31✔

800 26 0
                                    

"Sayang. Meeting Hubby dengan Tan Sri Aman pukul berapa?" Soal Harris dimeja Sophea. Sophea hela nafas berat. Mahu menangis.

"Pukul 3, bos." Balas Sophea.

"Okay. Nanti sayang ikut Hubby pergi meeting okay." Harris membuat simbol 'ok' dan dia terus berlalu ke dalam biliknya.

Sophea menyembam mukanya di meja.
"Janganlah panggil macam tu. Malu." Rintih Sophea perlahan.
Sejak 2 bulan kerja dengan Harris ni, banyak benda yang dia kena usik dengan Harris.
Harris pula selamba bahasakan dirinya dengan Sophea 'Hubby' dan 'sayang' depan orang ramai.
Malu.

__________

"Sayang masuk bilik jap. Cepat sikit." Harris memanggil melalui telefon. Sophea hela nafas berat. Buku catatan diambil dan dia masuk ke dalam bilik Harris.

"Kenapa ya bos?" Soal Sophea.

"Dengar."

Ting~~

Jam dinding berdetak sekali.

"Jom lunch." Ajak Harris laju. Sophea ternganga.

"Saya ada kerja sikit. Rasanya tak keluar lunch kot." Kata Sophea.

"Lepas lunch, bos ada meeting dengan wakil syarikat Sky Black pukul 3:30 petang." Sophea menjelaskan jadual bosnya.

"Ops. Hubby ajak sayang keluar lunch. Bukan nak dengar sayang membebel." Harris mendekati Sophea. Dia memimpin tangan Sophea keluar dari bilik.

Harris meletakkan buku Sophea di atas meja dan dia ambil beg tangan Sophea.

"Jom lunch. Jangan membantah." Beg tangan Sophea dihulur.

"I'm your husband and I'm your boss."  Harris memimpin tangan Sophea sehingga ke pintu lif. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Sophea segera melepaskan pegangan tangan Harris. Riak wajah malu cuba dikawal.

Masa ni pulalah nak ramai orang.

"Masuklah." Kata seorang staf.

Harris dan Sophea masuk ke dalam lif. Mereka berdua berdiri dihadapan pintu.

"Nak lunch kat mana?"
"Mana mana je." Jawab Sophea laju. Harris ni sengaja kan.

Sophea memegang erat tangkai begnya.
Dia tahu, pasti Harris akan menyilang jari dengannya.

Ting~~

"Jom." Harris tarik kuat tangan Sophea. Nak tak nak, dia terpaksa lepaskan tangannya.

"Boleh tak jangan buat macam tu." Marah Sophea bila mereka tiba di kereta.

"Buat apa?" Tanya Harris lurus.

"Saya tak sukalah awak pegang tangan saya depan staff staff yang lain. Saya malu." Kata Sophea.

"Nak malu apanya. Kitakan halal." Harris tunjuk cincin kahwin mereka.

"Sini office. Saya tak naklah orang cakap benda bukan bukan kat awak, kat saya."
Harris diam. Dia memandang Sophea.
Tak lama itu, dia menjongket bahu.

"Masuklah." Arah Harris dan dia masuk ke dalam kereta.
Sophea garu kepala.

"Malas nak kesah."

__________

"Hubby! Nak makan apa dinner ni?" Soal Sophea dari bawah. Harris masih lagi di atas, menukar pakaian solatnya.

"Hubby!"
Harris tidak menyahut.

"Macam budak-budaklah. Ni mesti kes petang tadi." Sophea mula memasak. Malas nak kesah pasal suaminya.

Sesudah Sophea memasak, dia mengatur pinggan lauk dan nasi di meja.

"Hubby! Turun makan!" Laung Sophea.
"Dia ni pekak ke apa?" Perli Sophea.

"Tak baik Sophea. Tu laki kau." Sophea menampar perlahan mulutnya. Kaki naik ke tingkat atas.

"Hubby?" Sophea melihat jasad Harris terbaring di atas katil. Sophea mendekat.
Dia duduk di hadapan Harris di atas lantai. Dagu dilabuhkan di atas katil.

"Hubby. Marah saya ke? Jomlah turun makan." Pujuk Sophea.

"Saya bukan tak suka Hubby panggil saya 'sayang'. Tapi tak bolehlah kat pejabat. Sana ramai kenal kita. Saya tak naklah orang cakap-cakap benda buruk pasal suami saya ni." Sophea mencuit hidung Harris. Harris masih lagi dengan muka tidurnya.

"Tak apalah Hubby tak nak turun makan. Saya makan sorang-sorang." Sophea berdiri. Wajah tidur Harris dipandang lama.

Geram je rasa nak lempar bantal.

Chup!

__________

Years Without YouWhere stories live. Discover now