26✔

796 24 0
                                    

Harris berjalan menuju ke meja makan. Dia memerhati sekeliling. Harris menarik kerusi dan dia duduk.

"Sorry I lambat." Sapa Jennie kalut. Dia duduk di hadapan Harris.

"It's okay. I pun baru sampai."

"Jom order."
Harris mula membuat pesanan pabila menu sampai ditangannya.

"That's all. Thank you." Harris dan Jennie mengembalikan semula menu kepada pelayan.

"So kenapa you ajak I keluar ni?" Soal Harris.

"Sebab I nak spend time dengan You. Lagipun dalam 2 minggu lagi, I nak pergi Australia. Ada photoshoot kat sana. Ingat nak ajak you pergi sekali. Jom." Jennie berkata dengan suara manis.

"I kena tengok jadual I dulu. Kalau setakat nak pergi untuk seminggu dua, bolehlah teman you. Kalau lama-lama tak boleh, company nak tinggal kat siapa?" Harris mengundur sedikit bila pesanannya sampai di meja.

"Thanks." Pelayan itu berlalu.

"You masih cari wife you ke?" Soal Jennie takut takut. Harris menyisip airnya.

"Tak. Lagipun dah 4 bulan dia pergi. I pun malas nak cari dia. Dia pun tak kesah pasal I." Kata Harris tanpa riak. Makanan terus disuap ke dalam mulut.

"It's okay. I ada teman you. Jangan pedulikan pasal wife you tu okay?" Jennie pegang tangan kiri Harris. Harris sekadar senyum.

__________

"Sorry. Sorry lambat." Sapa Harris lalu dia duduk di sebelah Alex. Dia membuat pesanan minuman.

"Kau ajak kitorang, kau yang lambat." Hazill meluku kepala Harris.

"Sakit bangang." Marah Harris.

"So kau tibe je ajak lepak. Esok tak kerja er? Alex bertanya.

"Kerja. Kat rumah sunyi, tak ada orang. Tu aku ajak lepak." Harris mengacau airnya.

"Kau, still tak jumpa lagi wife kau?" Hazill fokus pada wajah Harris.

"Tak. Setahun lebih dia pergi, confirm dia tak ada kat Malaysia ni. Puas dah aku cari." Harris menyisip air.

"Jennie?" Danish tiba-tiba tersedak. Harris memandang pelik. Hazill pula menggosok tubuh belakang Danish.

"Kau asal?"

"Ada orang umpat aku ni." Jawab Danish.

"Jennie. Tak ada khabar ke?" Hazill kembali bertanya.

"Ye ah. Dah dekat setahun tak balik. Kau tak suruh dia balik ke?" Alex menyambung.

"Dah dia kata nak sambung modeling kat sana. Takkan aku nak cakap tak boleh pula." Harris menyilang tangan didada.

"Tak takut disambar orang ke awek kau tu?" Alex bergurau.

"Kalau dia setia dengan aku, dia takkan curang." Kata Harris dengan makna yang dalam. Mata menyinggah muka Danish.

Kenapa?

___________

Harris duduk menghadap kedua-dua penyiasatnya.

"So, Zaidi dulu. Ada info pasal Jennie?"

"Jennie cuma buat modeling kat sana. Dia tak ada menjalinkan hubungan dengan sesiapa pun." Jelas Zaidi. Gambar Jennie yang tengah berkerja dihulur kepada Harris.

"Farhan? How's Sophea." Soal Harris penuh harapan.
Farhan menggeleng.

"Sorry bos. Saya try jejak dia punya GPS tapi tak jumpa. Macam dia tukar nombor phone dia." Jujur Farhan.
Harris mengeluh berat.

Dua sampul coklat diletakkan diatas meja. Harris menolak sampul itu.

"Aku rasa, sampai sini jelah tugas korang. Tak perlu dah nak spy diorang. Ni baki selebihnya." Harris mengatur kata.

"Thanks sebab korang tolong aku." Harris ukir senyuman.

"Tak ada apalah bos. Tugas kami. Kalau tak ada apa-apa, kami keluar dulu. Assalamualaikum." Ucap Farhan

"Waalaikumussalam." Mereka bertiga bersalaman dan Zaidi bersama Farhan keluar dari kediaman Harris.

Harris mengeluh berat seraya menyandar pada sofa.

"Mana kau ni Phea? 2 tahun kau hilang."
"Kau nak tunggu aku gila dulu ke, baru kau nak balik?" Soal Harris sendiri. Mata dipejam rapat. Tangisan perlahan-lahan dihembur.

___________

Years Without YouWhere stories live. Discover now