PART 3

599 64 0
                                    

"kita nak buat apa kat sini?” soal Jimin apabila Jaerin menariknya masuk ke dalam Library.

“kalau nak cari isteri yang baik, suci dan murni. Cari kat sini. Hanya orang yang baik-baik je akan lepak Library dan study” balas Jaerin sambil ketawa. Jimin hanya memerhati suasana di Library.

“kau try perempuan tu” Jaerin tunjuk perempuan berambut panjang yang sedang sibuk membelek buku. Confirm best student ni, tengok gaya pun dah tau.

“ok, aku try” Jimin bangun dan menuju ke arah perempuan tersebut. Mukanya berpeluh-peluh, first time nak mengorat katakan.

“hai awak, boleh tak kita…” belum sempat dia habis bercakap, kepalanya dituang air oleh gadis tersebut.

“gatal!” ujar perempuan tersebut dan meninggalkan Jimin keseorangan. Jimin bangun dan mengelap mukanya. Jaerin dah ketawa terbahak-bahak.

“kau saja kenakan aku kan?” marah Jimin. Jaerin masih ketawa, disebabkan geram, Jimin meninggalkan Jaerin di situ.

“eh tunggulah aku! alahai merajuk pulak dia ni” bebel Hyuna sambil mengejar Jimin.

"Sedih aku kena reject. Buruk sangat ke rupa aku ni? Aku rasa muka aku dah cukup handsome" keluh Jimin sambil duduk.

"Ala nak dapat yang terbaik kena la usaha" Jaerin mengelap muka Jimin yg basah. Pelajar yg lalu lalang hanya memerhati. Mereka cukup maklum yg Jimin & Jaerin memang macam belangkas.

"Wei apsal basah ni?" tegur Taehyung sambil ketawa.

"Jatuh kolam" perli Jaerin sambil ketawa. Jimin menolak tangan Jaerin yg mengelap mukanya tanda protes. Geram betul pasal tadi. Boleh Jaerin game dia.

"Dahla Taehyung jom pergi gym" ajak Jimin sambil bangun lalu beredar. Buat-buat tak nampak Jaerin.

"Jaerin kau taknak ikut ke? Jomlah" ajak Taehyung.

"Malas aku, baik tido kat rumah" balas Jaerin.

"Mamat tu merajuk ke apa?" tanya Taehyung apabila melihat muka masam Jimin.

"Tak lama tu. Nanti okeyla, taula aku nak pujuk dia" Jaerin senyum.

"Jaerin malam ni aku video call!"

Kedengaran suara Jimin dari jauh.

"Kan aku dah cakap. Dah pergi teman anak Park tu. Aku nak balik. Bye" Jaerin meminta diri

********

Jaerin menanggalkan kasutnya dan melangkah masuk ke dalam rumah. Eomma dan Appanya sedang berbual di ruang tamu.

“lambat balik?” tegur Eommanya.

“ada kelas ganti tadi” jawab Jaerin dan duduk di sebelah Eommanya.

“Lama tak nampak Jimin, selalu ada jugak dia datang" tanya Appanya

"Ada. Biasala Appa, kitaorang kan sibuk. Nak jadi Perdana Menteri Korea. Kenala prepare dari awal" balas Jaerin selamba. Tinggal setahun lagi dia nak tamat pengajian.

"Eh main-main budak ni orang tanya" jeling Appanya.

“jom pergi makan, dari tadi lagi kami tunggu kamu” balas Eommanya sambil bangun.

**************

“jom kita lepak kafe kejap. Kelas kau dah habis kan?” soal Jimin

“boleh jugak tu, tapi kaulah yang kena belanja” balas Hyuna sambil melangkah laju ke kafe

(di kafe)

“Jimin..Jimin” panggil Jaerin. Jimin yang baru ingin menyuapkan kek berhenti.

“apa?” soal Jimin.

“tu, apa kata kau try perempuan tu” tunjuk Hyuna. Jimin melihat ke arah yang ditunjukkan Jaerin.

“ aku try” Jimin bangun dan menuju ke arah perempuan tersebut. Jaerin hanya melihat Jimin yang bergelak ketawa dengan perempuan tersebut. Selepas perempuan tersebut menghulurkan sehelai kertas, Jimin bangun dan menuju ke arah Jaerin.

“so macam mana? Success?” soal Jaerin.

“dia ok, Cuma ada satu yang spoil” balas Jimin lemah.

“pulak, kali ni apa masalahnya?” muka Jaerin berkerut. Tadi bukan main lagi bergelak ketawa.

“dia tu tak suka kucing” ujar Jimin.

“laaa tu je?" Jaerin menepuk dahinya. Kekadang perangai Jimin buat dia rasa nak sepak.

"Tu je kata kau? Eh aku ni cat lover tau. Aku taknak perempuan camtu" bebel Jimin.

it’s ok Buddy, kita cuba lagi. okey?” Jaerin menepuk bahu Jimin.

“tinggal sebulan lagi tempoh masa. Aku rasa dah tak sempat” Jimin tunduk.

"kita try lagi, kau ni cepat putus asa betul la" kata Jaerin.

"apa kata kalau...kalau.." ayat Jimin tersekat-sekat.

"boleh tak cakap tu clear sikit?"  jeling Jaerin.

"lain kali lah aku cakap. Jom, V dan Hyuri dah tunggu kita kat tasik tu" ajak Jimin.

"jom! Ingat ea, kalau aku dapat ikan besar, kau yang kena masak ikan-ikan tu semua" kata Jaerin.

"tak takutlah, ni Jimin okey"  Jimin ketawa.

"yela tu. Nampak lipas pun melompat. Memalukan" Jaerin meninggalkan Jimin di belakangnya.


Vote & comment guys! Nampaknya virus corona ni makin merebak. Stay safe. Jangan keluar rumah kalau rasa tak penting & elakkan pergi kat tempat ramai orang.

 [C] FRIENDZONE [ PARK JIMIN : 박 지민 ]Where stories live. Discover now