Sophea menarik beg bagasi keluar dari lapangan terbang. Dia terus masuk ke dalam teksi dan menuju ke apartmen.
Sophea terus daftar masuk sebaik tiba di apartmen yang ditempahnya 2 minggu yang lalu.
Sophea duduk di sofa ruang tamu. Dia melilau sekeliling.
"Kejap je Sophea. Dua tahun je. Lepas tu kau boleh balik." Kata Sophea sendiri. Tangan mula membuka pin tudung. Mahu mandi.
___________
"B, you want some?" Jennie menghulur sudu ais krim miliknya. Harris menggeleng.
"Gigi I sensitive." Harris fokus pada telefon.
"You ni! Focus on me. Jangan tengok phone je." Marah Jennie. Bekas ais krim ditolak ke tepi. Harris mengeluh perlahan.
"Yea. Okay. I fokus kat You." Harris genggam tangan Jennie.
"So, malam ni nak tengok movie?" Soal Harris. Ingin mengembalikan keceriaan.
Jennie tarik senyum.
"Movie kat rumah I, jom." Jennie beriya."Plus, you dah lama tak datang rumah I." Jennie memujuk.
"You tahukan, I tinggal dengan parents I. Kalau I keluar tak balik-balik, nanti diorang syak." Harris cuba menolak.
Lagipun dia sedar status dia sekarang."You dah lainkan. Dah tak sayang I." Bentak Jennie. Dia terus meninggalkan Harris di meja kafe itu.
___________
Harris menghempas tubuhnya di sofa pejabat. Tali leher dilonggarkan.
"Semua benda tak kena. Sophea tak jumpa, meeting ke laut, kerja office entah terbang ke mana." Harris mengeluh berat. Hampir sebulan dia cari Sophea. Bukan tak cari, siap upah penyiasat lagi cari. Tak jumpa.
Knock..knock..
Harris segera mengetatkan kembalu tali leher.
"Tuan Ik. Meeting dengan Dato Kamal pukul 3 petang nanti." Pesan Maira di pintu. Harris mengangguk.
"From now, aku kena fokus kerja. Sambil, aku cari Sophea."
"Manalah kau pergi Phea. Aku rindu kau." Harris duduk dimejanya. Kerja pejabat harus dia selesaikan.___________
"Eh kau ni boleh sabar tak? Aku tengah usahakan ni." Kata Jennie dengan suara geram. Orang ni tak faham faham ke?
"Lepas tu, kau nak buat apa? Kau nak simpan benda ni sampai besar? Sampai orang tahu yang kau ni pregnant?" Katanya geram.
Jennie menjeling tajam ke arah lelaki itu. Yang lengkap ber hoodie, wajahnya putih pucat.
"Why not, kau je yang bertanggungjawab? Lagipun ni baby kau. Yang kau nak frame orang lain buat apa?" Tanya Jennie. Dia menyandar kasar pada kerusi kafe. Pandangan dilemparkan ke arah jalan raya. Panas pula bercakap dengan lelaki ini.
"Sebab aku taknak bertanggungjawablah aku nak kau frame orang lain." Dia turut menyandar.
"Lagipun kau bukan suka aku pun, so buat apa aku bertanggungjawab atas kau." Lelaki itu menunjuk muka bangga.
Dia tahu, Jennie tak mampu lawan dengannya.Jennie mengetap bibir.
Kalau tahu macam ni kesudahannya, dia takkan ikut cakap lelaki itu.
"No matter what, aku nak kau settle masalah ni secepat mungkin. Lagi lambat kau settle, nanti orang syak." Lelaki itu mengambil telefon bimbitnya di atas meja.
"Lagipun, yang tanggung malu tu, kau. Yang pregnant tu, kau. Bukan aku. Aku tak rugi apa-apa pun." Kata-kata lelaki itu membuatkan Jennie merasa menyesal. Air mata cuba ditahan.
Jahat punya jantan.
Lelaki itu beredar dari situ. Jennie menelan air liur. Tak sangka, macam ini pula jadinya.
__________
Harris turun dari kereta. Langkah terus dibawa laju ke dalam restoren. Dengan pemerhatian sekeliling, Harris jumpa penyiasatnya.
"Ada apa nak jumpa?" Soal Harris kalut.
"Order dulu bos." Kata penyiasatnya, Zaidi.
"Ice lemon tea." Harris membuat pesanan.
"Sambung."
Zaidi menghulur sampul surat kecil di atas meja. Tangan seperti menyuruh bosnya itu membuka sendiri.Harris buka sampul surat itu. Beberapa keping gambar dikeluarkan. Wajah yang jelas terpampang di gambar itu.
"Bila lagi ni?" Harris membelek gambar itu. Gambar orang seperti tengah marah. Merunding jari ke arah seorang lagi.
"Pagi tadi. Around 11 a.m." Kata Zaidi.
"Kau dengar tak diorang cakap apa?" Harris fokus pada Zaidi.
"Samar samar. Frame. Bertanggungjawab. Something like that. And saya rasa diorang tengah gaduh." Kata Zaidi yakin.
Harris diam seketika. Tak sangka, sanggup Jennie buat macam tu. Dan lelaki itu, juga dia tidak percaya."Bos nak saya buat apa?" "Cekup dua orang ni?" Soal Zaidi. Sedia menjalankan tugas.
"Untuk sekarang tak perlu buat apa-apa. Kau pantau pergerakan dia je. Dia buat apa, jumpa siapa, pergi mana. Anything." Harris mengarah.
"Kalau ada information, update aku." Harris menepuk bahu Zaidi.
"Okay bos. Saya gerak dulu." Pamit Zaidi lalu dia keluar dari restoran itu.
Harris menilit kembali gambar tadi. Sungguh dia tak percaya dengan apa yang dia lihat.
__________
YOU ARE READING
Years Without You
RomanceKontrak? Tidak pernah terlintas pun dalam fikiran SOPHEA yang dia akan berkahwin tetapi terikat dengan sebuah kontrak. HARRIS, dengan selamba mengujarkan syaratnya kepada bakal isteri kontraknya itu. "Just berlakon jadi wife aku depan parents aku...