awak panggil Puan Intan Sophea masuk bilik saya." Arah Harris kepada setiausahanya.
"Tuan Ik." Maira dipintu bilik Harris.
"Puan Intan dah resign." Kata-kata Maira membuatkan Harris ternganga.
"Resign?" Soal Harris terkejut.
Dia segera ke pejabat Dato Kamal.Pintu ditolak perlahan.
Terkejut Dato Kamal, tiba-tiba anaknya ada dalam biliknya."Sorry Dato." Dato Kamal mengangguk. Tak mengapa.
"Walid. It's really that Sophea resigned?" Soal Harris ingin tahu. Kenapa tiba-tiba?
"Ye. Walid yang terima surat resign dia." Surat dari Sophea, Dato Kamal tunjuk pada Harris. Harris baca surat itu.
Betul. Sophea dah resign.
"But why? Kenapa tiba-tiba?"
Dato Kamal jongket bahu."Walid pun tak tahu kenapa. Dia cakap, even walid tak terima surat ni pun, dia tetap nak resign." Lemah lutut dengar penjelasan dari walidnya. Kenapa Sophea?
___________
"Intan." Teguran dari Puan Zainon membuatkan Sophea tersedar.
"Jauh termenung, ada masalah ke?" Soal Puan Zainon. Dia duduk disebelah anaknya ditangga rumah.
"Tak ada apalah umi." Nafi Sophea.
"Ni, Ikmal tahu ke kamu balik rumah umi? Tak baik tau, keluar tanpa izin suami." Pesan uminya.
"Umi, suami Intan tahulah. Lagipun dia outstation, tak beranilah nak duduk sorang kat rumah tu." Kata Sophea. Kaki dinarikan di hujung anak tangga.
"Kalau ada masalah, cerita kat umi. Mana tahu umi boleh tolong." Sophea seladar mengangguk. Puan Zainon beredar ke dalam rumah.
Sorry umi. Intan terpaksa tipu umi.
Sophea menatap langit yang gelap.
Harris buat apa sekarang?____________
Harris memusing satu taman perumahan. Di rumah kawan Sophea turut disinggah. Mencari isteri kontraknya yang hilang.
"Takkan aku nak pergi cari kat rumah umi. Nanti mesti umi tahu yang aku ada problem dengan Sophea." Harris menggaru kepalanya. Serabut.
Hal pejabat tak selesai lagi. Dengan tender yang baru masuk. Kerja berlambak.
Tambah pula dengan masalah Sophea hilang. Kusut kepalanya.Harris terus mencari di sekitar pejabatnya. Mana tahu Sophea ke pejabat ingin ambil sesuatu. Kereta Range Rover dipakir ditempat khas. Harris meloloskan diri ke dalam banggunan pejabat.
"Tuan?" Pengawal berdiri. Hari cuti pun datang kerja?
"Saya nak ambil barang tertinggal je." Harris segera menuju ke aras Sophea bekerja.
Dia memerhati sekeliling. Tiada siapa. Harris turun ke bawah semula dan dia menuju ke belakang banggunan.
"Manalah kau pergi ni Phea?"
"Tahu tak aku rindu kau ni?"
Harris berdecit. Serabut.DUSH!!
"Arghh!!" Harris jatuh ke lantai. Kepalanya yang dipukul dipegang. Sakit berdenyut.
"Kali ni, kau takkan terlepas..."
Harris seakan akan mendengar suara itu.
Dia tidak tahu siapa yang buat dia begitu.__________
Harris memusingkan kepala ke kanan. Ada sesuatu yang mengganggunya dia bahagian kepalanya. Dia sentuh benda itu. Mata dibuka.
"P..Phea.." tutur Harris perlahan.
Mujurlah Sophea selamat.
Hampir seminggu dia tak jumpa isterinya itu.Sophea melepaskan pegangan Harris.
"Lapar? Saya ambilkan makanan." Sophea ambil bekas berisi makanan hospital di atas meja. Nasi mula digaul dan disuap kepada Harris. Harris makan suapan itu.
"Phea...." Sophea buat tidak dengar. Hatinya masih sakit.
Suapan dihulur lagi. Bagi mematikan niat Harris untuk bertanya.
"Sophea." Tangan Sophea yang memegang sudu, Harris sentuh lembut.
"Kau pergi mana? Kenapa tak balik? Kau tahu tak aku tunggu kau?" Soal Harris sayu. Rindu dengan isteri kontraknya.
Bila dah jumpa, jumpa pula dalam keadaan macam ni.
Sophea menarik tangannya."Saya pergi tandas jap." Sophea meletakkan bekas makanan di atas meja hospital. Selimut ditarik ke atas, menyelimuti tubuh Harris.
Sophea keluar dari bilik VIP itu."Sophea!" Panggil Harris agak kuat.
YOU ARE READING
Years Without You
RomantikKontrak? Tidak pernah terlintas pun dalam fikiran SOPHEA yang dia akan berkahwin tetapi terikat dengan sebuah kontrak. HARRIS, dengan selamba mengujarkan syaratnya kepada bakal isteri kontraknya itu. "Just berlakon jadi wife aku depan parents aku...