27✔

798 21 0
                                    

Harris duduk dibirai katilnya. Pandangan dilempar sejauh yang mungkin disebalik balkoni biliknya. Pandangan yang tiada perasaan.

"Ik." Panggil Puan Sajeeda. Harris tidak berpaling.

"Ik. Makan jom." Puan Sajeeda masuk dan mendekati anaknya di katil. Muka Harris diraup dengan penuh kasih sayang.

"Ik dari pagi lagi tak makan. Nanti perut masuk angin. Makan sikit ye." Pujuk Puan Sajeeda. Puan Sajeeda menghulur sesudu nasi kepada Harris. Harris menggeleng kecil. Tidak mahu.

"Makanlah sikit."
Harris tetap menggeleng.

"Bonda letak kat meja ni. Nanti Harris makan ye sayang." Kata Puan Sajeeda. Dia mendekati Harris setelah meletakkan dulang di atas meja tepi katil.
Puan Sajeeda mengucup lama dahi anaknya itu. Sedih tengok keadaannya sebegitu.

___________

"Assalamualaikum."

Puan Sajeeda berjalan menuju ke pintu utama. Sebelum sempat dia menjawab salam, dia terkedu.

"Bonda?"
Dia tersenyum lebar.

___________

"Walid dengan bonda sihat?"

"Kami sihat." Jawab Puan Sajeeda gembira.

"Intan pergi mana? 4 tahun tak balik. Kami risau." Soal Puan Sajeeda. Tangan menantunya digenggam.

"Intan sambung study. Maaflah Intan pergi tanpa bagitahu." Sophea merendah diri.

"Harris okay?" Soal Sophea dengan senyuman. 4 tahun meninggalkan suaminya itu tanpa khabar berita. Mana tahu Harris dah kahwin lain ke.

"Harris..." Puan Sajeeda memandang wajah suaminya yang berada didepannya.

__________

Sophea menolak pintu bilik Harris. Bilik yang pernah dihuninya.
Melihat Harris tidak memberi reaksi sewaktu daun pintu dibuka membuatkan dirinya hiba.

"Harris." Sophea duduk di bawah. Tangan memegang lutut Harris. Pandangan Harris tetap menghala ke luar biliknya.

"Harris, saya balik ni."
"Awak tak rindu saya ke?" Soal memandang wajah Harris dari bawah. Sophea menggenggam erat tangan suaminya itu.

"Harris. Saya rindu awak." Ucap Sophea.
Harris langsung tidak memandang wajah Sophea. Pandangan tetap dihala ke luar balkoni bilik itu.

Tak lama kemudian, Harris melepaskan pegangan Sophea.

"Harris.."

__________

Sophea mematikan penggera telefonnya. Mata cuba dibuka luas. Masih mengantuk.
Sophea menoleh ke sebelah. Melihat wajah Harris yang lena tidur membuatkan dia lega.

Sophea bangun dari katil dan dia menuju ke bilik air. Selesai mandi, dia terus solat subuh.

Tepat 7 pagi, Sophea mengutip baju kotor Harris yang ada dalam bakul dan dibawa turun.

"Pagi bonda." Sepintas lalu Sophea menegur. Puan Sajeeda sedang menyiapkan sarapan pagi.

"Awal Intan bangun. Ikmal tidur lagi ke?" Soal Puan Sajeeda dari dapur.

"Kalau ikutkan, Intan memang penat lagi. Tapi, dah Ikmal macam tu, takkan nak abaikan je." Kata Sophea. Tangan mengambil teko dan mula mengisi air panas.

"Tak apa. Ramai yang jaga dia. Jangan risaulah." Puan Sajeeda menggosok bahu Sophea. Sophea senyum.

Selesai Puan Sajeeda memasak, dia meminta diri untuk ke atas. Mahu siapkan suaminya untuk pergi kerja.
Sophea mula meyusun pinggan makan di atas meja.
Pandangan dihala ke pintu utama yang boleh dilihat dari ruang makan.

"Dah nak cerah dah." Sophea menyusun cawan ditepi pinggan.

"Tapi, siapa yang keluar?"
"Walid dah lama tak pergi masjid. Solat dengan bonda je. Abang Arsyad, baru je selisih tadi. Siapa yang keluar?"
Soal Sophea sendiri sambil mengemas meja makan pagi itu.

"Harris?"
Sophea bergegas ke tingkat atas. Pintu bilik ditolak kasar.

"Harris?" Sophea membuka selimut di tempat tidur Harris. Alangkah terkejutnya, cuma bantal peluk. Sophea pucat.

"Harris?" Pintu bilik air dikuak dari luar. Kosong. Di balkoni juga kosong.

"Harris pergi mana ni?" Sophea mahu menangis.
Sophea keluar dari rumah. Dia mencari di perkarangan rumah. Kosong.

Dia menggaru kepala. Takut Harris hilang.
Sophea bergerak ke belakang rumah.

___________

"Mana Intan? Tak ada ni?" Soal Dato Kamal.

"Ada kat atas kot. Dengan Ikmal." Puan Sajeeda menghidangkan makanan kepada suaminya.
Arsyad turut turun bersama bersarapan pagi.

___________

"Harris?" Panggil Sophea. Jasad yang terlindung mukanya, terbaring di tepi kolam.

Harris bangun dari baringnya.
"Harris. No. Keluar dari kolam tu." Pinta Sophea. Harris merendam kakinya ke dalam kolam. Dengan situasi Harris sekarang, macam-macam dia boleh buat tanpa berfikir.

Harris melihat Sophea dengan pandangan pelik. Dia terus melarikan kakinya di dalam air kolam itu.

"Harris. Get out from there." Sophea mendekati Harris.

"No!" Jerkah Harris kuat. Dia tiba-tiba menangis.

"Aku nak Sophea. Aku rindu dia." Pinta Harris dalam nangis.

"Sayalah Sophea. Awak kata awak rindu saya. Saya dah balik. Mari sini." Pujuk Sophea.

"No! Kau bukan Sophea aku!" Marah Harris. Dia meronta-ronta sehingga dia terjatuh ke dalam kolam.

"Harris!" Sophea berdiri berdekatan dengan Harris.
Dia nak turun selamatkan pun, dia tak reti berenang. Kolam tu pun, bukan main dalam lagi.

"Abang Arsyad!" Laung Sophea lantang.

"Ada apa?" Tanya Arsyad setelah mendengar jeritan adik iparnya.
Melihat orang yang tergapai-gapai di dalam kolam, Arsyad terus terjun.
Harris dipeluk dari belakang dan dibawa mendekati Sophea yang menunggunya.

"Bawa Harris naik." Pinta Sophea kalut. Harris duduk belunjur di tepi kolam.

"Harris. Awak okay?" Sophea meraup wajah basah Harris itu. Muka diangkat memandangnya.

Harris tidak memberi reaksi selain menunjukkan wajahnya yang lelah.

"Bawa dia naik atas." Arsyad memapah adiknya ke tingkat atas.

__________

Sophea menyelimutkan tubuh Harris. Rambut Harris diusap lembut.

"Tidur lena ye awak." Kata Sophea. Dia berlalu dari bilik.

"Ikmal dah tidur dah?" Soal Puan Sajeeda bila menantunya tiba di meja makan.

"Dah. Makan ubat terus tidur." Sophea meneguk air teh yang sudah dingin.

"Bonda."
"Harris pernah perangai macam ni ke?"

"Dulu pernahlah sekali. Masa awal-awal Intan pergi dulu. Ikmal pernah tenggelamkan diri dia dalam tab mandi. Masa tu, tak ada orang pantau dia. Bonda pun tak sangka depression dia teruk macam tu sekali." Puan Sajeeda bercerita.

Years Without YouWhere stories live. Discover now