Harris duduk di meja kerjanya. Tangan ligat mencalit sesuatu pada kertas.
Sophea mengintai Harris dari pintu bilik.
Hampir 2 bulan dia menjaga Harris, banyak perubahan yang dia nampak pada Harris."Buat apa tu?" Tegur Sophea. Dia mendekati Harris di meja.
Harris diam.
Harris fokus melukis."Esok saya nak bawa awak pergi jalan-jalan. Nak ikut?" Soal Sophea. Dia memandang sisi wajah Harris. Harris tidak memberi reaksi.
"Dengar tak ni? Esok saya nak bawa awak pergi jalan-jalan. Nak pergi tak?" Soal Sophea sekali lagi.
Harris meletakkan penselnya di atas kertas. Harris tiba-tiba bangun menjauhi Sophea."Nak pergi mana tu?"
Harris berhenti."Nak cari baju untuk esok." Jawab Harris tanpa menoleh. Sophea tersenyum.
"Tak apa. Nanti saya cari baju awak. Sini. Sambung lukis." Panggil Sophea. Harris kembali duduk.
"Cantik tak?" Soal Harris sambil menunjuk lukisannya kepada Sophea.
Dua orang lidi yang sedang berpegangan tangan.Sophea tersenyum.
"Cantik."
"Pandai suami saya ni lukis." Puji Sophea.___________
Sophea mengakhiri solatnya. Tangan diangkat memohon doa dan diaminkan.
Sophea duduk bersimpuh. Belum sempat Al-Quran diambil dari meja, Harris tiba-tiba duduk disebelahnya."Awal bangun. Nak apa-apa ke?" Soal Sophea dalam samar-samar cahaya lampu meja. Harris menggaru tengkuknya. Dia menggeleng kepala.
"Dah tu. Lapar? Nak mandi?" Tanya Sophea lagi. Dia memeluk bahu Harris.
Selalunya Harris takkan bangun awal sebegini. Melainkan dia nak sesuatu. Tapi jarang-jaranglah dia bangun sebelum pukul 8 ni."Kenapa? Nak apa?" Sophea meraup wajah Harris. Risau pula Harris tiba-tiba bangun awal.
Harris melabuhnya kepalanya di riba Sophea. Dia menyembunyikan kepalanya di dalam telekung.
"Kenapa?" Sophea mahu ketawa. Terhibur dengan perangai Harris ni.Harris menyembamkan mukanya di abdomen Sophea. Sophea tegak tubuh. Geli.
"Kenapa ni?" Sophea membelai rambut Harris.
"Ceritalah. Mimpi buruk ke?" Sophea terus membelai pipi Harris.
Harris menangis perlahan."Menangis pula dah." Kata Sophea lembut.
"Tak apa. Saya dodoikan awak ye." Pujuk Sophea.
"Lailahaillallah." Sophea menepuk lembut bahu Harris.
___________
"Intan. Tak jadi ke bawa Ik keluar jalan-jalan hari ni?" Tanya Puan Sajeeda. Sophea bergerak ke belakang rumah. Mahu membasuh baju kotor dan telekungnya.
"Entah. Dia tidur lagi tu. Pagi tadi bangun time Intan solat subuh, menangis. Tak tahu kenapa." Sophea menuang air ke dalam cawannya.
"Dah kenapa pula menangis budak tu?" Sophea jongket bahu.
"Dah tu jadi ke nak bawa dia keluar? Kang nanti tak jadi, mengamuk pula dia." Puan Sajeeda mengambil tempat di hadapan Sophea.
"Tengoklah macam mana. Kalau dia bangun, dia ingat nak keluar hari ni, Intan bawalah."
"Risaulah nak bawa dia. Tiba-tiba je emotional pagi tadi. Takut dia buat hal pula masa dengan Intan nanti." Jelas Sophea."Betul juga tu. Kalau dia tak ingat, jangan ingatkan. Nanti mengamuk pula tak pergi."
__________
YOU ARE READING
Years Without You
Roman d'amourKontrak? Tidak pernah terlintas pun dalam fikiran SOPHEA yang dia akan berkahwin tetapi terikat dengan sebuah kontrak. HARRIS, dengan selamba mengujarkan syaratnya kepada bakal isteri kontraknya itu. "Just berlakon jadi wife aku depan parents aku...