15✔

845 22 0
                                    

Harris meletakkan pinggan lauk di atas meja makan. Setekah itu dia kembali dengan satu jar air ditangan. Tengah hari itu, Harris cuma masak hidangan yang biasa-biasa sahaja. Dia bukan pandai sangat masak seperti Sophea. Harris tersenyum sendiri melihat masakannya.
Harris angkat muka, memandang Sophea yang termenung melihat kaca televisyen.

Aku tahu salah aku. Salah aku, kau jadi macam ni.

"Phea.." Panggil Harris lembut. Sophea tidak menoleh. Mungkin tidak dengar panggilan Harris tadi.
Harris mendekati Sophea yang berada di sofa. Dia menghenyak lembut sofa di sebelah Sophea.

"Sophea." Bahu Sophea disentuh. Sophea tersedar dari lamunannya. Dia menoleh ke sebelah. Harris.

"Jom makan. Lunch dah siap." Ajak Harris perlahan. Pegangan bahu Sophea tidak dilepaskan. Sophea melihat tangan Harris yang memegang bahunya dan kemudian dia memandang wajah lelaki itu.

"Okay." Sophea mengangguk perlahan seraya senyuman tipis diukir.
"Jom." Harris memapah Sophea menuju ke arah meja makan sehingga wanita itu duduk di kerusinya.

Sophea memerhati lauk yang terhidang di atas meja makan.
Tomyam dan telur dadar.
Sophea pandang wajah Harris yang berada di hadapannya.

"Ni..." Sophea tunjuk lauk yang ada di atas meja.
"Awak beli ke masak?" Soal Sophea ingin tahu.
Hebat betul kalau Harris yang masak. Harris garu kepala.

"Aku masak sendiri. Bonda yang ajar. Videocall dengan bonda tadi." Jelas Harris sambil mencedok nasi ke pinggan Sophea.

"Kenapa? Tak sedap ke?" Soal Harris risau. Dia memang tak pandai bab bab masak ni.

"Saya tak try lagi. Mana nak tahu sedap ke tak." Sophea pandang wajah Harris. Cepat betul lelaki ini buat andaian.

"Saya ingat beli." Sophea mula ambil sepotong telur dadar yang dipotong bentuk segi tiga.
"Lelakikan selalunya masak benda yang simple je." Harris mendengar dengan tekun.
"Ni masak tomyam, kira hebatlah." Sophea mencedok kuah tomyam ke dalam pinggan nasi Harris.

"Cukup?" Soal Sophea. Dia tahu Harris tengah berangan.
"Hah?" Harris gelabah memandang pinggan nasinya.

"Cukup. Cukup." Jawab Harris laju.
Mereka berdua mula menjamu selera. Harris belum lagi menyuap nasi ke dalam mulutnya. Dia menunggu Sophea makan. Mahu tahu Sophea komen masakannya sedap atau tidak.
Sophea mengunyah nasi dengan perlahan. Harris menunggu reaksi Sophea. Sedao ke tidak. Harris meletakkan kembali cubitan nasi dari tangannya.

"Macam mana? Sedap?" Soal Harris ingin tahu. Mata berterusan memandang wajah Sophea. Kali permainan masak, mana tahu boleh terus jadi cef.

"Mm... not bad. Sedap." Puji Sophea ikhlas. Senyuman diukir buat Harris. Harris turut tersenyum. Tersenyum gembira.
Sejak peristiwa mereka berdua gaduh minggu lepas, Sophea sudah mula bercakap baik-baik dengan Harris. Mungkin mula cuba untuk memaafkan Harris atas apa yang berlaku.

"Kalau macam tu, makan banyak-banyak. Kat dapur banyak lagi." Harris menambah lauk ke dalam pinggan nasi Sophea.

"Eh, awak pun makanlah juga. Takkan saya je yang makan." Sophea kerut dahi. Dari tadi, Harris hanya tengok dia makan sahaja. Makanan dihadapannya langsung tidak disentuh.

"Aku tak makan. Aku jaga body." Bahagian abdomennya, Harris tepuk.
"Maintain sado." Kening di jongket berkali-kali. Lengan juga diangkat bagi menunjuk otot-otot yang mula naik.
Sophea tergelak dengan perangai kanak-kanak Harris itu.

"Mana ada sado." Sophea mula menyakat.
"Sadolah." Nafi Harris. Dia menjuih.

"Saya tengok awak semakin berisi dah." Sophea menyuap nasi ke dalam mulutnya.

Years Without YouWhere stories live. Discover now