Ting~~~ tong~~~
Jennie membuka pintu kondominiumnya. Terpampang wajah yang dia langsung tidak mahu berjumpa.
"Kau buat apa datang sini lagi?" Soal Jennie dengan nada marah.
"Aku..."
"Aku rindu kau je. Salah ke aku datang sini?" Danish menyandar pada dinding."Lagipun sinikan tempat kau dengan aku hilangkan stress." Danish masuk ke dalam kondominium itu. Jennie tidak sempat menghalang.
"Kau keluar! Aku tak nak kau ada dalam ruamh aku! Keluar!" Jennie meninggikan suaranya.
"Kau ni kenapa?" Danish memeluk Jennie dari tepi.
"Bad mood sebab Ik tak nak dekat kau balik?"
Jennie menepis tangan Danish."Apalah hebat sangat si Ikmal tu?" Danish duduk di sofa depan televisyen. Alat kawalan jauh diambil dan dia menukar siaran.
"Kalau nak bandingkan handsome dia dengan aku, aku lagi handsome." Danish memuji dirinya. Jennie menjeling.
"At least, dia tak pernah rosakkan aku." Jennie memerli. Dia menuju ke ruang dapur. Air anggur dari peti ais dikeluarkan bersama dengan dua gelas tinggi. Jennie kembali ke ruang tamu.
"Kau datang sini mesti ada problem."
"Kau tak ada tempat nak mengadu ke apa? Asyik aku je yang kena dengar. Rimaslah." Jennie menuang air ke dalam gelas. Satu gelas dihulur kepada Danish."Kalau ada, tak adanya aku datang sini." Danish meneguk air.
"So, lepas ni kau plan nak buat apa? Since Ikmal tolak kau mentah-mentah." Danish meletakkan kembali gelas di atas meja.
"Takkan kau nak kejar dia lagi?"
Jennie sekadar diam. Mata fokus pada televisyen."Jenn." Danish mendekati tempat duduk Jennie. Jennie hilang arah bila dia sudah berada di hujung kerusi.
"Kau nak apa ni?!" Suara Jennie mengeras. Dia cuba menolak tubuh Danish yang semakin menghimpit dirinya.
"Aku rindu kau. Tak boleh ke kau happy kan aku malam ni?" Danish berkata manis. Dirinya semakin mencengkam tubuh Jennie.
Ting~~~tong~~~
Ting~~~ee~~~ting~~~Bunyi loceng yang mendesak membuatkan Danish mematikan niatnya.
Dia merengus kasar.Jennie menarik nafas lega. Terima kasih sebab selamatkan dirinya.
Jennie bergerak membuka pintu. Dia ternganga sendiri setelah dia membuka pintu.
"Maaf. Kami dapat aduan, yang penghuni dalam rumah ni melakukan maksiat. Boleh kami masuk." Kata seorang lelaki berkopiah. Dia menunjukkan kad peribadinya.
Jennie berundur sendiri bila sekumpulan lelaki tadi merempuh masuk ke dalam kondominiumnya.
Danish yang elok duduk di sofa bangun berdiri.
"Duduk." Arah lelaki tadi kepada Danish dan Jennie.
Mereka berdua duduk."Boleh saya tahu, berapa orang tinggal dalam rumah ni?" Soal lelaki lain, bertag Alif. Lagi tiga orang pengikutnya, menjelajah seluruh kondominium itu.
"Ni sepupu saya. Saya datang singgah kejap, sebab penat drive dari Melaka lagi." Danish cuba mengelak.
"Sepupu ke, penat atau apapun. Korang ni dah kira buat maksiat. Berdua-duaan dalam rumah ni." Alif duduk di hadapan Danish dan Jennie.
"Tapi kami tak buat apa pun. Cuma duduk minum." Jennie bersuara. Gelas yang diletak di atas meja ditunjuk.
"Tak kiralah buat apa sekali pun. Perbuatan korang berdua ni salah." Lelaki bertag Saiful berkata.
"Kami akan jalankan siasatan. Harap encik dan cik boleh bagi kerjasama."
"Esok hadir ke pejabat kami." Kad dihulur.
Jennie mengeluh.Apalah nasib dia. Dah lah kena tolak dengan Harris. Silap hari bulan, dia kena kahwin pula dengan Danish.
Jennie menoleh ke pintu kondominiumnya. Dia memerhati tajam ke arah pintu lif.
Susuk tubuh lelaki yang sedang bersilang tangan. Jennie tersenyum sinis.
Rupanya dia yang plan semua ni.
Jennie memerhati lama lelaki itu.
"Ikmal?" Bisik Danish. Dia turut melihat Harris yang menyandar di dinding.
YOU ARE READING
Years Without You
RomansaKontrak? Tidak pernah terlintas pun dalam fikiran SOPHEA yang dia akan berkahwin tetapi terikat dengan sebuah kontrak. HARRIS, dengan selamba mengujarkan syaratnya kepada bakal isteri kontraknya itu. "Just berlakon jadi wife aku depan parents aku...